Tags

, , ,

Semalam macam tak ada perkara pelik berlaku, jadi hari ni macam tak tahu nak cerita apa! Uh uh uh .. Jadi saya nak tulis tentang apa?

.

Baiklah, apa kata saya cerita tentang housemate saya. What’s so great about my housemate? HAHA. Gila kejam ayat. Takde takde. Housemate saya baik-baik saja. Walaupun kadang-kadang saya ‘ter’ menkutuk diorang kat sini, sebab geram sangat, tapi saya lebih rela jadi housemate mereka, dari duduk dengan orang lain yang saya tak kenal hati budi.

Anyway, saya nak cerita, hari ni housemate saya bercuti ke Sabah. *Huish.. dasyat diorang ni, Bali lah.. Sabah lah! Siapa siapa? Siapa lagi, Cik Tirah lah! Tapi mood tengah apa tah, mungkin mood sedang nak beramah mesra, pagi-pagi tadi Cik Tirah ni dah SMS saya ucapkan TATA. uh uh uh.. Layan!

*tak sabar nak tunggu souvenir dari Sabah. HAHA. Matilah! Tak tak. Kalau dia tak beli pun Saya tak kisah. Saya tahu dia tengah nak pakai duit sekarang!

.

Hidup saya sungguh kucar kacir lewat 2 hari ini. Thanks to Junn, you are one who caused it!! HAHA. Salahkan orang lain pulak. Tak tak. Semua ni memang salah saya pun. Saya mengaku sayalah yang menpilih jalan hidup yang kucar kacir ni.

Saya dah buat apa? Ye.. saya dah ‘ter’ addicted membaca ebook. HAHA. Sungguh addicted sehingga saya mempunyai 3 copy ebook tersebut. 1 dalam laptop. Satu saya print. Dan satu lagi, saya simpan dalam hp. *Nasib baik hp saya boleh baca file pdf. Jadi sepanjang perjalanan pergi kerja, rehat, masa senggang *kadang-kadang masa tak senggang juga, balik kerja dan sebelum tidur, saya akan baca ebook itu.

Nanti saya buat review pasal tajuk ebook yang saya baca. *Ya aku tahu Mel, ko mesti nak gelak besar kan? Takpe, sekurang-kurangnya aku jujur! HAHA.

Regards,

~Ha~