Tags


Walaupun siang tadi macam sangat berkobar-kobar mahu update malam ni, tapi nampaknya idea dan mood nak bercerita tu telah terbang hilang ntah ke mana!

Bukan sebab sedang ber-mood sedih atau murung, tapi tiba-tiba sahaja dilanda mood ber-kasih-sayang. Kasih sayang? HAHA. Tak tahu lah salah siapa. Sebab lagu si Tilu inikah, atau lagu si Alyah itukah, atau sebab cerita Awan Dania tadi kah, saya tiba-tiba saja dibuai rasa. Tapi ia seakan pelik juga, bila mood sudah mari, tapi tak tahu dengan siapa pula saya mahu berkasih-sayang! Sangat pathetic bukan? HAHA. ~Mari gelak kepada diri sendiri.

Baiklah. Sudah-sudah lah tu. Mari kita fikir mahu cakap tentang apa.

Saya berjaya menjalankan misi men-senam-kan diri weekend lepas. Bermula dengan swimming malam Sabtu tu, kemudian, ber-senam aerobik pula pada Ahad pagi di Titiwangsa, wah.. saya terasa suatu pencapaian yang hebat! Tapi bila Isnin, penimbang di surau opis tu masih menunjukkan angka berat yang sama, mood saya jadi menurun. ~Hey, sabarlah. Apa kau ingat Ha 2 kali bersenam tu, berat kau terus turun sampai 5kg?

Manakala pil diet pun, saya tak mampu melaksanakan secara berkonsistan. Makan bila teringat saja. Tak mengapa lah. Yang penting saya bersenam dan kawal pemakanan.

Oh.. saya sudah ingat apa yang saya mahu cerita.

Nampaknya, kebelakangan ini saya menjadi kurang bertuah sikit. Bermula dengan kunci rumah saya tercicir di bilik air selepas swimming. Oh, kunci tu saya tak kisah. Tapi keychin Canada tu memang saya sayang sangat. Itu souvenir dari Along masa dia balik dari training di Canada 2 tahun lepas. Saya ingat itu saja yang hilang. Rupanya, saya terhilang gelang dan cincin kesayangan semasa swimming tu juga. Gelang tu saya beli masa backpacking ke Mulu tempoh hari. Cincin tu pula ada terukir nama saya di dalamnya. Oh.. terkilan betul!

Dan pagi ini pula, saya terpatahkan headphone semasa sedang mendengar lagu dari handphone saya, on the way ke tempat kerja. Uh uh uh.. (T__T)

Macam nak marah je rasa. Kemudian segera terfikir. Tentu ada hikmah di sebalik semua ini. Pertama, saya perlu ingat, tak ada benda yang kekal di dunia ni. Sebanyak mana saya sayang benda itu, satu hari semua di dunia ini akan meninggalkan saya. Kedua, macam saya cakap tadi, tentu ada hikmah disebalik semua ini. Mungkin tuhan nak beri sesuatu yang lebih baik dari itu. Siapa tahu, tiba-tiba ada orang mahu beri saya cincin lain. Yang lebih bermakna mungkin. HAHA. Okay, Ha dah mula mengarut lagi. Maafkanlah saya, saya sedang menghiburkan hati ni.

Cuma, saya masih lagi menaruh harapan berjumpa dengan kunci rumah dan keychin Canada itu. Benda itu tiada gantinya!

Semoga saya didatangi sesuatu yang menggembirakan, bagi merawat kesedihan hati ini

Itu saja sebenarnya saya nak cerita. Saya harap perkara-perkara yang kurang bertuah ini tak berlarutan. Tidak terutamanya ketika saya sedang menunggu result ISTQB tu.

May you have all the luck in the world!

Regards,

~HA~