Tags

, , , , , , , , , , , , ,

Saya malas nak buat kerja! HAHA. Statement! Sebenarnya, memang lah ada malas sedikit. Tapi juga ada sedkit problem nak buat kerja. Lagi pula, terasa sangat mengantuk macam nak terjatuh! Itulah, siapa suruh pegi tidur lambat. Pukul 2.40 pagi baru nak tidur. Itu pun nasib baiklah boleh bangun pagi.

Rasa macam nak buat cerita pendek skit.

.

Astro

Astro di rumah saya buat hal pula. Selepas tv, astro pula mengada-ngada. Haih.. memang nak menaikkan darah betul! Ntah kenapa, asyik tak dapat coverage, sejak dari malam Isnin ~itupun sebab saya balik dari kampung malam Isnin tu. Tapi tak tahulah sejak bila ber-problematiknya bermula! Mula-mula tu, macam dapat beberapa chanel. Tapi bila semalam, langsung semua chanel tak boleh tengok. Padahal cuaca amat baik. Lebih geram, di rumah Along, yang terletak di Seri Rampai tu, elok pulak servicenya.

Saya call astro, setelah mensuruh saya membuat itu dan ini, bereksperimen dengan astro box tu, akhirnya customer service officer tu membuat conclusion, kemungkinan piring astro saya terusik, dan mencadangkan saya men-call technical astro yang cuma ada 3 saja di kawasan KL, Pandan Indah, Cheras dan apa tah satu lagi tempat, yang saya heran apsal jauh sangat dari rumah saya, untuk membetulkan piring astro itu, dan kemudian perlu membayar RM50. ~uh uh.. panjangnya ayat ni!

Jadi, seperti biasa, perkara-perkara begini menimbulkan curiosity. Bak quote popular masa saya belajar dulu, “Curiosity kills the cat!”

Pertama, macam mana lah pulak rumah saya boleh terefek tidak mendapat siaran? Yang peliknya, pada mulanya tu hanya chanel astro saja yang dapat. Saya nak tengok Terjah kat TV3 pun tak dapat. Dan esoknya, langsung tak dapat tengok semua chanel. Macam tengok CD rosak saja. Dan kemudian terus hitam dan gelap!

Kedua, macam mana pulak dia boleh ingat piring saya terusik? Saya usik pun tak. Dah la tergantung, dekat dinding rumah apartment. Siapalah agaknya yang pegi usik tu!

Ketiga, belum pun dia pasti masalah saya, dia sudah tahu berapa charge yang patut di kenakan. Itu lagilah saya nak marah. Kalau betul piring itu terusik, ya, saya memang tak kisah lah nak bayar. Tapi mana tahu, cuma signal problem saja. Tapi sudah pasti pula harga servicenya. Haih.. sudahlah bukan salah saya, kena charga tambahan pula.

Jadi mahu men-call orang lain pula. Rugilah bayar astro, tapi tak dapat tengok, kan! Tapi sementara ni, terpaksalah guna area yang letak atas tv tu!


Asyraf Muslim

Ni bukan cerita saya. Ni saya dengar dari kawan saya cerita.

Anda kenal Asyraf Muslim? Yang berlakon jadi ustaz dalam drama ‘Cinta Sempurna’, di chanel Astro Oasis tu. Atau yang berlakon cerita ‘Renjis’ tu. Yang pernah bercouple dan dah pun clash dengan Shery Ibrahim tu. Tak tahu juga? Pegi google sekarang!

Kawan saya cerita, ada satu hari tu, dia dan keluarga nak pergi berubat, di sebuah pusat perubatan Syifa kalau kalau saya tak silap. Biasalah mana-mana pusat perubatan, pesakit memang ramai yang menunggu. Kawan saya ni sampai dah mengantuk-ngantuk menunggu giliran.

Akhirnya, apabila giliran tiba, mereka sekeluarga masuklah ke bilik rawatan. Tapi mereka sangat terkejut, sebab nampak Ashraf Muslim dalam tu. Rupanya, Ashraf ni dah belajar nak mengubat orang juga! Yang paling kelakar, kawan saya dah tak boleh nak fokus dan concentrate bila si Ashraf ni suruh baca-baca surah dan ayat-ayat Al-Quran. Yelah, pelakon jadi tok bomoh, tak ke konfius nak percaya ke tak?

HAHA. Memang saya pun terkejut dan rasa nak gelak guling-guling! Muka hensem macam model, tiba-tiba jadi  pengamal perubatan pulak. Haih.. tak tak. Saya bukan underestimate dia. Takdelah! Cuma macam tak sangka saja. Macam kawan saya jugalah, saya terus terfikir, oh patutlah dia dah lama nampak tak berlakon. Mungkin terkesan selepas cerita Cinta Sempurna tu barangkali. Dan saya sendiri pun perasan, Ashraf ni kerap juga berlakon jadi ustaz atau orang baik-baik, antaranya dalam drama Puaka Niang Rapik dan drama Jangan Pandang Belakang yang baru saya tengok semalam.

What a suprise! HAHA.


Cerita Bergambar

.

Indah rupa dari rasa..

Ini gambar pertama. Ingat tak ada suatu ketika tu, saya pernah cakap yang saya craving for roti bakar dan telur separuh masak. Pada hari terakhir tu, saya berjaya juga makan roti bakar. Tapi tak seperti yang saya bayangkan. Roti yang keras, sos yang lebih masam dan kurang pedas, dan telur yang terlebih lada hitam! Saya terus insaf..

.

pemandangan dari lobi Felda Residence Hotel..

Oleh sebab check in pada pukul 12 tapi flight pukul 9.20 malam, petang tu, kami pun melepak di lobi hotel, sambil menonton Kasanova XXL, ape tah citer lepas tu dan Na O Mei. Pertama kali tengok semua cerita-cerita tu. Cerita nombor 2 tu yang paling menyampah, sampai saya pun dah terlupa nama cerita tu. Tapi cerita Na O Mei tu macam boleh tahan jugak eh..?

.

Lapangan Terbang Subang..

Ini lapangan terbang Subang. Hanya kalau anda penumpang Firefly atau menghantar/men-ambil penumpang Firefly saja, barulah anda akan perasan dalam bangunan ini. Lapangan Terbang Subang dah cantik. Tak macam dulu. ~saya rasa la, padahal tak pernah tengok pun dulu-dulu punya airport. Tengok, ada bintang-bintang kat atas bumbung!

.

Adif

Ini pula anak sepupu saya di tinggal di Kajang. Sangat tembam kan? Mak dia bubuh nama Adif, sebab teringat Muhammad Adif dalam cerita Dunia Baru tu. Kata maknya, Adif ni sangat baik, tak susah nak bela. Sebenarnya, mak dia dah trauma, sebab dua anak dia yang sebelum tu terkena sawan tangis masa baby. Jadi sepupu saya bubuh nama Muhammad Adif, semoga anak dia menjadi baik seperti Muhammad Adif tu. Tapi saya tengok, Muhammad Adif dalam Dunia Baru tu bukannya baik sangat pun, blur adalah!

.

hujan yang pertama..

Hujan pertama selepas beberapa minggu KL tidak hujan-hujan. Sungguh gembira. Sungguh sungguh gembira! Sampai saya berlari ke depan office dan terus snap snap gambar hujan. Sehingga menimbulkan pelik orang-orang sekeliling. Oh.. seperti kekasih yang saya tunggu-tunggu telah turun mennunjukkan diri kepada saya..

.

Fatin Farhana

Fatin Farhanah

Ini anak Junn, Fatin Farhanah. Bila dia bercakap, she always remind me to Boo‘s character, in Monster Inc movie. Sebab dia akan cakap cakap cakap, tapi satu patah pun saya tak faham. Tapi cakap macam sangat bersungguh sungguh ni, macam sedang menceritakan sesuatu. Huh.. apalah yang dia nak bagi tahu! (-_-!!) Dan paling suka bercakap, kalau saya sedang bercakap dengan mak dia. Haih.. sungguh men-sibuk!

Fatin bersama jurufotonya..

Sebenarnya, saya juga men-sibuk pada waktu gambar ini diambil, sebab join Outdoor Photography Fatin. Di atas itu Fatin bersama Abang Topek, or should I called Uncle Topek, HEHE, yang telah give up nak buat shoot disebabkan hujan. Dengan bangganya nak cakap, saya lah yang rekemen En. Topek ini kepada Junn, last year, for Fatin’s outdoor photography. Tapi end up rupa-rupanya En. Topek adalah junior Junn. Haih..!

Yang saya tak pernah bagi tahu adalah, sebenarnya, Along lah yang perkenal Topek ni kepada saya.

.

Sutra Beach Resort - from my hp..

Erm.. takde apalah nak cakap. Gambar resort ni pernah tunjuk dulu, tapi gambar tu saya curi dari google. Ini saya ambil sendiri guna hp saya.

Stadium yang runtuh..

Akhirnya.. berjaya juga ambil gambar ni setelah hampir.. berpuluh kali datang ke Terengganu!

.

Faiz..

Ini pula waktu Faiz datang dengan ayah dan maknya beberapa hari sebelum kenduri, sebab dia nak balik Makassar Ahad tu. Jadi tak sempat lah nak datang kenduri. Sebab tu dia datang awal.

dan mak faiz..

Ni mak Faiz. Terer gila memancing. Sempat juga saya ikut diorang memancing kat tepi pantai je.

Ohho.. memancing adalah sangat susah. Nak baling pancing saja, sampai 10 kali baru pandai sedikit. Itu baru berjaya membaling mata kail dengan cara yang betul, tapi mata kailnya tak pergi jauh mana pun! Jadi perlu pula membelajar bagaimana mahu membaling mata kail dengan betul dan jauh pula. Uh uh uh.. memanglah sangat susah.

.

Ayu.. on the way ke masjid

Sebenarnya, ini dah kali ke-dua saya tulis. Baru saya nak save draft, katanya tak boleh save pulak. Habis hilang semua yang belum save. Haih.. kamu jangan main-main. Sudahlah saya tengah penat menkodek-kodek iPhone ni. iPhone? Okay. Itu cerita lain. Sekarang kamu sedang baca cerita bergambar!

Ini adik saya, Ayu. Gambar di atas tu adalah waktu ini kami mahu ke masjid, acara akad nikah.

ini pula ketika di masjid..

Sebenarnya, adik saya ni memang tak suka amik gambar. Saya telah dilantik menjadi jurugambar walaupun tak bertauliah langsung, dan dengan menggunakan digicam saja pun, tetapi itu pun telah menjadi agak tensen sebab adik saya ni asyik nak suruh saya delete saja gambar yang diambil.. sebab katanya tak cantik. Sebenarnya, dia memang tak biasa ambil gambar pun. Nasiblah saya ni kakak dia, lepas kena marah, barulah dia pasrah! Nasib baiklah tak ambil jurugambar profesional, kalau tak, mau hangin satu badan orang tu.

majlis akad nikah..

Ini gambar majlis akad nikah di masjid. Dan ini adalah gambar terakhir yang saya ambil. Lepas balik dari masjid, saya menjadi busy. Terus bersara dari mengambil gambar adik saya. Saya camera pada adik saya yang lain. Sebabnya, saya terpaksa menjadi wakil family saya untuk membuat kerja-kerja gotong royong. Lagipun saya rimas berada di kalangan kawan-kawan adik saya dan family adik ipar saya. Sesak nafas. Jadi lebih baik saya mensorok diri di ceruk dapur, dari menjadi patung cendana di tepi adik saya. Tak tak. Saya takde lah betul-betul pergi mensorok diri kat dapur. Atau pergi membuat kerja di dapur. Tak tak. Itu cuma perumpamaan saja. Sebenarnya saya pergi ke rumah jiran saya, tempat masak-masak lauk kenduri, pergi menolong di sana.

Sekian cerita bergambar.

.

iPhone

Ya, tadi saya cakap saya sedang menkodek-kodek iPhone. Tapi sebenarnya itu bukan iPhone saya. iPhone tu adik saya jumpa, semasa dia buat housekeeping di hotel dia kerja. So, dia suruh saya unlock telefon ni. Tapi saya rasa sungguh bodoh nak guna iPhone ni. Sampai nak angkat phone ni pun saya rasa macam sangat kekok. Dan saya masih tak dapat lagi nak download software nak crack iPhone ni. Kerja yang sungguh men-rumitkan. Haih..!!

.

Office

Tempat kami di office telah dirombak. Dari duduk di belakang, menyorok di belakang tiang, sekarang saya duduk di bahagian depan sekali, dan kalau saya toleh 80 darjah, terus ternampak bos saya. Jadi saya sudah tidak bebas men-surfing internet. Dan bos juga suka men-sibuk setiap kali kami bersembang atau bercakap. Macam kami panggil-panggil pula dia suruh men-sampuk cakap kami. Sungguh men-tensen-kan. Jadi terpaksalah saya menulis blog di rumah, men-guna wireles jiran sebelah. HEHE.

.

Regards,

~Ha~