Tags

Yebaaa.. toraa kembali dengann.. erk, apa kau mengarut ni! Tak tak. Cuma nak cakap, akhirnya saya kembali dan ada masa nak update blog. HEHE. Itu je.

Minggu lepas memang sungguh merunsingkan. Bukan saja merunsingkan, malah macam tak menang tangan nak buat kerja. Jadi langsung tak sempat nak surfing sangat pun. Tengoklah update saya. Bila saya baca balik, banyak perkataan tertinggal dan tersalah eja. Tapi itu tak bermakna saya akan pergi betulkan ejaan atau ayat tu sekarang. Biarlah. Biarlah kalau salah pun. Biarlah kalau ayat tu nampak macam tak lengkap pun. Itulah keindahan karya saya ketika saya bingung. HAHA. ~Karya? saya macam bajet best je!!

Baiklah. Kalau boleh meng-update sesuka hati ini, dan mungkin akan kelihatan kekerapan meng-update menjadi bagitu banyak, silalah faham-faham sendiri yang sebenarnya saya sekarang berada di Terengganu terchenta!

Huru-hara minggu lepas tak hilang lagi. Tapi saya telah menjadi dewasa dalam pemikiran, lalu berfikir, Baiklah..

.

.

Eh.. sori. Saya ter-pegi tengok trailer cerita Lagenda Budak Setan kejap tadi. Pastu ter-tengok plak trailer Stilleto. HAHA. Sori sori. Eh.. jangan nak buat andaian pulak. Itu tak bermakna saya minat Farid Kamil atau Lisa Surihani ye. Jangan tuduh saya begitu! Ni tadi.. surfing dan blog hooping punya pasal lah ni!

.

Baiklah. Kita sambung balik ayat tadi. Apakah buah fikiran yang terjana akibat dari kedewasaan pemikiran saya tu. ~uh uh uh.. apsal macam kelihatan sungguh complicated pulah neh! Ohh.. dah ingat. Saya cuma fikir, kalau benar memang ini takdirnya, saya akan menghadapi cabaran ini dengan hati yang tabah dan berusaha cari penyelesaiannya.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan-Nya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

Itu adalah separuh dari ayat terakhir surah Al-Baqarah. ~Terus terasa macam kuliah agama pulak. Tak tak. Cuma berpesan-pesan tentang kebaikkan. Betul tak? Tak pandai pun. Tak layak nak buat kuliah agama.

Anyway, jadi terus lah terjana mahu mencabar diri sendiri dan juga orang lain. Macam mahu kata, Hah kamu!! kalau tak tahu nak uruskan kerja ni, mari saya tunjuk cara. Kalau saya boleh buat, kenapa kamu yang sudah berpengalaman itu tak tahu pula!!

Tapi… itu cuma baru perancangan sajalah. HEHE. Cita-cita memang besar! Kerja belum pun buat, sudah ada cita-cita nak mengata orang! (^_^!!) Saya sudah rancang. Cuma esok baru mahu bincang dengan Shitah. Harap-harap, kalau kami boleh laksanakan ini, lepas ni tak kena marah lagi lah! Kalau kena marah pun, saya harap kami boleh jawab balik.

Kalaulah semua orang tahu betapa terkesannya minggu lepas itu kepada saya! Sampai terbaca-baca saya tafsir Al-Quran. Sampai terbuat-buat saya solat Dhuha. Sampai terbeli-beli saya buku “Solat Malam Menggamit Kedamaian” dan majalah Solusi ~Psstt.. yang ni sebenarnya beli bukan sebab masalah saya. Ni saya nampak dekat rumah Along, terus rasa macam best dan pegi beli. HEHE. Sampai terpikir-pikir lah saya nak buat solat Istikharah. Ambik kau!

Itulah, kalau tak ada semua ini, ada kau ingat tuhan? Ada kau hitung dan hisab diri kau? Takde kan? Takde kan? Pergi insaf sekarang!!

Baiklah. Saya pergi tidur lah! Esok ada presentation. Harap semua berjalan lancar, walaupun tak tahu apa yang akan berlaku. Mesti saya jadi tukang assist saja nanti. Tak kisah lahh..!

Harap semua tenang-tenang. Seperti lirik lagu Dewa..

Hadapi dengan senyuman..

semua yang terjadi, biar terjadi..

Hadapi dengan tenang jiwa..

Semua.. kan baik-baik saja.

Sekian.

Regards,

~Ha~