Tags

, ,

Mengantuknya!

Jadi telah menidurkan diri tadi kat surau selama setengah jam. HAHA. Saya tau, kakak tea lady tu mesti tak puas hati dengan saya. Sebab apa saya cakap macam tu? Pertama, setiap kali saya tidur, mesti dia asyik cakap-cakap pasal ni lepas tu. Kedua, tadi dia siap sengaja biarkan pintu surau terbuka luas luas. Dah lah sebelah tu surau lelaki. Lepas tu siap kejutkan bangun, sebab dah pukul 9 pagi. Ok, bukan kakak tea lady yang cakap sebenarnya. Kawan dia. Tapi, yang buat saya bengang tu, belum pukul 9 lagi. Baru pukul 8.50 pagi. HAHA. Tapi 10 minit pun sangat berharga OK!

Tapi lantak lah! Saya nak tidur juga. HAHA. Dah mengantuk. Nanti kalau tersengguk-sengguk time kerja pun tak ada gunanya. Kalau orang lain tidur, tak ada pula kakak tu nak cakap-cakap. Kadang-kadang tu, dia pun tidur juga. Erm.. kenapa dia suka nak cakap-cakap pasal saya?? Uh uh uh.. tak tak. Saya tak marah. Curious saja.

Pagi tadi memang mengantuk pun. Pandang orang sebelah. Uh uh.. macam bad mood je, Monday Blues mungkin. Jadi, kalau tanya-tanya soalan macam bakal mengundang lempang. HAHA. Tak tak. Kak Mas bukan macam tu. Tapi tak nak la nak kacau dia. Tapi mengantuk ni. Jadi lebih baik pergi tidur dulu sebelum membuat kerja, kan? HAHA. Itu justifikasi saya.

Eh.. dah pukul 12.10 la. Dah lunch rupanya! Patutlah sunyi dan sepi saja di belakang saya. Tak perlu nak tutup tutup mozilla ni. HEH! Memang pesen tak bagi tau rakan-rakan sekerja pasal blog ni. Bakal mengundang kekeliruan dan cakap-cakap belakang ni nanti.

Tapi bab tak sedar dah lunch ni memang tak boleh diterima akal la. Ni semua salah bos la ni. Orang lain buat Morning Prayers update progress minggu lepas dan akan datang. Dia pesen buat Morning Prayer macam nak kasi kuliah pagi + kursus motivasi. Hasilnya, dekat pukul 12 baru habis. Tulah, baru mood nak up ke kerja tu datang, dah lunch time! Ape barang!!

Baiklah. Cakap-cakap saya ni macam nak menjurus ke arah marah ni. Tak tak. Tapi saya memang tak marah pun. Mungkin sebab cuaca panas sekarang ni, itu yang buat cakap pun macam dah tak tentu arah ni. *Salahkan cuaca pulak! Tapi anda perasan tak? Semenjak dua menjak ni, KL macam panas lah. Sampai tidur pun tak payah pakai selimut. Kipas pulak wajib level 5. Kalau di Kajang kelmarin lagi parah. Tahap kipas duduk tu mesti 2 biji hala ke arah saya. Baru dapat tidur dengan nyenyak! *Tu yang sampai bangun pukul 8 tu.

Jadi nak cakap apa lagi ye? Pasal Ninja Assassin? Tak ada cerita pasal Ninja Assassin. CD tak elok. Gambar tak clear. Yang saya ingat cuma percikan darah yang melampau-lampau, macam air paip. Dan bunyi pedang saja. Kemudian yang saya ingat lagi, rambut RAIN yang sedang panjang tu. HAHA. Tapi RAIN tak senyum dalam cerita ni. Kenapa? Saya syak mesti pengarah tak bagi dia senyum. Rain itu kan kalau senyum, kelihatan sangat comel! Jadi, kalau comel, tentu tak sesuai dengan watak ninja. Ninja tak boleh comel ke? Tapi kenapa ninja anime tu macam comel saja. Baiklah, tak mahu bincang pasal comel lagi. Suka hati merekalah nak buat cerita ninja macam mana pun! Tapi Ninja Assassin bukan genre pilihan. Asyik darah, pedang, luka, putus kepala..


Haih.. kuat pula bau makanan ni dari pantry ni. Bau lauk apa ye? Macam bau lauk masak merah saja.  Atau ikan goreng? Oh.. tak baik cakap pasal makanan. Bila saya puasa nilah, bau makanan sangat dasyat pula. Baiklah, mari alihkan pemikiran saya.

Oh.. nak bagi tahu. Semalam saya dah naik komuter. Uh uh uh. Terpaksa! Tapi nasib baiklah saya cuma perlu tunggu 5 minit saja keretapi nak sampai. Masa saya naik keretapi tu, dekat electronic board tu tulis begini..

Masa – 12:15

Rawang – 12:50

Saya syak, train yang sampai tu mesti untuk jadual yang sebelumnya. Haih.. apa nak jadi la komuter ni! Saya naik komuter pergi berjumpa dengan Pae di stesen Serdang, dan kemudian pergi ke Master Skill Cheras. Jumpa adik saya, makan, solat, beli barang keperluan dia, ambil kad kahwin dan bagi duit. Balik ke KL, Pae hantar saya ke ERL Putrajaya Sentral. Baiklah, Pae juga paham betapa saya tak suka naik komuter!

Eh.. perut saya sakit lah! Walaupun saya tak boleh buat apa-apa *nak makan pun tak boleh! saya rasa perlu berhenti menulis. Sebab, sakit perut ni boleh mengganggu pemikiran saya. Kalau fikiran terganggu, tak boleh tulis yang bernas. Nanti saya asyik tulis sakit perut sakit perut saja.

Sekian.

SAYA YANG SEDANG SAKIT PERUT.

Regards,

~Ha~