Tags

Saya rasa, hampir semua orang disekeliling saya menanti-nanti saja saya membuka isu ini. Dan hampir tidak dapat bersabar saja menunggu bila saya nak cakap saya nak beli kereta. Isu ini hampir sama panas dengan isu ‘bila saya nak kahwin’ atau ‘sudah ada boyfriend ke belum’. Blerrghh.

Sebenarnya tak tahu kenapa, for all goddess gadget in the world, kereta antara yang paling saya kurang berminat nak memiliki. Macam terasa, I am not meant to buy or to have a car. Dan terasa seperti kereta hanya akan menghabiskan hampir separuh gaji saya. Terasa sangat menyusahkan, duit minyak lah, duit tol lah, duit service lah, duit kecemasan lah dan ntah duit apa lagi yang dia nak. Sangat leceh!

Saya lebih rela bersesak-sesak menggunakan pengangkutan awam, dan rela terpaksa merancang perjalanan supaya tak terlambat sampai ke tempat yang dirancang dan terpaksa membuang jauh-jauh keinginan nak berjalan-jalan tempat yang tak ada public transportation. Sekurang-kurangnya, tak adalah menghabiskan duit saya saja.

Tapi, sepanjang yang saya ingat, adalah juga kereta yang saya suka.

.

CRV/Pajero


Ini kira macam crush la. Sejak kecil, kalau nampak kereta macam ni, macam menjadi sangat suka. Walaupun tak tahu kenapa suka sangat. Tapi terus terang cakap, saya tak tahu pun, CRV tu dari jenama kereta apa. Sekejap saya pergi google. Oh.. dari Honda rupanya. Dan Pajero tu dari Mitsubishi. Baiklah, saya mengaku. Saya memang sangat jahiliyah kalau bab-bab kereta ni. (-_-!!)

.

Suzuki Swift


Ini cinta pertama saya. Saya memang bodoh pasal kereta. Satu habuk pun saya tak tahu. Jadi jangan cuba-cuba nak bicara dengan saya pasal engine, atau accelerator, ~tengok, accelerator pun saya tak tahu apa dia. Sebut sebab dengar housemate saya sebut tadi, dan ntah apa-apa lagi tu. Kalau paling tahu pun, kalau orang sebut sport rim. Selain itu, saya memang sangat jahil!

Jadi, saya cuma minat Swift, sebab badan dia cantik! Itu saja. Dan kalau kamu suruh saya terangkan kelebihan Swift, saya mungkin akan jawab, sebab dia kecik, jadi boleh mencelah-celah time jamm. Itu saja!  (T___T)

Walaupun cantik, tapi semua orang macam kurang menyokong saja nak beli Swift. Rata-rata akan cakap, rugi! Bayar mahal tapi space kecik. Tapi bukan kah orang beli Swift sebab badannya yang kecik molek dan sangat cute miut tu? Kalau nak bonet atau space besar, pergi la beli kereta sedan, kan?

Saya keliru!!

.

Nissan Latio Sport

Tak pernah pun  ambil tahu pasal kereta Nissan. Model kereta yang paling saya tahu cuma dari keluaran Proton dan Perodua. Nissan, Honda, Toyota, dan lain-lain tu semua tu sangat asing. Tapi bukanlah tak pernah naik kereta-kereta seperti itu, cuma tak pernah berminat nak ambil tahu. Kalau tahu pun, tahu begitu begitu saja. Macam kalau, biarlah dia Mercedes  2 pintu pun, saya tak berminat nak tahu apa nama model atau sirinya.

Tapi satu hari, dalam tahun lepas atau 2 tahun lepas, housemates dan saya pergi makan kat Leha Curlfood, dekat area Taman Melati tu. ~oh.. jangan makan kat sini. Makanan dia sangat mahal. Memang la banyak pilihan, tapi memang mahal tak bleh blah! Sederet dengan kedai tu, ada show room dan kedai kereta Nissan. Housemate saya ajak pegi tengok-tengok kereta.

Mula-mula tengok tu, rasa biasa saja. Tapi bila masuk, dan duduk duduk dalam kereta, mencuba itu ini sambil makan pisang berangan, saya rasa macam suka pulak kereta ini. Lebih besar dari Swift, ~sebab itu saya suka, sebab lepas dengar komen pasal Swift, trus menambah dalam justification list, mesti besar dari Swift, sangat selesa dan kemas untuk pemandu perempuan, tak terlalu besar sangat dan boleh naikkan tempat duduk menjadi lebih tinggi. Tapi bila saya tengok harga, saya terus insaf dan berjanji tak mahu makan pisang berangan lagi.

Last month, saya pegi lagi show room tu, kali ni dengan Along. Haih.. sekali lagi saya jatuh cinta. Bonet pun besar, kalau saya nak letak beg tarik saya tu pun boleh letak sampai 5, boleh adjust lagi tempat duduk dengan bonet, dan ntah apa lagi yang buat saya suka sangat. Tapi.. harga dia terus melonjak naik menjadi 100K lebih. APAKAH?? Takkan sebab ada perkataan IMPUL whatever tu?


Jadi saya berazam, hanya kalau saya kahwin dengan lelaki kaya saja, baru saya berfikir dan berangan nak beli kereta ini. Dan mungkin boleh fikir untuk dijadikan ini sebagai hadiah hantaran? HAHA. Orang kaya pasti menyesal nak kahwin dengan saya. Jadi kalau tak kahwin dengan orang kaya, sila simpan angan-angan ini dalam kotak fikiran!! Saya memang tak layak nak pakai kereta ni!

Dan sampai sekarang pun, memang masih suka Latio Sport. Pantang nampak dekat jalan, terus terasa saliva saya nak menitik, tik tik tik.

.

Ikut Kemampuan

Kalau ikut kemampuan, saya hanya layak pakai kereta dari Proton atau Perodua saja. Tapi masalahnya, saya menyampah dengan hampir ke semua model mereka. Kalau ada pun yang saya berkenan, ia adalah Kelisa, which already not available in the market. Jadi macam mana? Terpaksa lah ambil apa yang ada.

Jadi, alang-alang terpaksa memilih benda yang tak suka, saya tambahkan lagi syaratnya. Syaratnya, mesti lah menjimatkan dan menguntungkan saya. Tak kiralah dari segi minyak ke, accessories ke, service ke, installment ke dan sebagainyalah.

Sok sek sok sek bincang dengan pelbagai manusia, akhirnya decide macam nak beli Myvi. Walaupun Myvi ni macam sangat bulky sangat, kan? Ok, itu pendapat saya. Anda mungkin ok je. Tapi Perodua ni macam sangat pening lah. Bila sangat tengok quotation, macam banyak gila dia punya harga.

Ada 1000cc, 1.3cc standard, 1.3 premium, SE dan EE. Itu belum lagi perbezaan harga mengikut jenis cat. Dowhh.. kenapa diorang comletecated benda yang simple. Padahal, kalau tengok dari luar, sama je! Kenapa tak sama macam quotation Latio. Kalau ikut saya baca review lagilah, standard, premium, SE & EE, dari segi engine langsung tak ada apa beza. Hanya tambah dari interior, exterior dan safety & security saja, dan juga tambah HARGA! Blerrgghh.

Macam pening. Pendek cerita, rasa nak pilih Myvi EE. Sebab? ntah la. Sebab saya tengok Premium tu macam hodoh je. Dan SE macam lebih mahal. Itu saja. Harganya, RM51,500. Oh ya, Myvi EE tu stand for Myvi Exclusive Edition. Exclusive ke?

Dan sampai sekarang saya masih tak decide lagi bila mau order kereta. Mula-mula mereka cakap harga minyak nak naik 2 kali ganda. Kalau harga minyak naik, harga kereta akan jatuh. Jadi suruh tunggu harga minyak jatuh. Tapi lepas tu, mereka cakap hrga minyak tak jadi turun. Tapi kemudiannya saya jadi bimbang kalau saya kena hantar ke Terengganu. Buat apa pergi beli kereta, kalau lepas tu di biar je kereta tu behujan berpanas dan tak berbumbung.

Jadi, sekali lagi keliru!

.

Regards,

~Ha~