Tags

Semejak dua menjak ni, mood ke arah hal-hal kewanitaan lah pulak! Nak kata wanita pun, tak berapalah wanita sangat, sebab lelaki sekarang pun banyak dah mencebur diri. Tapi untuk saya, memang wanita habis lah!

Kalau surfing pun sekarang ni, dah mula into hal-hal fesyen yang warna pesen pelangi tuh. Kiranya blog ini dah macam Surah al-Maksurat dah, pagi petang dok khatam.

blog fesyen..

Itu belum lagi bab masak-memasak. Mula-mula memang masak sebab nak berjimat. Tapi bila balik Cameron hujung minggu lepas, mood dah into nak masak-masak desert pulak. Itulah, sapa suruh banyak sangat diorang jual sayur dan buah. Okay, salahkan penjual pulak. Baiklah. Itulah, sape suruh tak dapat tahan nafsu nak beli sayur dan buah yang diorang jual tu!

Alang tercerita pasal Cameron, kita ceritalah macamana boleh buat tersampai Cameron tu. Sebenarnya Sabtu tu saya ikut housemate pergi majlis tunang kawan dia. Then tetiba kawan-kawan dia yang lain petik idea nak pegi Cameron plak. Tu yang tersampai tu.

Kalau ikut memang rambang mata. Mau tak rambang, kalau 12 bungkus sayur = RM10. Haih, mana nak dapat semua tu kat KL. Tapi saya tak beli la sampai 12 bungkus. Sape nak makan? Peti ais rumah tu pun, dah tahap nak bergaduh siapa letak barang paling banyak. Dah tahap pergi kira kau letak berapa barang, aku letak berapa barang. Jadi ada hati lagi nak pergi beli dan tambah lagi isi peti ais tu?

Maka beli lah tomato untuk Kak Mas, sebab tengok dia sangat suka makan tomato. Pastu beli jagung, strawberi, kacang buncis, kentang comel dan lupa satu lagi apa. Turun R&R Tapah, beli pulak mangga. Minggu ni adalah minggu nak menghabiskan barang-barang yang dah di beli.

Isnin – Nasi goreng: nasi + ayam goreng (lauk kenduri tunang tu) + kacang buncis + carrot.

Selasa – Jagung Rebus

Rabu – Cucur manis jagung.

Cucur Jagung saja berjaya di ambil gambar. Itupun selepas tinggal beberapa biji lagi.

Esok plan nak buat triffle Strawberi pulak. Nasib baik ada orang tok guru kat rumah tu bleh la belajar on the spot. HEHE.

Regards,

~Ha~