Tags

sick

sick..

Okay.. oleh sebab ramai yang bertanya.. (ramai ke? tipulah, ade 2 orang je yg tanya.. ehehe..) Jadi saya ceritakan la kejadian semalam.

Semalam saya MC. Meh saya cerita kronologi nya hari Isnin tu..

9:00am – saya breakfast nasi goreng kampung, sambal dan telur dadar.
10:00am – Saya = ok je. Kawan sebelah saya, yang amik breakfast sama macam saya dah cirit birit dah.
11:00am – jantung saya dah berdebar. Badan dah rasa lain macam. Tapi masih maintain ok lagi.
12:35pm – keluar pegi Digital Mall kejap dengan Tini, nak beli mouse. Masih lagi rasa berdebar-debar.
01:30pm – balik dari Digital Mall. Dah mula rasa lain macam.
03:50pm – sakit perut skit. So saya plan nak g tidur kejap kat surau. Tapi sebenarnya berat ke nak mengantuk juga. ehehe..
04:15pm – consultant cari. Jadi terpaksa sambung keje balik.
05:15pm – sakit perut semakin kuat. Saya dah terguling-guling kat dalam surau.
05:30pm – vomit yang pertama
06:30pm – vomit yang kedua
06:45pm – nasib baik ade firdaous, dia tolong hantar saya ngan sue balik rumah. Sue dah masuk 6-7 kali masuk tandas cirit birit. Nyaris2 nak suruh Daous berhenti tepi jalan sebab rasa nak muntah lagi.
07:15pm – sampai umah. Terus tidur atas couch kat ruang tamu. Tak larat dah nak masuk bilik pun.
08:15pm – solat Maghrib hujung waktu. Tirah nak hantar klinik, tapi rasa cam tak larat nak jalan. Rasa tidur pun ok kot.
09:00pm – muntah untuk kali ketiga.

Esoknya.. saya dapat MC. Jadi saya bantai tidur sepanjang hari. Ehehe.. tu yg segar bugar hari ni. Ehehe..

Sekian.

~Ha~