Tags

,

Sejak kelmarin, dari dalam LRT, sampailah ke rumah, penat saya cuba merangka, apa yang nak saya tulis sempena birthday saya kali ini. Mungkin sesuatu yang ilmiah. Mungkin suatu nasihat. Mungkin juga suatu pandangan. Dari sudut mata saya seorang yang sudah hampir meningkat dewasa. HAHA. Mari gelak beramai-ramai. Meningkat dewasa? Tolonglah!! Umur macam saya ni memang dah dewasa pon. Tolonglah jangan berjiwa muda sangat Cik Ha oooii! (^_^)

Tapi memang saya mati akal lah. Apa nak cakap apa nak cakap?? Kemudian tiba-tiba sesuatu telah terjadi. Haa.. terus tak payah pikir susah-susah. Tulis sajalah pasal peristiwa tersebut, kan!

Peristiwa ini terjadi pada malam Khamis, sewaktu saya dah pun balik kerja dan tengah nak bersiap-siap tidur. Masa tu dalam pukul 11 malam. Tiba-tiba, handphone saya berbunyi. ~Ehh.. dah macam novel pulak. HEHE. Rupanya, pak guard call.

Saya: Hello.

Guard: Hello.

Saya: Haa.. Boy, ada apa?

Guard: Saya nak tanya pasal tv hari tu, tak boleh kuatkan suara kan?

Saya: Aahh.. pasal yang tu. Sebenarnya hari tu salah pasang wire astro kat belakang tv tu. Tapi kitorang dah betulkan. So dah ok dah tv tu.

*Pak Guard tu la yang salah pasang wire tu sebenarnya.

Guard: Ohh. Tapi saya dah tanya kat orang yang pebaik tv awak tu. Dia kata wire yang warna-warna tu kena tukar. Wire tu yang sebenarnya buat tv tu rosak. Tapi awak kene pegi tukar sendiri la.

Saya: Wire warna-warna? Wire yang mana?

Guard: Wire yang kuning putih merah tu!

Saya: Oh.. Wire astro tu ke?

Guard: Haa.. awak kene tukar wire tu. Wire tu yang buat rosak tv. Tapi awak pegi tukar sendiri la kat kedai. Saya bagitau je.

Saya:
Ok ok! Nanti kitorang pegi tukar wire tu.

Guard: Ni satu lagi saya nak bagi tahu. Saya tolong-tolong ni, awak jangan pulak ingat saya nak.. bla bla yada yada (saya tak dengar dia ckp apa.. tak jelas sangat)

Saya: ??

Saya: Apa? Saya tak paham.

Guard: Saya nak bagi tahu. Saya tolong-tolong ni, awak jangan pulak ingat saya nak kat awak ke apa… bla bla bla.. yada yada yada.. (saya tak ingat dia cakap apa time ni tapi lagi panjang lebar la dia cakap).

*Kali ni saya dah paham dia nak cakap apa. Tapi sumpah saya memang terkejut gila sampai terus speechless.

Saya: ?? Aahh.. oookkaaayy.. ??

Guard: Jadi awak tak payah la nak ingat saya ni cuba nak rapat dengan awak ke apa. Itu jelah saya nak bagi tahu. Assalamualaikum.

Saya: ?? Walaikumsalam.

Actually kan, conversation tu pun saya tak dapat nak tulis exactly macam apa yang dia cakap, sebab saya tak ingat sangat dah. Jadi saya tulis apa yang saya ingat jelah. Dan saya macam rasa apa yang saya tulis ni macam lagi ok je dari conversation sebenar. Uh uh uh.

Jadi korang bayangkan apa saya rasa time tu. Saya punya terkejut, macam dah tak boleh nak bercakap dah. Lama sikit tu, saya jadi bengang. Apa neraka budak ni tetiba macam nak memberi amaran kat aku pulak neh! Tapi pagi ni, rasa bengang tu dah bertukar menjadi kelakar pulak.

Saya pun cuba la nak men-simpul-simpul kan situasi ni, supaya boleh menjadi sebuah simpulan bahasa, ataupun simpulan cerita. (?) Jadi, saya pun boleh teka beberapa sebab kenapa dia cakap macam tu kat saya.

Pertama, mungkin dia rasa saya rasa dia rasa suka kat saya. ~banyaknya perkataan rasa. Sila banyak dengan intonasi yang betul. Jadi, dia mungkin rasa cemas, takut saya telah tersalah faham. Jadi sedang berusaha membetulkan situasi, dengan tak semena-mena pergi men-sound saya. ~Apa relevan dia pergi sound saya, padahal saya tak kata apa-apa pun kat dia.

Kedua, mungkin ada orang bercakap aka mengumpat pasal dia beria-ria membantu kami, perempuan-perempuan bujang ini ~eh.. cam best plak menggelar diri macam ni. Jadi telah terasa sendiri, dan terus pergi men-sound kami, dengan harapan dapat membetulkan tanggapan tersebut. ~tapi kami tak bersalah pun. Bukan kami pergi mintak pertolongan dia pon.

Ketiga, mungkin sebenarnya dia syok kat orang lain. Tapi dengan tidak sengaja, telah berhubung dengan saya secara konsistan, sampai dia mendapat firasat, peluang dia akan menjadi pudar. Lalu membuat keputusan men-sound saya, dengan harapan orang yang dia suka tu tahu dia dengan saya tak ada apa-apa. ~Uh uh uh..

Keempat, mungkin dia rasa saya nampak macam cuba melarikan diri dari dia, ~kalau dia menganggap tindakkan saya tak return call dia tu sebagai melarikan diri, atau saya kelihatan tak senang dengan pertolongan dia ~which is true, sebab bila saya nak bayar upah dia angkat tv, dia taknak pulak. tapi saya tak tunjuk pun kat dia, hokay!, lalu dia rasa tercabar, dan terus pergi membuat statement macam tu kat saya. Macam nak cakap, “hoi.. kau jangan perasan lah. Kau ingat kau lawa ke aku nak syok-syok kat kau.” ~weh.. ni lagi sedih, dah la aku tak lawa, tak laku plak tu. Eh.. tiba-tiba menjadi emosi dengan imiginasi sendiri.

~Baiklah, tiba-tiba saya berasa kasihan pada diri saya. Telah pergi membuang masa membuat rumusan terhadap situasi yang tak bermanfaat ni.

Saya fikir, saya tak ada pun pergi membuat muka tak suka ke atau tersengih lebih-lebih pada dia semenjak dua menjak ni. In fact, saya macam tak jumpa dia pun, sebab selalu pergi kerja awal, dan balik lewat. Kenapa dia begitu tega mengganggu emosi saya, terutama pada hari jadi saya. ~apsal plak ayat aku jadi lain macam nih?

Jadi saya simpulkan, ni adalah tindakan orang-orang yang tak matang dan tak cool langsung!!

Alah, kalaulah betul tanggapan dia yang saya syoookkkk sangaaaatttt kat dia, dan dia tak ada perasaan pun kat saya, buat tak tahu sajalah! Rileks la kan? Bukannya saya pergi bertenggek kat pondok guard ke, pergi main miss call miss call ke, atau pergi sms-sms ke dengan dia sampai mengganggu-ganggu dia, kan? Macam.. bila orang minat kau, rileks. Cool je. Saham kau tengah naik, so be happy!

Atau, kalaulah kau terasa sendiri aku macam melarikan diri dari kau, pun rileks la jugak! Kalau tak ada apa-apa, tak payah nak panik-panik. Buat je tak tahu. Lama-lama esok, aku sedar lah yang kau sebenarnya tak suka kat aku. Aku je perasan lebih.

Baiklah, takkan saya nak aspect semua orang cool macam… macam siapa ye? HAHA. Tak dapat memberi contoh pulak lelaki cool yang kamu semua kenal. Sekejap saya fikir. Okay.. cool macam Richard Gere. ~Eh.. tiba-tiba saya teringat pulak Richard Gere Malaysia, consultant yang selalu datang office saya tu. HEHE. Jadi, saya anggap saja lah ini reaksi spontan orang yang kurang pengalaman. Erm.. Biarlah tikus terjun bersama labu-labunya.

Saya cool di sini. Dan saya dengan bergayanya, sedang meng-usha lelaki yang lebih cool! HAHA. Macam sangat bergaya bila cakap macam ni. Sebenarya, otak tengah fikir siapa lelaki cool tu. (@_@)

macam ni pun kelihaan agak cool juga.. HEHE.

Cuma saya pasrah saja, sebab bertemu orang macam ni. Lebih pasrah lagi, benda ni jadi time birthday saya pulak.  (-_-“) ~Macam takde hari lain!

Regards,
~Ha~