Tags

, ,

Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa. Tapi sekarang ni saya sedang menggunakan internet secara free *macamlah selama ini saya bayar! pada hujung minggu. Itu bukan sesuatu yang biasa! Jadi sangat sayang lah kalau saya melepaskan peluang ini. Baiklah, saya cuba tulis sesuatu.

Di mana saya sekarang?

Saya di Kajang! Rumah ibu saudara saya. Balik petang semalam *eh.. tengok jam. Ok, baru pukul 11.19 malam. Jadi saya boleh cakap petang semalam. Kalau sudah pukul 12 malam, saya perlu cakap petang dua hari lepas. Ape kau merepek ni Ha? Balik dengan bas! Sebab? Sebab saya dah boikot pengangkutan awam bernama komuter tu. Saya benci komuter.

Kenapa saya benci komuter?

Erm.. tulah. Kalau penah baca entry dulu2. Pasal hp saya hilang tu. *Ha, kamu ingat ada ke orang ikut blog kamu?😀 Oklah, dengan tanpa rasa malu, kasi link. Nak amik! Kisah sedih ni. Jadi itulah.. saya masih marah lagi dengan kejadian hari tu. Itu satu sebab. Sebab lainnya, perkhidmatan komuter ni sangat lembab tau. Kalau tak caya, cuba baca link ni. Tu bukti tu. Kalau saya cakap, orang cam tak caya plak.

Selain daripada itu, saya juga tidak sukakan perkhidmatan komuter kerana.. HAHA. Nampak macam nak buat karangan pulak. Tak tak. Saya cakap ringkas-ringkas je. Saya tak suka sebab penumpang komuter ramainya yang kurang kesedaran sivik. *saya tak cakap semua tau, saya cakap ramai saja. Jangan sentap kalau tak buat! Suka berebut-rebut, tak pandai beratur. Dan macam-macam lagi lah. Ni satu entry contoh! Saya sendiri, pernah experience barang jatuh dekat rail, sebab, ada girls ni mengada-ngada nak buat-buat comel, berebut-rebut masuk dalam komuter, sedangkan orang dalam pun tak keluar lagi, kemudian sekali lagi pura-pura comel, berlari ke pintu lain, dan telah menepis barang di tangan saya. *Oh.. sangat geram ni bila ingat balik! :< Baiklah, tak mahu cakap lagi!

Jadi, semua kisah itu tadi menyebabkan saya tidak gemar menggunakan perkhidmatan komuter. Jadi saya lebih rela naik bas kalau pulang ke Kajang, walaupun saya terpaksa menempuh jam yang dasyat, dan terpaksa menahan marah bila stokin saya kotor di pijak bangla, dan terpaksa menahan nafas, bila ada yang mengangkat tangan tinggi-tinggi nak pegang pemegang, dan telah mengeluarkan bau yang .. snif snif snif.. erk! (-_-!!)

Kenapa saya selalu datang Kajang?

Sebenarnya, saya jenis tak kisah pergi rumah orang. Asalkan ada orang jemput. Jadi cousin-cousin saya suka menjemput/memanggil saya balik ke rumah mereka. Saya.. layan kan saja. No harm! Lagipun, saya ‘masuk’ dengan cousin-cousin saya ini. Kami akan sentiasa ketawa kalau bersama. Ada saja lawak yang dibuat.

Kenapa saya mahu berhenti menulis?

HEHE. Saya nak berhenti menulis ni. Sebab bf dah panggil. Siapa? Malu la nak cakap. Baiklah, terpaksa cakap lah, sebab saya yang buka isu ni dulu. Lagipun, dia bukan bf saya secara konsisten. Beliau adalah..

comelkan rambut dia..

comelkan rambut dia..

oh gambar ni pun cantik..

ok.. sila abaikan bahagian terdedah..

tapi yang ini paling comel lah saya rasa..

sebenarnya.. RAIN ni taklah hensem sangat pun..

Oh.. tapi saya sungguh suka lihat rambutnya, dan senyumannya yang comel! *kalau dia senyumlah..

Maaflah! Dari dulu lagi saya memang mudah tertarik dengan lelaki berambut panjang. Sangat susah nak cari lelaki yang berambut panjang kat Malaysia ni kan? HAHA. Sabar sabar. Ada.. tapi macam susah nak jumpa. (-_-!!) Ok fine, kalau ada pun, macam lah mereka tu nak kan saya! HAHA. Baiklah.. mari kita hentikan pemikiran mengarut ni!

Saya mahu tonton Ninja Assassin..

reagrds,

~Ha~