Tags

, ,

buah limau yang telah msk dalam perut saya!

Saya nak update awal-awal lah, sebelum boss saya datang kacau. Lagipun, saya sedang bersemangat nak buat kerja ni! *Semalam buat satu kerja je, dan tak siap-siap pulak tu! (T__T)

Saya sedang makan buah limau mandarin. Ini yang saya suka tentang Tahun Baru Cina. Ada banyak buah limau! Dan saya sangat suka makan buah limau ini. Tapi saya tak pernah beli pun! Ini saya ambil dekat rumah tadi, Cik Tirah yang punya. Dia beli sekotak!! Wah.. seronok lah saya! HAHA. Bukan nak beli sendiri. Nak yang free je. Baiklah, saya insaf!

Dulu masa kecik-kecik, masa saya duduk di Kg. Paloh, Ipoh *tempat ni tak ada kene mengena dengan cerita Paloh tu ok!, jiran kami agak multiracial. Tu agaknya saya tidak racist. Sebab sudah biasa dari kecik.

Depan rumah saya ada pasangan cina yang mempunyai bengkel dan 2 ekor anjing yang sangat garang. Walaupun garang, tapi saya pernah main dengan anjing dia. Jangan pikir yang bukan-bukan. Saya bukan pergi usap-usap anjing tu. Tidak tidak. Saya cuma baling bateri saja dekat dia.

Confius? Sebenarnya, anjing-anjing ni suka masuk ke kawasan rumah saya opah saya. Mak saya pun marah lah. Lalu halau anjing-anjing tu dengan membaling bateri saiz besar dari tingkap atas rumah saya. Saya syak, mak saya pun takut jugak dengan anjing-anjing tu. HAHA. Tapi, anjing-anjing ni sudah salah faham. Dia ingat kami nak pergi main-main dengan dia. Jadi dia telah gongong *eh.. ade ke perkataan ni? saya tukar kepada gigit sajalah. atau gigit bateri tu, dan pulangkan balik ke rumah kami. HAHA. Mak saya bengang habis masa tu *saya rasalah!. Saya? sangat sukalah! Dari atas rumah, semua benda saya balik. Dari bateri, sampailah ke surat kabar!

.

Eh.. sebenarnya saya nak cerita pasal Tahun Baru Cina masa saya kecik-kecik. Macam mana boleh tercerita pasal jiran depan rumah saya pulak! Baiklah, berbalik kepada topik.

.

Ada satu lagi jiran, rumah dia jauh sedikit dari rumah saya. Jiran ini pun saya baik. Saya sangat suka pergi rumah dia. Mungkin sebab pertama, anjing dia kene ikat. Kedua, sebab sister dan auntie tu sangat suka bercakap-cakap dengan saya! HAHA. Siapa yang suka layan saya bercakap, memang saya sukalah! Jadi boleh lah saya cakap-cakap balik balik apa yang saya belajar di sekolah tadika pada orang lain. Percaya tak, saya pernah nyanyi lagu asmaulhusna pada sister dan auntie tu?

.

Uh uh uh.. sekali lagi.. lari dari topik!

.

Jadi, bila Tahun Baru Cina datang, rumah saya akan menerima banyak makanan dari jiran-jiran kami ni. Selalunya, mereka akan beri kacang beberapa bungkus, air gas *air berkarbonat dulu saya panggil air gas!, buah limau, mandarin dan kuih bakul. Tapi mak tak bagi saya makan kuih bakul tu. Tapi kalau opah saya yang bawak balik, saya selalu je makan. Uh uh uh.. saya pun tak pasti ada beza ke yang cina bagi dan yang opah saya bawak balik.

Jadi kalau kecik-kecik dulu, suka juga bila Tahun Baru Cina datang. Nanti sister akan datang rumah saya hantar makanan. Dan kalau raya pulak, boleh la saya datang rumah sister hantar kuih!

.

Baiklah.. itu cerita masa saya kecik. Mari kita cerita perkara semalam pula.

.

Saya memang tak buat kerja apa-apa pun semalam. Ok. Saya buat kerja, satu saja, dan tak habis-habis. Yang saya tekunkan ialah membaca blog. Terutama nya blog ini. Saya memang sudah gila. Saya sampai baca entry dia pada tahun lepas.

Dan saya tetap juga balik lewat. Sebab tiada siapa pun nak balik awal. Semua takut boss! Uh uh uh.. jadi pukul 6.30 baru balik. Dan saya pun berbuka la di stesen LRT saja.

.

Ada kawan saya nak kawin. Oh.. bukan budak yang entri semalam tu. Itu lelaki. Yang ini kawan perempuan. Saya tak boleh cakap, sebab dia kata *dia katalah! dia tak bagi tau orang lagi. Jadi, saya diamkan dulu lah. Sampai dia bagitau orang lain. Dia belum bertunang lagi pun. Tapi nak bertunang lah! Jadi sedang sibuk-sibuk siapkan hantaran. Tapi apa yang anehnya orang nak bertunang siapkan hantaran kan? HAHA. Kamu ni Ha, suka buat kecoh!

Oklah, seperti saya cakap tadi. Saya nak buat kerja dengan penuh semangat hari ni! *Sebenarnya  due date dia 4 Feb ni. Tu pasal lah dah panik tu! Jadi saya mahu berhenti sekarang, supaya boleh mula kerja.

Sekian.

regards,

~Ha~