Tags

,

Mengantuknya!!!!! *macam nak memasang cita-cita nak pergi tidur kat surau lah..šŸ˜‰

.

Sebelum tu mari saya ceritakan tentang semalam.

.

Kenapa dengan semalam?

Sebenarnya tak ada apa-apa pun berlaku semalam. Perkara biasa-biasa saja yang berlaku. Lepas habis update blog semalam, saya pergi solat Asar. Lepas tu officemate ajak balik awal *walaupun saya macam gigih nak balik lambat! Haihh.. takpe, teman ibu mengandung dapat pahala.. kan? Sampai lrt Setiawangsa, tunggu Atirah, pulang ke rumah dengan Myvi-nya yang berwarna gold tu.

Sampai rumah, makan kerepek, mandi, solat maghrib dan menonton tv. *Haih.. apsal kau cerita semua perkara tak perlu ni. Okay lah.. sebenarnya nak cerita, tuan rumah yang saya panggil Pak Engku tu datang ambil tv saya tu balik. Sebab saya pergi mengadu kat Pak Engku, tv saya tu problem lagi *macam mengada-ngada pulak nak mengadu-mengadu. Tak tak. Pak Engku yang pesan suruh saya cakap kalau tv tu problem lagi. Tv mempunyai masalah berkelip-kelip pulak secara sekali-sekala, tapi sekarang ni macam dah banyak kala juga.

Mula-mula, saya biarkan saja. Malas nak bising-bising. Tapi mengenangkan waranty kat workshop tv tu ada sebulan, jadi baiklah saya mengambil langkah ‘Berakit-rakit dahulu, bersenang-senang kemudian‘. Eh eh.. macam tak betul je peribahasa ni. Okay, jap nak pikir peribahasa yang sesuai. Haih.. tak bleh pikir la. Takpelah.. we drop the subject. Jadi semalam, Pak Engku datang bersama kawannya, mengangkat televisyen saya yang maha besar *okay tipu, walaupun saya tak pasti tv tu berape inchi, tapi saya rasa tak sampai 42 pon”, dan maha berat tu *yang ni betul.. memerlukan kekuatan 2 orang dewasa untuk mengangkatnya! (-_-”)

Jadi semalam, kami serumah kembali menonton tv kecik yang Pak Engku pinjamkan. Maka, tiadalah channel Astro yang boleh ditonton, dan tiadalah butang info yang nak ditekan. *Budak rumah saya kami ni suka sangat tekan buttonĀ  Info tu.. macam habit! Mula-mula saya kami macam sedih. Okay, mesti terpaksa layan cerita melayu. Kemudian, Tote (Mariati) buka channel tv2. Saya tak tahu nama cerita ni. Nanti saya pergi google. Tapi sangat menarik! Jadi kami bertiga menonton sampai habis.

Mari buat review.

Berkisahkan tentang seorang pegawai polis berkulit hitam, yang telah diperangkap atas tuduhan membunuh kawan sekerjanya. Oleh sebab pegawai ini sangat teror, dan merasa perlu untuk membuat sesuatu supaya dapat menangkap pesalah sebenar, dan juga merasa yang ade komplot dalam police department tu sendiri, maka telah bertindak nekad menahan beberapa orang untuk dijadikan tebusan, bagi mendapat maklumat dalang sebenar dalam kes tersebut. *Aiseh.. dah rasa macam ulasan cerita kat dalam surat kabar pulak. Okay lah.. mari ulas dengan lebih santai.

Jadi hanya dalam satu hari dia buat ugutan tu, polis tersebut *lupa la pulak nama dia. berjaya la mengelesaikan masalah dia, dengan bantuan seorang polis perunding bernama Chris Sabian. Tapi saya macam awal-awal dah dapat teka, selalunya mesti orang yang paling baik atau memahami tulah yang sebenarnya penjahat yang sebenar. Biasalah, cliche!

Tapi jalan cerita dia sangat menarik. Sampai bising-bising semua orang nak jadi pengulas dan peramal cerita ni. Pukul 12.15 baru cerita ni habis dan kami semua masuk tidur. Kemudian, baru saya realize sesuatu..

Kami jarang menonton tv secara berjemaah begini. Mungkin sebab rancangan kegemaran masing-masing berlainan. Jadi kalau Atirah atau Mariati tengok cerita Melayu, saya mesti masuk dalam bilik baca buku/majalah, sebab tak bleh blah dengan cerita melayu. Kalau Mariati buka hindustan, pun saya tak boleh blah juga *kecuali kalau ada bipasha basu, atau SRK atau Abishiek, sebab saya suka cara mereka berlakon. Eh.. dah lari topik lagi. Lepas tu Kalau Cik Tirah buka senitron pun, saya tak bleh blah jugak. Saya suka layan cerita omputih, seperti CSI, House, Greys, Private Practice, Gossip Girl, One Tree Hill *ok Ha.. stop stop. Kita nak cerita pasal rumah, bukan rancangan kegemaran kamu! dan juga suka tengok ilmiah skit macam Tanya Ustaz, Anjakan Paradigma dll.

So, berbalik cerita tv tadi, maka kami jarang menonton tv bersama-sama secara konsisten. Kalau ada pun, mesti saya yang selalu akan duduk bangun dan pergi membuat kerja-kerja lain. Tapi semalam sungguh amazing saya rasa. Terasa macam keluarga bahagia *okay.. ni nampak macam reaksi melebih-lebih la pulak!

Jadi pengajarannya:

  • Bila takde pilihan, kita boleh je ber-compromiseĀ  dengan semua orang.
  • Takde astro pun boleh hidup la sebenarnya!
  • Bila ada astro.. semua orang jadi mengada-ngada
  • Mungkin boleh pikir option nak tutup account astro ni!šŸ˜‰

Okaylah, saya menulis secara sembunyi-sembunyi ni. Lagipun mahu buat claim phone bil ni. Ntah berjaya claim ke tak bulan ni. Harap-harap berjaya lah!

.

Tambahan..

* Baru berjaya google nama cerita tu – The Negotiator. Gila menyampah tengok website tv2. Harap je cantik dan boleh pilih warna nak view site.

* Saya dah google nama watak pelakon tu juga, Lt. Danny Roman, lakonan Samuel L.Jackson.

* Oleh sebab Saya tak puas hati pasal peribahasa tu, saya tanya kat officemate peribahasa yang sesuatu. Ada sorang tu come out denganĀ  “Prevention better than Cure”. HAHA.. saya gelak macam nak guling-guling, tak sesuai langsung!

* Rancangan asal nak tidur dah cancel. Claim claim claim..

.

SEMOGA BERJAYA CLAIM

regards,

~Ha~