Sekarang ini saya terjengah-jengah, sambil sekejap-sekejap memandang ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan, takut-takut kalau bos saya datang. HAHAHAA.. sangat gigih!!

Oh terkejut saya, kakak cleaner datang kutip sampah belakang saya!

Okay, mari update cepat-cepat, sebelum bos saya muncul (sambil menjengah kepala ke belakang sekali lagi..)

Hari Sabtu

Hujung minggu lepas saya lalui dengan tidak produktif sekali. Permulaannya saya bercadang mahu ke rumah Mak Lang di Kajang. Tapi selepas makan nasi lemak lauk ayam merah yang di beli oleh Cik Tirah dekat padang, tepi CIMB itu, saya terus menjadi sangat malas untuk berbuat apa-apa. Saya syak nasi lemak itu mesti dah diletakkan sesuatu di dalamnya. Jadi, bagaimana saya ada tenaga dan kekuatan mahu memasukkan baju dan barang keperluan dalam beg, mahu mengambil tuala, mahu melangkah ke dalam bilik air, menggunakan segala tenaga membuka baju dan apa-apa jelah, kemudian perlu pula menggunakan tenaga lagi untuk mengangkat menceduk air dan mengangkat gayung tersebut seterusnya menyiram ke kepala. Kemudian terpaksa melakukan perkara tersebut berulang-ulang kali (tidakkah nampak sia-sia..), selepas itu perlu gosok-gosok badan dengan sabun dettol berperisa ice, seterusnya melakukan kembali aktiviti menceduk air dan menyiram air ke kepala berulang-ulang kali. Kemudian setelah bersusah payah membasahkan badan, tiba-tiba mahu mengeringkan kepala dan badan pula dengan tuala pula. Seterusnya perlu pula keluar dari bilik air dan memakai baju yang cantik pula.

Itu belum lagi memikirkan saya terpaksa angkat beg laptop dan baju, naik dan turunĀ  PUTRA, kemudian naik turun bas pula. Ohh.. terus saya ambil handphone saya dan picit-picit butangnya. Maka terhasillah mesej berbunyi begini..

“Kak Ina, tak jadi balik Kajang”

Menerima balasan..

“Lah, plak. Kenapa?”

Oh.. kene cari alasan. Apa alasan yang tak nampak sangat macam berdosa sangat. Baiklah, balas begini..

“Ingat nak buat kerja skit. Lagipun gaji tak masuk lagi”

HEHE.. Memang saya bercadang nak buat kerja di rumah. Dan memang gaji saya tak masuk lagi pun. Titik! *Tapi sebenarnya, kalau nak buat kerja kat rumah Mak Lang saya pun boleh je. Dan gaji saya yang lepas pun cukup lagi kalau setakat nak balik Kajang tu.

Dan tenaga yang masih bersisa itu, saya simpan dengan pergi menidurkan diri sehingga pukul 3 petang.

Hari Ahad

(masih lagi menjengah-jengah kepala.. )

Sebelum saya tidur malam Sabtu itu, saya bercadang mahu sapu sampah dan mop lantai. Mahu kemas rumah cantik-cantik supaya hati senang. Kemudian bercadang mahu beli sarapan di Mc Donald berdekatan Giant tu. Tapi saya tak suka makan burger. Tak apa, mungkin saya boleh makan KFC sahaja. Memang berazam mahu menjalankan hari dengan penuh produktif!

Tapi sebaik sahaja solat Subuh pada pukul 7.30 (oh.. Subuh gajah, itu pun nasib baik bangun!), DIA datang lagi. Oh.. mungkin saya perlu rileks-rileks dulu sambil baca buku Judith McNaught di atas tilam dululah. Sekejap lagilah saya jalankan misi saya. 20 minit selepas itu, saya mula rasa mengantuk. Lalu saya pun zzzzzz…

Sempat bermimpi.. tidur sampai petang. Sudah bangun solat zuhur dan tidur balik. Kemudian berfikir, oh.. dah nak masuk Asar, kene bangun solat lagi. Ahh.. sambung skit lagi lah. Asar?? Eh.. MELODI!!!

Terus saya buka mata, dan cepat-cepat cari handphone. Pukul berapa sekarang ni??? 10.59am. Ohh.. baru pukul 11 pagi. Nasib baik tak terlepas Melodi. Macam mana saya sedang tidur, dan boleh bermimpi saya sedang tidur?? Haih.. pelik tuh! Orang selalu mimpi sedang membuat sesuatu, tapi saya pula mimpi saya sedang tidur!!! T_T

Okay, cepat-cepat bangun, terus capai tuala, dan membuat perkara-perkara yang sepatutnya yang dipanggil membersihkan diri *tak perlu la describe panjang-panjang seperti di atas.., bersiap cantik-cantik, kemudian buka tv dan menunggu rancangan kegemaran saya dengan sabar. HEHE..

Habis menonton Melodi sambil membuat kerja, perut saya pula membuat tuntutan asasinya. Selain dari makan nasi lemak pagi Sabtu, saya tak beri dia apa-apa yang berat, sekadar makanan-makan ringan dan air manis sahaja dengan alasan..

“Kau tak buat kerja keras, asyik tidur saja.. ada hati mau makan banyak!!”

Jadi kesianlah perut saya. Baru saja bercadang mahu keluar ke jusco Wangsa Maju sambil bercadang mahu bershoping-shoping sendirian, Mariati pulang membawa kabar gembira. Kata-katanya berbunyi begini..

“Hang dah makan? Kalau belum, ni aku ada bawak balik makanan, mak aku masak. Meh la makan!”

HEHE.. jadi saya yang malas mahu keluar ini, terus sahaja bersetuju!

Malam semalam, saya layan cerita melayu. Nama cerita tu, “Anak Mamak, Menantu Mami”. HEHE.. bukan la saya benci cerita Melayu. Cuma tak boleh blah lah kalau kene layan selalu. Cerita dia oklah, kelakar juga. Tapi yang buat saya tengok sebab dia di buat di Penang. Terus teringat sekolah lama. Dan tiba-tiba, terus teringat kawan saya, Garfield. Oh, terasa mahu pergi melawat dia pula. Lagipun, saya memang pernah janji mahu pergi ke Penang, dan singgah di rumah dia. *Ntah dia ingat ke tak saya pernah cakap macam tu.

Baiklah, sudah pukul 5.50 petang. Saya mahu bersiap pulang!

reagrds,

~Ha~