Tags

Saya sangat stress. Macam-macam perkara dalam fikiran saya sekarang. Tapi yang paling highlight ialah “SAYA MAHU KELUAR DARI SEMUA KEKALUTAN INI”. Jadi ada beberapa option yang telah difikirkan:

  1. Berbincang dengan bos saya. Ulasan: Kadang-kadang saya rasa bos saya seorang yang boleh dibawa berbincang. Tapi ada ketikanya saya rasa bos saya bersifat one way sahaja. Walaupun bos saya selalu sahaja kata kami boleh suarakan what may concern us, tapi aku dalam hati ini terasa seperti ruang bersuara tu dah tiada. Terasa seperti bos saya tak boleh terima kata-kata saya. Terasa seperti kalau saya bercakap pun, semua benda tak bernas sahaja yang keluar dari mulut saya. Terasa saya telah menjadi dungu dan tak mampu membuat kerja-kerja saya. Pengetahuan jadi zero.
  2. Tukar kerja baru. Ulasan: Mungkin dapat selesaikan masalah yang ada sekarang. Saya tak perlu lagi melihat masalah-masalah yang hadapi sekarang ini. Lega sekejap apabila memikirkan tentang itu. Tapi.. itu hanyalah bersifat sementara. Sebab bila saya di tempat baru, tak mustahil saya akan mengalami masalah yang sama lagi. Malah mungkin lebih dasyat lagi. Malah saya juga tak dapat predict apa yang bakal saya hadapi nanti.
  3. Berhenti kerja dan jadi suri rumah. Ulasan: Ahahaha.. berhenti kerja tu memang boleh. Tapi jadi suri rumah tu macam tak boleh la. Dah la saya ni belum berkahwin. Sape pulak nak bagi duit kat saya bayar duit sewa, duit hutang PTPN, duit sekolah adik-adik saya dan duit belanja saya sendiri. Hidup tak berduit memang tak best. Tapi in order nak cari duit tu, hidup pun jadi tak best juga.

Jadi macam mana ye nak selesaikan masalah saya ni..??