Tags

Ya Allah, wanita yg mbaca in adlah wanita cantik, kuat, sabar & saya menyayanginya. Tolong mrahkan rzki & tingkatkan khidupnnya. Bgitupn jika dia melangkah, slamatkn dia. Amiin..

-sumber SMS,

-ejaan dan ayat skit pun tidak diubah bg mendapatkan kesan yang sebenar.

.

Kalau anda membaca satu SMS yang begini, apa yang anda ingin katakan?

.

Kalau saya, saya nak kata bahawa saya percaya ini SMS dari seorang lelaki kepada seorang perempuan. Perempuan itu mesti dicintai oleh lelaki itu. Ataupun lelaki tu sebenanya tengah nak mengorat perempuan tu. Jadi sedang membuat sesuatu supaya hati perempuan tu tersentuh. Mungkin dia ikhlas, mungkin juga tidak, tapi definitely memang nak sengaja nak beritahu perempuan tu yang dia sentiasa mendoakan tentang perempuan tu. *Mestilah kan, kalau tak, takde lah dia susah payah pergi SMS perempuan tu dengan kata-kata begini.

Dan perempuan itu pula, pada pendapatan saya, mesti lah seorang yang berkeyakinan diri. Mungkin seorang yang cantik, mungkin juga sekadar cantik di pandangan lelaki tersebut. Dan lelaki tu mungkin berpendapat perempuan ni seorang yang berdikari. Sebab tu dia cakap perempuan tu kuat. Sifat sabar pulak, ok  sabar tu sabar lah kan. Takde explaination lain. Mungkin lelaki tersebut rasa perempuan memang penyabar, sanggup melayan kerenah dia. Dan perempuan ni saya rasa seorang yang bekerjaya. Saya syak perempuan tu sedang sibuk dengan macam-macam work load. Tu pasal lelaki tu doakan semoga tuhan murahkan rezeki dia. *Ha, kau ingat semua orang macam kau ke, banyak work load?

Tapi ayat yang terakhir tu, saya macam susah nak teka. Adakah maksudnya? Perempuan tu sebenarnya tak suka kat lelaki tu ke? Jadi lelaki itu pun ala-ala pasrah, tapi masih nak mendoakan kebahagiaan perempuan tu? Atau sebenarnya, perempuan tu nak pergi outstation, jadi lelaki ini sudah susah hati, dan berdoa agar semuanya selamat dalam perjalannya? *sekali lagi Ha, kau cuba nak samakan kehidupan semua orang dengan kehidupan kau? 😛

.

HAHA. Anda mesti keliru kan? Ape pulak budak Ha ini sedang cuba buktikan! Tak tak. Ini bukan pembuktian. Ini cuma sekadar saya anggap satu pengalaman dari sipi-sipi kehidupan saya. HAHA. Sungguh puitis tak boleh blah!

Sebenarnya, itu adalah SMS yang dihantar malam tadi. Saya syak manusia tersebut telah tersalah memberi SMS. Dan sayalah mangsa orang yang salah tu. Sungguh ngeri bila saya baca SMS itu! Haih.. siapa pula nak main-main ni! Tapi selepas SMS balas saya tidak berjawab, saya syak, manusia ini memang tersalah hantar.

Yang saya peliknya, kenapa nombor saya?

.

Regards,

~Ha~