Tags

, ,

buku "Aku terima Nikahnya"

cover buku "Aku terima Nikahnya"

Saya dah habis baca buku “Aku Terima Nikahnya”. Oh.. sangat bagus lah buku ni. Nanti lepas ni saya nak hadiahkan buku ni untuk semua kawan-kawan saya yang nak kahwin. Betul bagus! Nanti saya nak cari “Bercinta Sampai Ke Syurga” pulak.

buku-buku dari Ust Hasrizal

Buku ni saya beli masa nak balik kampung hari tu. Susah skit nak cari buku ni. Rasanya kat MPH macam tak ada je. Hari tu cari macam tak jumpa je. Ni pun saya beli kat kedai buku agama dalam Stesen Puduraya tu. Dekat-dekat Platform 7-8, kalau tak silap.

Masa saya tengah baca buku ni dalam bas, sambil dengar radio IKIM *oh.. bukan la baik sangat pun.. selalu tu dengar hot fm. Tiba-tiba je hari tu nak dengar IKIM plak. Topik bicara masa tu pasal Membina Keluarga or something like that la. Tiba ada caller tu call, dan cakap pasal dia pernah melakukan kesilapan sebelum berkahwin. Tapi dia cepat insaf, dan bagi banyak nasihat. Masa tu, saya rasa.. haih.. apsal saya macam pernah dengar je nasihat yang dia bagi ni. Sekali dia kata.. bacalah buku ni. Ohh.. kebetulan sungguh!

Bacalah.. yang ingin berkahwin, yang telah berkahwin.. malah yang tak terfikir nak berkahwin, layak dibaca oleh semua golongan. Pelajar sekolah, pelajar universiti, bakal bertunang, telah bertunang, bakal berkahwin, telah berkahwin, hatta yang telah menjadi ibu dan bapa pun belum terlambat untuk membacanya.

Like people said,
“Better Lete Than Never..”

Regards,
~Ha~

****************************
Review Atas Permintaan:

Buku ini memberi panduan kepada semua tentang hakikat sebenar perkahwinan. Supaya kita semua benar-benar faham bahawa bila berkahwin, kita akan menerima bukan sahaja manis, tapi masin, masam dan pahit juga. Buku ini memberi peringatan kepada yang belum berkahwin supaya “Ingat jangan tergesa-gesa tapi jangan bertangguh-tangguh”. Kepada yang telah berkahwin pula, “belajarlah memberi dari bersifat menerima”.

Buku ini lebih mengisahkan pengalaman Ust Hasrizal sendiri sewaktu beliau bertemu jodoh dengan isterinya dan pengalaman-pengalaman dalam menghadapi hidup selepas berkahwin, seterusnya selepas memiliki anak seorang, dan dua dan akhirnya sekarang 3 orang.

Menarik tentang buku ini:

  1. Tertarik bila Ust Hasrizal sebenarnya tidak pernah berjumpa dengan bakal isterinya, dan pertama kali melihat wajah isterinya ketika mereka bertunang.
  2. Dengan tanpa mengenali sifat bakal isteri beliau, Ust Hasrizal cuba melakukan yang terbaik dalam menjalani kehidupan berkeluarga dengan mengamalkan prinsip “Hidup Pada Memberi”.
  3. Selepas mendapat anak, perkahwinan bukan sekadar menjadi ‘ayah dan ibu’, tetapi masih lagi ‘suami dan isteri’.
  4. Menasihati dan memberi panduan kepada semua tentang persedian yang perlu dilakukan apabila melangkah ke alam perkahwinan, bukan setakat selepas berkahwin, tapi bersedia memikirkan apabila pasangan mula menimang cahaya mata.

Oklah.. saya rasa dah cukup la ni kot ye.