Tags

,

creadit to google, and National Geography photographer..

Hari ini sangat panas.. Sebenarnya, sudah 2-3 hari KL menjadi sangat panas!

Saya teringat, Mak Ndak pernah cakap. Masa dia kat Mekah, ustaz selalu pesan jangan cakap panas. Tak baik. Di padang Mahsyar nanti lagi panas. Lagipun, kalau kita cakap panas, kita macam mengeluh dengan pemberian tuhan.

Baiklah, saya insaf!

Memang tak baik cakap panas. Kalau saya tak tahan, itu mungkin ujian tuhan. Saya kenalah banyak sabar, kan?? Tapi saya memang tak tahan panas ni. Macam kat padang pasir. Mood pun jadi kucar kacir.

Jumaat lepas, saya sudah cuti. Sebab Ahad minggu lepas saya dah kerja, di Terengganu. Jadi sort of replacement leave lah! Jadi saya bercadang nak pergi Kajang. Tapi nak jumpa Along dulu lah, beri dia keropok lekor. Tapi tak tahan lah panas di Jusco Wangsa Maju tu. Aircorn dia macam dah rosak. Jadi selepas lunch, kami lari ke Kinokunia di KLCC. Ohh.. barulah sejuk!

Dah habis melakukan pekerjaan di Kinokunia, kami solat Zuhur, dan pergi pula salon rambut di Taman Melawati. Oh.. sudah lama saya tidak membuang masa begitu. Sungguh menseronokkan!! Thank Along for time we spend with!

Tapi bila pulang Kajang, saya jadi lemau. Berada dalam mood yang kurang sesuai. Grim mood. Saya harap sepupu saya faham! Saya rasa mereka faham.

Baiklah, itu saja.

P/S: Saya harap petang nanti akan hujan dengan lebatnya!!

Regards,

~Ha~