Tags

,

Sungguh rindu nak tulis di sini. Sungguh rindu!! Hari-hari pun teringat. Tapi banyak sangat halangan. Selain dari takda internet kat rumah, saya pun sudah 3 minggu ni asyik akan ada saja ambik cuti saja setiap minggu. Huh? saya cakap bahasa apa ni? Macam sungguh lintang pukang! Takpelah, ada skit masa saja nak update ni. Paham-paham sendiri lah ye ayat tu!

Baiklah, saya di office ni. Sungguh busy! So much work, so little time. Cuma ada 3 hari bekerja. Tapi ada kerja untuk satu minggu!! Macam mana ni, macam mana ni? Sangat panik! Sungguh panik! ~tak cukup kah lagi penekanan kepada panik itu, kan? Mahu siap User Guide. Mahu buat quick guide. Generic Step lah. High Level Flow lah. SRS lah. Training method. Training Tools. Uh uh uh.. takutnya! Terlalu tinggi pengharapan. Terlalu sedikit persediaan. ~Korang paham ke? Tak paham pun tak apa lah. Cukup lah korang paham yang saya sedang sibuk!

Begitu sibuk dan takut, sampai sudah tak ada masa nak bergaduh pasal claim dan perkara busuk-busuk yang dibuat oleh politikus. Sibuk itu satu hal, tapi hal yang sebenarnya adalah sudah pun berfikir masak-masak semasa di Sutra Beach Resort tempoh hari. Jadi lantaklah korang. Saya sudah letih. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Saya tak rugi. Rezeki ada kat mana-mana kan. Kalau rugi pun tak apa. Tu cuma harta dunia.

Tapi saya takda la pasrah macam tu macam tu saja. Pasrah itu perlulah disertakan dengan persediaan yang lain juga kan. Walaupun macam takde lah berapa nak bersedia sangat. HEHE. Tapi adalah bersedia sedikit mentally. Cuma langkah-langkah seterusnya tu ja macam tak berapa nak laju.

Oklah. Apalah saya dok membebel ni. Pening kepala semua orang. Saya pun pening. Dari tadi saya asyik toggle entri new post ni, dengan system, user guide dan SRS. Sebabnya bos asyik datang nak mengintip je kat belakang ni. Nasib baik pandai guna Alt + Tab. Jadi pantas menyembunyikan evident.

Pasal perkara yang saya cakap minggu lepas tu kan, alah pasal tetiba saya jadi gatal-gatal plak suka kat orang tu. HAHA. Takde lah. Anda lupakan jelah. Saya baik-baik di sini. Takde angau-angau ke, sedih-sedih ke, pasrah-pasrah ke. Takde. Nalla. Sebab, saya memang macam ni pun! Sekejap-sekejap je. Bukannya lama-lama. Sebab tu saya suka cakap, ini cuma satu dari pengalaman hidup saya. Sekejap macam suka. Kemudian lupa. Ok tipu. Takde la lupa. Tapi kalau lama-lama mungkin lupa jugak kot. Ntah, kawan-kawan la selalu cakap. Nanti mereka yang ingat. Saya, macam ingat-ingat lupa.

Khamis ni nak cuti. Haih.. sempat ke tak siap kerja ni. Mesti sempat! Kata kawan saya, Along, aura positif tu terhasil kalau kita berfikiran positif. Kalau saya fikir positif, benda yang nampak macam tak boleh pun boleh jadi boleh! Saya nak cuti sebab adik saya nak kahwin. Di Pulau Pangkor. Jadi jemput lah ye kawan-kawan, datang lah ke kenduri adik saya. Boleh lah makan angin sambil makan kenduri. Tak cukup menarik ke pakej tu!

Izuan, kau dah duduk dekat dengan rumah aku, bawak lah keluarga kau datang okeh? Kau ajak lah Cangkung sekali! Dan sesiapa lah yang sudi. Aku tak kisah. Mak aku suruh ajak kawan-kawan aku, walaupun itu bukan kenduri aku. Erm.. apa-apalah, korang calling-calling lah aku eh!

Demikianlah! Saya pun nak balik dah ni. Dah tak sempat dah nak cerita apa-apa lagi. Esok tinggal sehari lagi perlu siapkan kerja. Siaplah engkau wahai kerja!

regards,

~Ha~