Tags

,

Hari ni berlalu macam biasa. Okay, tipu. Biasa dan tak biasa jugak la. Best dan kurang best. Mari cerita yang… tak best dululah. Yang macam biasa tu.

.

Hari ni banyak kerja yang dah due date. Jadi dari pagi telah bertungkus lumus dengan gigih menyiapkan semua kerja, sebelum tengahari. Benci betul bila dikejar waktu, tapi kene selalu ingatkan diri,

“Berakit-rakit ke hulu

Berenang-renang ke tepian,

Bersusah-susah dulu,

Bersenang-senang kemudian”.

Baiklah, semacam pelajaran pendidikan moral pulak. Tapi knowing myself, eloklah juga saya terlibat dalam Phase 1 ni. Biarlah saya selalu kena marah bila tiba-tiba saja ada pemeriksaan kerja, walaupun orang pun tak buat jugak, dan tiada satu penetapan standard yang perlu diikut, tapi sebab saya module yang pertama, jadi saya lah yang kena dulu. Lalu, apabila sampai di giliran orang lain, sama para bos telah pun penat nak marah perkara yang sama lagi, atau orang lain pun sempatlah menyediakan apa yang patut, mereka tak kena marah! T______T.

Ingat, Cabaran Bekerja!

Tapi yang baiknya, setelah saya di spot check secara mengejut, lalu bergegas membuat kerja sehingga jaya, lalu saya selalu berada dalam keadaan bersedia macam pengangkap bersedia dalam perbarisan. (?) Jadi bila orang lain tiba-tiba saja kelam kabut mahu siapkan kerja, saya seperti, “ohh saya punya dah siap! HEH. Kedengaran nada berlagak pula di situ. Tak tak. Saya sambut itu dengan penuh kesyukuran, dan dengan ucapan Alhamdulillah!! (^_^)

Jadi pagi tadi, saya hampir tak sempat bercakap, bersarapan dan ber-surfing. Nampak tak perkataan hampir di situ. Bermaksud, hampir-hampir sajalah tak sempat. Tapi sebenarnya sempat je. HAHA. Percubaan menipu pembaca. ~Kau ada pembaca kah? Baiklah, hentikan ayat yang memeningkan ni.

Sepatutnya ada meeting dan perlu present kerja yang dibuat. Tapi ditunda ke hari Isnin. Mungkin para bos lihat kami dah macam orang hilang akal menyiapkan kerja. Dan mungkin juga muka kami nampak macam sangat meyakinkan untuk dimarah dalam meeting tersebut. HEHE. Tapi ditunda bermakna lebih banyak kerja perlu dibuat. Saya pasrah!

Itu sajalah perkara biasa dan tak best hari ini. Mungkin akan ada lagi, sebab hari belum habis lagi. Tapi kalau ada, itu kita cerita esok lah!

.

Perkara yang best, atau yang luar biasanya pulak. Saya tak pernah begitu sibuk mendapat berpuluh-puluh email notification di mailbox dalam masa sesingkat pagi tadi.  Bagitu hebat dan sibuk sekali saya men-toogle antara kerja + mailbox + facebook. Itu dia.. kata tadi begitu sibuk bekerja, akhirnya kantoi sedang surfing facebook juga. HEHE.

Yelah.. orang penat penat beri ucapan, kena lah ucap terima kasih. Barulah menyahut seruan kerajaan,

Orang Berbudi, Kita Bebahasa.

Seperti kelas bahasa Melayu pula. (^_^)

Dan kononnya nak berbahasa tu, dah melarat-larat menjadi seperti perbualan pula. HAHA. Itulah bahana kalau terlebih ramah dan mesra! Tak mengapalah. Sekali sekala. Padahal kalau selalu tu, fb tu sekadar tengok gambar je. Macam tak minat saja mahu melihat-lihat profile orang lain, dan menyampuk-nyampuk cakap orang. Macam mahu cakap pada diri sendiri,

Mind your own business

Begitulah saya lalui hari saya hari ini. Terima kasih atas ucapan dan ingatan. Jadi boleh kata tahun ini saya berjaya mencipta rekodfb saya mendapat sambutan hangat macam goreng pisang panas’! Lebih baik dari beberapa tahun lepas. Langsung tak dapat sebarang sms dan ucapan. HAHA. Tulah, sape suruh nak rahsiakan sangat!

Saya tak bercadang nak membuat apa-apa hari ini. Mungkin sudah penat. Lagipun selagi tak siap kerja, macam benci saja mahu pergi beronggeng. Macam kalau tengah berfoya-foya tu, tiba-tiba saja teringat Quick Guide tak siap lagi, atau teringat User Guide untuk Ward Register tu macam baru satu muka saja. Atau.. ahhh tengok, saya sedang fikir tentang kerja lagi.

Semoga hari anda ceria!!

Regards,

~Ha~