Tags

Sungguh mood gundah gulana! Sampai bos kamu ada masalah ke? atau ada apa-apa soalan nak tanya ke.. pun saya tak boleh jawab! ~Kelihatan macam bos saya terlebih caring pula. Padahal, baru saja lepas marah saya.

Saya pening lah. Pening sampai tak tahu nak buat apa. Nak tanya apa. Nak cakap apa pun tak tahu. Ini bukan pening yang berunsurkan kesakitan tu. Ini pening yang macam.. apa kerja saya di office ni sebenarnya. Pening yang macam.. saya sebenarnya macam dah tak tahu nak buat kerja. Pening yang macam.. saya nak cari kerja lain lah!

HAHA. Setelah beberapa bulan, akhirnya keluar balik isu ni. Sebenarnya saya tengah bertahan ni. Tapi itulah, saya benci la bila saya hilang punca. Jadi, apa nak buat ni?

Ntah la. Cik Tirah dapat kerja baru. ~Okey.. jangan tanya apa-apa kat dia sampai dia bagitau sendiri tau! Jangan risau, dia mane boleh simpan berita gembira sorang2. Saya tumpang gembira. Tapi macam sedang tercongak-congak sendiri pula. Saya bila lagi?

Dalam meeting tadi, sekejap saya rasa macam nak bersilat, sekejap saya rasa macam nak tulis novel. Sekejap saya rasa macam nak berhenti kerja saja. Itu dia, 3 impian terlahir dalam 3 jam meeting.

Mana taknya. Tuduh-tuduh pula saya tak buat kerja. Macam semalam yang saya tunjuk tu bukan kerja saja. Tapi saya rasa tak ada gunanya saya melawan. Yang besar tetap memang. Yang kecil tetap kalah. Lalu, saya pun terus pergi mensurfing website Sime Darby dan Petronas, dan click pada career. ~ (?) tak ada relevan langsung mencari kerja bahagian IT di petronas. Nampak tak ayat-ayat ini yang men-generate kepada 3 impian yang saya cakap tadi.

Saya tak suka kerja management. Kenapa saya? Kenapa tiba-tiba ini pulak saya kene buat kerja-kerja management. Sudah lah enhancement pun ada yang tak siap lagi. Sekarang perlu compile kerja semua orang pulak? Lagi bengang kena marah pulak kalau orang lain punya kerja tak semengah. Dan lepas tu, saya kena train the trainers pulak. Menjadi trainer pun saya tak pas lagi, sudah mahu menjadi train the trainers.

Hah.. kau cakap banyak-banyak, tadi bos tanya apsal kau tak cakap je macam tu kat dia? Uh uh uh.. ntah la. Saya pun tak ada jawapan untuk soalan tu. Bukan tak ada soalan atau perkara nak cakap, tapi terlalu banyak sampai tak tau nak cakap yang mana satu.

Sudah lah. Dari kau pergi menulis blog ni, lebih baik kau pergi buat kerja.

~sebenarnya dah beberapa hari ni bercita-cita nak bercerita pasal aktiviti yang gembira.. tapi dah terjana macam ni pulak akibat meeting tadi.

Regards,

~Ha~