Tags

sudu di atas meja..

Okay.. hari ni entry pendek *harap-harap lah..

Dua hari lepas saya tertinggal tupperware, sudu makan, sudu bancuh air, mug dan bekas air masak dekat pantry.

Semalam saya terlupa nak ambil, sebab puasa, jadi tak ingat pasal makan, jadi tak ingat lah jugak pasal bekas makan.

Hari baru teringat. Bergegas pergi pantry. Semua barang-barang saya dah diletakkan dekat tempat letak pinggan mangkuk. Check check.. sudu bancuh air dah hilang.

Haih.. ni yang nak buat saya marah ni!

Sudah la yang suka guna barangan terdedah tu Chinese. Saya dah rasa lain macam. Bukan racist, tapi prejudice. Yelah, mereka kan makan segala yang kita tak boleh makan. Haihh.. kakak tea lady ni pun, kenapalah dia tak asingkan barang saya. Saya tahu dia tahu itu semua barang saya!

Saya mesti cari juga sudu bancuh air saya sampai dapat. Jadi saya bercadang mahu membuat pemeriksaan berkala di pantry. Kalau saya lakukan secara istiqamah, tentu saya akan berjumpa dengan sudu saya kembali. Harus juga saya samak dulu sudu tu.

Baru membuat pemeriksaan kali pertama, sudah berjumpa. Haih.. takkan lah! Mungkin tadi saya tak nampak kot sudu tu? Jadi perlu ke saya fikirkan kembali option menyamak tu.

Dan.. sudu tu masih lagi di atas meja saya..

.

regards,

~Ha~