Tags

,

Baiklah, nak ulang cakap lagi? Tak payah. Semua orang kat Malaysia ni dah tau. Jadi baik kita cerita benda yang orang lain tak tahu. Seperti? Seperti langkah-langkah yang patut di ambil di musim panas… oleh saya dan keluarga. Orang lain, saya tak tahu. Saya juga tak tahu langkah ini betul atau tak. Berkesan atau tak. Tak penting itu semua. Yang penting saya dah buat sesuatu. (^_^)

1. Jangan keluar rumah. Kurangkan keluar rumah. Duduk je dalam rumah diam-diam, selain dari mengelakkan demam, juga mengelakkan muka jadi hitam. Dah la dah memang hitam. Takyah tambah hitam. Tak payah ada cita-cita nak tanned kulit. Tak payah tak payah. Nanti buat kene cancer kulit je!!

sila duduk di tempat gelap

2. Demi menyimpan tenaga dan menyelamatkan diri dari terkena tekanan, secara fizikal dan emosi, maka pergilah merehatkan diri atau dalam erti kata lain bawak-bawaklah tidur dibawah kipas berkelajuan 5 (atau yang tertinggi). Kalau ada aircorn lagi baik. Nak lagi efek baik, pergilah cari bilik yang lebih gelap, jauh dari tingkap yang menghadap matahari. Lagi gelap lagi baik. Biar sampai tak dapat beza malam ke siang. Jadi selamatlah anda dari tekanan emosi, akibat panas, dan tak tahu nak buat apa sebab tak boleh keluar (Sila rujuk langkah pertama).

~tidur

3. Minum banyak air. Kalau ikut saranan kerajaan, minumlah air masak. Kalau ikut cara saya, beli saja ais batu dan buatlah teh o ais. Lebih sedap! Minum seberapa banyak mengikut kesukaan anda. Untuk langkah penjimatan, buatlah ais batu sendiri kat rumah. Kalau tak, sila beli kat 7-E. Jangan beli kat kedai runcit biasa. Dengar cerita, diorang dah naik harga ais, dulu 50 sen je. Sekarang dah seringgit.

~uh uh uh.. sedapnya..

4. Kalau dah tak tahan sangat panas duduk dalam rumah, sila simbah air paip kat dinding rumah dan lantai simen depan laman rumah anda. Itu pun kalau anda berumah batu. Kalau papan, saya tak berapa pasti efek dia. Menurut teori kami sekeluarga, bahang panas matahari di tengahari itu akan diserap oleh simen dan batu rumah. Jadi bila malam, haba panas tadi akan keluar, dan menyebabkan rumah jadi lebih berkuap. Walaupun takde sape nak membuktikan teori ini, saya tetap suka idea simbah-simbah rumah dengan air ni. Tapi ada sedikit membazir la. Dan sila pikir berulang-ulang kali kalau rumah anda flat atau apartment, ataupun kondominuim. Saya tak bertanggungjawab atas sebarang kesulitan.

5. Seterusnya, demi menjimatkan letrik di rumah (sebab kene bukak kipas atau aircorn sepanjang masa), boleh juga anda pikirkan idea pergi berehat di shopping complex berhawa dingin, paling dingin kalau boleh. Setakat Jusco Wangsa Maju tu, anda lupakan saja lah! Tapi sebenarnya, cara ni takdelah berapa nak jimat sangat pun. Nampak je macam jimat, sebab tak guna letrik di rumah, tapi anda bakal menghabiskan duit ke tempat lain, seperti duit minyak kereta nak ke sana (kalau anda ada kereta), minum, makan, beli benda-benda yang tak plan dan tak perlu, makan, minum, makan lagi, minim lagi.. dan sebagainya.

~shopping complex

6. Kalau dah tak tahan tu, pergi lah mandi seberapa kerap yang boleh. Kalau sebelum ni, sekali sehari, jadi boleh up jadi 2 kali sehari. Kalau sebelum ni 3 kali sehari, jadi up la jadi 4 kali sehari. Atau ikut suka anda lah! Takde had tertentu. Dan untuk efek yang lebih berkesan, lepas mandi, duduk bawah kipas. Uhh.. nikmat dia bukan main lagi!

7. Sabar. Takde apa yang anda boleh buat lagi dah. Memang dah nature macam tu. Tulah, sape suruh kau tak nak pergi involve dengan project environmental ni. Jadi bila bumi dah panas, padan lah muka. Tengok, beg plastik still pakai. Dah tak payah nak buat muka kelat. Lepas ni ingat, sila ikut saranan kerajaan. Sila kitar semula.

8. Oh.. ada benda yang paling anda boleh buat. Malah boleh naikkan ini sebagai langkah pertama, kalau anda suka. Berdoa! Ye, walau apapun alasan, ini semua memang kerja tuhan. Jadi walauapapun teorinya, kalau tuhan kata Jadi! maka jadilah ia. Kalau tuhan kata hujan, petang ni akan hujanlah dia.

Baiklah, saya nak pergi minum teh o ais yang dibuat oleh sepupu saya.

Regards,

~Ha~