Tags

, ,

Wah.. sudah mula perasan menjadi Nigella Lawson. Mula-mula tu takde lah nak perasan sangat. Tapi selepas berehat sebentar bersama Kick Kat ketika sedang memotong-motong strawberry malam semalam, sebab cik Tirah tetiba bergayut pulak ketika sedang memberi kelas memasaknya, dan seperti biasa saya menekan-nekan info di Astro lalu men-tukar chanel 703, maka terjumpa dan tertengoklah cerita Nigella Bites.

Ahh.. saya memang dah lama adore dengan Puan Nigella ni. Bukan lah saya adore masakan dia yang hampir 90% mesti nak kena campur arak, tapi cara dia masak dan cara dia makan tu. HEH. Tidak kah kau perasan, kalau dia masak itu, nampak tersangat lah senang dan mudah. Pernah kau tengok dalam rancangan dia, dia pergi membuat kek dengan susah payah, dah kemudian pergi bersusah payah pula menghias cantik cantik sampai kau rasa, baiklah, saya memang tak layak memasak kek tersebut. Sebaliknya, dia pergi supermarket, pergi membeli kek yang sedia ada, kemudian pergi membeli barang-barang segera dan mudah dimasak, kemudian pergi memasak dengan mencampak-campak saja bahannya. Akhirnya, tarraaa.. sudah siap satu desert yang bukan saja nampak sungguh sedap, malah kau sampai nak kata, haih.. aku pun bleh buat rancangan masakan kalau macam ni! Kemudian buat kau lagi kagum, bila dia kadang-kadang makan terus dari dalam periuk, atau sebelum nak tidur. Tak payah nak hias-hias meja dan makanan macam kau hias untuk hotel 5 bintang!

Haa kau, terus saya dah membebel-bebel kat sini. Dulu tagline blog saya “Ha Membebel..”. Huh.. saya dah pergi bercerita pasal lain pulak. Sepatutnya saya kena bercerita pasal Triffle Strawberry.

Baiklah. Saya akan cerita pasal triffle tersebut. Tapi saya takkan cerita pasal bahan-bahan dan cara membuat. Ini bukan blog resepi. Tapi kalau kamu nak, mintaklah, memang senang sangat sangat sangat.

..

Di atas itu strawberi. HAHA. Macam lah kamu semua tak tahu. Yang kamu tak tahu, strawberi tu dah banyak yang lembik dan dah terbuang. Mungkin sebab saya pegi simpan strawberi tu sekali dengan plastik-plastik dalam peti ais. Menurut teori cik Tirah, buah tak boleh di simpan di dalam plastik. Akan menjadi lembik. Sebab tu lah kalau kamu boleh lihat begitu banyak buah tertunjuk-tunjuk kat situ. Sebab tak nak simpan dalam plastik!

..

Jadi itulah kerjanya. Memotong buah strawberi dan meletak di atas kek. Oh.. kerja potong-potong ni memang kerja yang saya sangat suka. Walaupun lepas tu, selalu jugak terpotong tangan sendiri.

..

Senang je nak buat triffle ni. Kalau paling susah pun, adalah apabila mahu memlarutkan kastad. Sebab sangat lama. Okay, tak lah lama sangat sebenarnya!

..

Sebenarnya, walaupun tak mahu menulis resepi, tapi macam dah memberi tahu secara bergambar pulak. Tak apalah, bukan nya sesuatu yang sangat rahsia poonnn. Macam saya cakap tadi, kalau kamu mahu resepi dia, mintak je.

.

Jadi, saya pun bawak lah ke opis, bagi budak-budak tu makan. Saya ada membuat teori dengan Cik Tirah, kalau-kalau masakan saya ni akan menjadi spell, lepas ni mereka semua dengar cakap saya. HAHA. Kalau itu menjadi, memang tersangat lah bestnya!

.

Anyway, ramai pulak yang makan. Sampai ada yang tak dapat. Nak buat macam mana. Walaupun saya rasa macam nak bagi je semua rasa, macam biarlah sikit pun, kita makan sama-sama, tak apa lah kalau cuma rasa sesuap pun. Tapi yelah, nak buat macam mana.

.

Oh.. yang di atas tu tak siap lagi. Yang kat bawah ni barulah dah siap!!

.

.

.

.

.

.

.

.

Sangat banyak unsur strawberi kan?

.

Memang banyak pun bahan-bahan perasa strawberi yang saya letak. Buah strawberi, kristal jelly perisa strawberi, nata de coco perisa strawberi jugak. Cuma kek je tak strawberi, sebab dah kene marah dengan Cik Tirah. Jadi pergi membeli swiss roll blueberry. Janji ada berry berry jugak!

.

triffle setelah di ceduk

Tengok jelly yang dah tergolek-golek ke tepi. Lembik gila. Nasib baik rasa dia bleh tahan. Nak lagi best kena makan waktu sejuk-sejuk.

Baiklah. Sekian sajalah. Janji dah update kan?

Regards,

~Ha~