Tags

, , , ,

Lama jugak tak update.. consider lama sebab hari-hari do blog hopping! uh uh uh..

Mood saya masih swing! Dan sebenarnya sebab saya rasa demotivated. Kronologinya, saya baru habis projek PJC, dan projek itu pada pendapat saya kurang berjaya. Dan projek KT yang menanti ini, banyak pula kerja yang perlu disudahkan. Dataset pun masih banyak yang tak pasti, menyukarkan saya nak setup dalam system. Dan saya sendiri masih banyak yang perlu dipelajari, pengetahuan saya sangat limited tentang pengurusan pesakit-pesakit dalam dan kecemasan. Aduh, maaf, saya sudah mengheret anda-anda semua ke kancah permasalahan kerja saya!

Mianhamnida!!

*Mianhamnida = I am sorry (bahasa korea)

Sebut pasal korea, sekarang ini sangat-sangat merindui menonton drama Korea. Seperti zaman-zaman semasa saya di INTAN dulu, mononton Korea di tv setiap malam. Kemudian, keesokkan paginya, bercerita kembali dan berbincang scene yang ditonton bersama Ekin dan Atie. Hehee.. sehingga menjadi kepelikkan kepada staff-staff lain!

Korean Fanatic!

Sekarang ini, televisyen dah jarang menyiarkan drama korea. Baru-baru ini sahaja keluar kembali cerita korea. Yang saya tahu, ‘Boys Over Flower’ disiarkan setiap Isnin-Jumaat, 8.30-9.30pm. Dan juga siaran ulangan Coffee Prince setiap Sabtu dan Ahad, 4-5pm. Tapi saya tak tonton pun, sebab kedua-duanya saya sudah ada cd. Lagipun sekarang ini tv di rumah rosak, sedang diperbaiki. Tuan rumah pinjamkan tv 14″ or 15″ je, dan hanya menggunakan area yang letak atas tv tu, ohhh.. siaran tv memang tak cantik langsung, kecuali TV1 dan Tv2.

Huh? Bosan!!

Bilalah agaknya tv saya tu nak siap. Katanya Rabu, tapi sudah Jumaat pun masih tak dengar kabar berita. Susah agaknya nak dapat spare part tu dari kilang. Mungkin saya perlu tukar tv lain,? Yang lebih nipis mungkin? ngeh ngeh ngeh.. itu semua idea-idea nak menghabiskan duit je tu!

Mengarut!!

Kereta saya ni pun saya tak habis kumpul duit, ada hati mahu beli benda-benda lain. Saya sudah decide, walaupun belum 100% lagi, tapi sudah hampir menetapkan model kereta yang menjadi pilihan. Cuma tinggal mahu membuat sedikit study tentang financial. Nanti kalau saya rajin (READ: kalau saya rajin ok!), saya akan bentangkan proposal tu di sini. Buat masa sekarang.. biarlah rahsia.😉

Sabar la ye..

Malam ini, saya ada dinner. Di office ni, dengarnya ramai-ramai pakat dah berdoa dan sembahyang hajat nak grand prize cabutan bertuah, sebuah tv 40″. Ahahaha.. kata seorang kawan, kalau solat 5 waktu pun tak buat… (sila sambung ayat seterusnya mengikut kekejaman diri anda).😉

Saya pula tak tahu nak berharap ke tak. Sejarah membuktikan saya ni kurang bertuah. Tapi dalam hati teringin juga. Ehehee.. Malam ini dinner bertemakan “Green Affair”. Errkk.. hijau bukan warna yang cantik di badan saya. Jadi, saya memilih baju berpandukan nasihat dan citarasa dari Cik Tirah. Dari head to toe, semuanya atas nasihat Cik Tirah. Mari kita tengok Cik Tirah ni cukup hebat tak nak menjadikan saya ni bertuah! Ahaha..😀

Ok.. kalau rajin (READ: kalau rajin lagi ok..) saya akan upload gambar-gambar dinner nanti. Sebenarnya saya ada banyak gambar yang mahu di upload. Tapi ntah kenapa, kerajinan itu yang selalu tiada…

Sudah laa.. wish me luck ye kawan-kawan..

“SEMOGA SAYA BERTUAH”
regards,
~Ha~