Tags

, , ,

Miyanhamida!! Bukan lupa, cuma sangat sibuk!

Sangat lama rasanya tak menulis. Sangat rindu!! Tapi itulah, saya ini orang yang bekerja. Jadi bila datang berbondong-bondong kerja, priority adalah kerja, maka tertinggal-tinggal lah hal-hal dunia yang lain. Baiklah, mari update sedikit tentang saya sekarang!!


Saya di Terengganu. Di Sutra Beach Resort. Ada workshop di sini. Bagaimana ye nak saya gambarkan perasaan sekarang ini.

.

Sangat sesak nafas dengan jadual yang ketat, tetapi sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat selesa dan bebas!

Walaupun macam di penjara, sebab tak dapat keluar langsung kemana-mana sejak datang sini, tetapi sebenarnya di sini sangat selesa dan cantik!

.

Macam-macam di fikiran saya sekarang. Kadang-kala saya terfikir kenapa agaknya bos pilih saya ke sini. Sebab saya ke sini bukan dengan beban tugas saya yang sebenar, sebaliknya hanya sekadar urusetia. Urusetia! Urusetia boleh dilakukan oleh sesiapa saja, termasuk orang admin. Kenapa dalam 10 orang dalam team saya, saya antara yang terpilih? ~ada lagi seorang kawan saya yang dipilih.

Bukan tidak yakin dengan diri sendiri, tapi kadang-kala saya selalu lebih nampak potensi dan minat orang lain. Saya lihat ramai dalam team saya yang berpotensi dan lebih menyerlah dari saya. Saya lihat dalam team saya ramai yang lebih atau sangat berminat dengan kerja-kerja begini, dari saya. Ntahlah, bukan tidak bersyukur, cuma seperti biasa, saya ini terlalu banyak perasaan curiosity-nya!

Tapi memang rasa sangat bersyukur dan berterima kasih pun. Sebab ini adalah antara satu-satunya trip yang kelihatan sangat selesa dan tidak banyak kerja. I mean kerja tidaklah mencabar. Sekadar urusetia, Alhamdulillah, pengalaman di INTAN banyak membantu.

Saya sedang menulis blog sambil mendengar LIVE performance dari pekerja di resort ini. Bosan sebenarnya. Malam masih awal, sesi pulak habis awal malam ni. Nak pulang ke bilik pun, macam tak tahu apa yang nak dibuat. Nak tengok tv pun, rancangan tv nampaknya macam tak menarik langsung.

Eh.. saya ada sesuatu nak beritahu!

Saya tak tahu lah apa yang tak kena. Mungkin sebab geng-geng yang datang ini semuanya membawa keluarga. Hanya saya pula seorang yang masih single di sini, berkongsi pula bilik dengan colleague yang sudah veteran. Non-muslim pula tu. Jadi faktor boring itu juga mungkin memainkan peranan pada perasaan saya sekarang.

Ha, apa yang kau nak cerita ni?? Baiklah, intro terlalu panjang! (-_-“)

Sebenarnya, tiba-tiba saja saya macam dah ter’suka’ pula dengan seseorang yang ada di sini. Uh uh uh.. perasaan apakah pula kali ini?

Mungkin minat-minat biasa saja saya syak. Tapi saya memang dah lama pun kagum dengan lelaki ini. Sangat soft spoken tak boleh blah! Nasib baiklah kamu ini pendiam. Jadi dapatlah saya menaham perasaan. Hohoho.. sungguh dasyat pula bunyinya! Tidak tidak. Saya bukannya minat macam sangat minat tu, cuma minat macam minat-minat begitu saja. Ringan-ringan sahaja. Tapi walaupun ringan-ringan, kalau hari-hari dipupuk, mau pengsan juga! HAHA.

Bila sudah banyak sesi bersama, memang saya rasa seperti mahu pengsan! Oh.. ~diulangi sekali lagi, memang sangat nasib baiklah dia ini pendiam. Semoga saya dapat menahan perasaan ini sehingga habis workshop kali ini. Supaya perasaan ini pergilah jauh-jauh selepas itu. Atau kembali ringan dan bukannya parah! Rasanya, kalau sekadar ringan, mungkin saya masih boleh rileks dan menganggap ini hanya sekadar satu pengalaman dalam kehidupan. Rileks rileks. Biasalah tu, hati di jentik rasa.😉

Yang paling saya tak boleh blah, tiba-tiba saja saya rasa semacam saja bila dia bercakap dengan salah seorang peserta disini. Haih, rapat bukan main! Dari dewan, sampai lah ke meja makan, melarat sampai nak balik bilik pun masih tak habis-habis lagi? Bukan main lagi kamu ya? HAHA. Tak tak. Saya tak marah, apatah lagi jeles. Sungguh tidak! Cuma kalau lah saya boleh mengisi sedikit slot masa kamu yang sangat senggang itu, kan bagus! Mungkin boleh berkongsi cerita kamu yang nampak sungguh menarik tu? (^_^)

Sudah lah sudahlah. Saya pun bukan kenal sangat dia. Jumpa pun sekali sekala saja.  Saya syak dia sudah berkeluarga. Selain observe sedikit perilakunya dari jauh, langsung tak tahu apa-apa tentang dia. Lagipun, saya tidak mahu berfikir yang bukan-bukan. Bukan mendatangkan faedah pun. Apa, saya tak mahu jadi seorang yang psycho, sangat obsesi hanya kerana seorang manusia, sedangkan dia, ntahkan tahu atau tidak kewujudan saya! Sungguh tidak berbaloi!!

Banyak lagi perkara berfaedah dan berbaloi yang boleh saya buat, kan?

.

But that beautiful feeling is something hard to resist..

.

p/s: Saya ingat saya sudah gila, terdengar-dengar suara dia sewaktu menaip entri ini. Rupa-rupanya, dia memang ada di sebalik tiang itu.. uh uh uh

Regards,

~Ha~