Tags

, ,

Bila free-free macam ni, tiba-tiba tak ada idea pulak nak tulis. Agaknya, antaranya hikmah saya selalu dirundung malang.. atau ditimpa kesedihan.. atau dihimpit kekeliruan.. dalam hidup ni, supaya saya boleh melahirkan lebih banyak idea untuk.. menulis blog!! HAHA.

Saya masih di KT. Kami pulang awal hari ni. Sengaja nak pulang awal. Tapi kerja dah siap okay! Bukan saja-saja nak mengular. Kami pulun siapkan kerja cepat-cepat, cuba cover sampai 3 floor satu hari. Lenguh di kaki tak siapa yang tahu! HUHU.

Di office dengarnya sangat kacau bilau. Bertenang bertenang. Bukan rusuhan. Cuma jiwa saja kacau bilau. Jiwa sesetengah manusia. Bukan semua barangkali. Biasa lah. Politikus tengah nak menunjuk kuasa. Jadi ramailah yang mendapat rusuhan hati. Saya ambil sikap tunggu dan lihat. Kalau makin menyesakkan, menyenakkan dan merimaskan, mungkin saya patut berkemas dan.. mencari sesuatu yang baru. HAHA. Such a corward reaction. Ok. Bukan penakut. Tapi kalau saya bising-bising pun, macam lah diorang nak dengar. Saya ni apa lah sangat pun.. kuli saja.

Perasan tak, bahasa saya hari ini saya macam jiwa-jiwa sikit. Macam lembut saja. Adakah ada kena mengena dengan 14 Februari ni. Oh tak tak. Tak pernah seumur hidup saya menyambut atau terkesan dengan tarikh tersebut. Anggap sajalah, saya sedang dilanda bahagia. Walaupun macam tak pasti apa yang bahagia sangat! Atau siapa yang buat saya bahagia. Uh uh uh.. Mungkin doa saya dah dimakbulkan. Supaya semua urusan saya berlajalan lancar! Jadi hati saya pun jadi senang. Dan saya pun menjadi tenang. Maka berbahagialah saya! HAHA.

Okaylah, hentikan la ayat-ayat mengarut ni. Jumpa lagi.

regards,

~Ha~