Tags

,

Sebenarnya memang nak balik. Tapi tiba-tiba Kak Mas ni tengah buat apa tah, tak balik-balik la lagi kitorang walaupun dah pukul 9.35 sekarang ni. Saya bajet, mesti pukul 10 ni baru balik.

Anyway, saya nak cerita lah pasal adik saya. Adik saya nak kahwin. Tu saya dah cakap tadi. Tapi saya nak cerita pasal adik saya lah pulak.

Nama dia Nurfaizatun Idayu. Panjang tak? Panjang kan! Dulu selalu susah nak isi form apa-apa kat dia. Selalu tak muat space. Masa kecik-kecik dulu, kami tiga beradik, dengan abang si Ayu ni, Dicky yang paling sebaya. Adik-adik lepas tu, sangat jauh beza umur. Dan antara kami 3 beradik, saya dan Ayu agak rapat. Mungkin sebab saya suka beralah. Biasalah yang paling besar kenalah paling berakal. HEH. Mungkin juga sebab Ayu ni suka nangis & merajuk dulu masa kecik-kecik. Si Dicky ni pulak menyakat, jadi lagi lah tak ngam. Saya pula, memang tak suka bising-bising.

Anyway, bila dah besar ni, Ayu pun memang sangat la berbeza dengan saya juga. Dari kulit, rupa, perangai, semua pun berbeza. Kulit putih melepak, badan kecil molek, manja-manja, pandai bersosial, maka saya memang jauh ketinggalan lah dari dia. Kalau dengan dia, saya memang akan jadi pendiam. Tak tahu nak cakap apa.

Tapi Ayu baik dengan saya. Kadang-kadang tu terlebih concern pun ada. Naik rimas pun ada. Dia ni rajin bekerja. Kalau tak, tak adalah dia dapat OT banyak tiap-tiap bulan. Ayu ni pun pandai cari duit, pandai juga belanja duit. Raya tiap-tiap tahun tu, dialah pengurusnya. Saya cuma tukang bagi duit saja.

Ahad ni dia dah nak kahwin. Ntahlah macam mana lah raya tahun depan. Rasanya tak larat lah kalau saya sorang. Dia pun nak berhenti kerja. Tak apalah. She deserve to get better life! So much sacrificing to the others, it’s time she’s thinking about herself. I’m praying the best for her. May she be a better muslimah after this!

Ok, daa.

Regards,

~Ha~