Tags

, , ,

Sebenarnya dah buat satu entry, tapi macam tak ada feel pulak nak publish, so I’m going to forget about it. (^_^)

Seperti biasa, mari kita lihat, apa yang kita *eh.. bukan kita, saya saja! buat this week.

Terengganu, I’m already here!! Sungguh dramatik tak boleh blah. Macam lah tak pernah datang. Macam lah kali datang sebab sesuatu yang istimewa. HAHA. Tak ada apa-apa pun. Datang pun seperti biasa, sebab kerja. Morning flight on Sunday *Oh.. boleh faham kan perasaan terpaksa naik flight di pagi Ahad dan pergi bekerja? sampai sahaja di Terengganu, pergi hotel, dan terus pergi bekerja. Erm.. tak ada yang menarik pun..

Eh ada!! Saya terlihat pemandangan yang menarik dari atas kapal. Apa dia? Ia adalah berupa suatu pagi yang indah! Oh.. hadiah untuk jiwa saya. Buat saya memulakan hari dengan gembira. Mengingatkan saya pada kenangan yang sangat manis semasa di puncak Kinabalu. I’m so in love with nature!!

suatu pagi yg indah buat saya..

Let’s not talk about work today, huh?😉

Baiklah, seterusnya, saya nak cakap yang saya sangat suka hotel yang kami duduk. HEHE. Sebenarnya, ia bukanlah apa-apa pun. Maksud saya, biliknya bukanlah cantik sangat pun. Perkhidmatan juga tidak lah luar biasa. Breakfastnya, walaupun sedap, bukanlah sampai saya jakun. Tak tak. Tak ada banyak bezanya dengan hotel lain. Malah mungkin hotel 3 bintang saja. Cuma mungkin kerana perubahan suasana. Ya, saya hampir sudah bosan dengan hotel apartment yang selalu kami menginap tu! Hampir membuatkan saya rasa mahu murung dan berkurung sepanjang hari saja. HAHA. Okay, over lah pulak. Tapi memang sebab itu saja. Sudah sedikit bosan! Perubahan itu kadang-kala perlu.

kan saya dah kata.. tidaklah cantik mana pun..

Perubahan itu buat saya rasa bilik kami cantik, walaupun lebih kecil sebenarnya. Dan dekorasi bilik dan bilik air juga menarik. Breakfastnya juga sedap dan banyak pilihan. *Tapi tentulah tak setanding Travers Hotel yang Along pernah bawa tu! Tapi kerana ia benda baru, semua nampak interesting.😉

Hari yang pertama juga, tiada banyak kerja. Jadi saya habiskan ebook, buku yang kedua. Pada mulanya macam tak boleh berhenti. Tapi bila sudah sampai 200/286, saya sudah rasa jemu. 1 muka surat pun macam lama sangat nak habis. Uh uh uh.. maksudnya apa ye?

Oklah, saya nak sambung baca lagi ni. Tinggal 6 muka surat… eh dah tinggal 6 muka surat lah. Baiklah. Tak boleh cakap banyak ni. Saya nak cepat-cepat habiskan. Supaya esok saya boleh fokus pada benda lain pula. *seperti apa? seperti baca bloglah! HAHA.

Sebelum itu, saya nak ucapakan Selamat Pengantin Baru kepada Mami. Wah.. akhirnya ye?😉

kad ni nampak macam sedikit comel kan..

Salam Kasih Sayang Dari Kuala Terengganu.

*wah.. mood berkasih sayang lah!!

regards,

~Ha~