Assalamualaikum.. (ehem.. ehem.. mood nak berceramah ni!)

Apa kabar semua? Salam Maal Hijrah! Maaf tak sempat nak ucapkan pada Jumaat lepas, apatah lagi nak membuat entry tentangnya. Haihh.. saya sungguh sibuk! Apatah lagi terpaksa bekerja pada Sabtu keesokkan harinya, mood saya tidak lagi untuk menulis entri. Anyway, saya ni bukannya banyak sangat idea nak bercakap. Balik-balik, entrinya mesti akan jadi begini. Yang penting kita kena siapkan azam untuk menhadapi tahun yang berikutnya.

Sedang saya surfing-surfing dan blog hopping blog favourite saya, tiba-tiba saya ter-inspired nak menulis tentang pengalaman dalam hidup saya.

Lewat beberapa tahun yang lepas, saya selalu mengeluh tentang masalah yang saya hadapi dan kadang-kadang melepaskan keluhan saya di dalam entri saya. Antaranya, saya suka mengeluh tentang tindakan orang terhadap saya. Sehingga ada pada suatu ketika tu, saya sudah memikirkan cara nak mengelak untuk bertemu orang-orang yang telah berjaya mengecilkan hati saya. Moral jadi down. Sehingga saya terfikir nak berhenti kerja dan macam-macam lagi lah.

Walaupun apa yang kawan-kawan atau orang di sekeliling saya buat pada saya tu mungkin tidak baik, tapi saya juga silap. Saya gagal melihat kebaikkan dari setiap perkara yang terjadi. See things from different angle. Saya terlalu sibuk memikirkan soal hati dan perasaan. Soal betapa kecewanya saya dengan sikap orang disekeliling saya. Soal bagaimana saya mahu lari dari semua masalah yang membelenggu diri saya. Soal bagaimana saya mahu hidup tenang, aman dan damai tanpa sebarang masalah. Saya mahu semuanya jadi mudah!!

Tapi saya gagal memikirkan, yang dengan menghadapi pelbagai masalah tu, menjadi kan saya seorang yang CEKAL dan TABAH. Dan juga BIJAK menghadapi masalah tersebut pada masa hadapan! I choose to see a half empty glass of water, rather than half full.

Contohnya, bila saya menghadapi masalah orang bercakap dibelakang saya. Walaupun saya sendiri tidak pasti apa yang diperkatakan, dan hanya menilai itu mungkin sesuatu yang buruk berdasarkan reaksi seperti dipulaukan, atau sedikit ‘jelingan manja’, saya berasa sangat jauh hati dengan keadaan itu. Saya terus berasa mungkin saya mungkin telah melakukan sesuatu yang tidak elok, dan kemudian terasa seperti saya telah diinaya, dan kemudian saya terasa mereka telah berlaku tidak adil pada saya tanpa saya sempat membela diri saya.

Tapi bila saya beberapa kali mengahadapi situasi yang sama, saya pun sudah lagi tidak menganggap itu sesuatu yang BESAR. Kita tak mungkin dapat menghalang pandangan orang terhadap kita. Dan walaupun apapun orang fikirkan tentang kita, kita menjadi apa yang kita fikirkan. Jadi saya yang lebih tahu tentang diri saya. Jadi saya jadi lali dengan pandangan orang. Dan mungkin juga orang sebenarnya itu tidak berkata sesuatu buruk tentang kita. Hanya prasangka kita saja yang menjurus kepada sesuatu yang buruk.

Satu lagi contoh. Saya dari kecil selalu dipaksa menjaga adik saya sewaktu kecil. Itu perkara biasa. Yang menjadi luar biasa, pada saya, adalah adik-beradik saya yang lain tidak dipertanggungjawabkan dengan tugas tersebut. Walaupun beza umur kami cuma satu tahun, atau beberapa bulan sahaja. Marah dan kecewa, itu perasaan saya ketika itu. Malah saya tidak berani mahu marah mereka, sebab mereka cuma adik-beradik tiri saya saja.

Tapi akhirnya, kini saya melihat kesannya. Saya tahu menjaga anak kecil. Malah saya sukakan anak-anak kecil ini. Malah kadang-kadang anak-anak kecik ini juga mudah serasi dengan saya. Ada beberapa kawan-kawan saya juga selalu berbincang dengan saya tentang masalah dengan anak-anak mereka, padahal kalau dikira dari pengalaman, usahkan mempunyai anak, berkahwin pun saya belum.

Jadi saya yakin, semua orang ada masalah masing-masing. Tapi apa yang lebih penting, bagaiman kita kita menghadapi masalah tersebut, dan menjadikan masalah tersebut sebagai satu silibus pelajaran untuk kehidupan. Kita kan sentiasa menjadi seorang pelajar dalam kelas kehidupan ini!

Oklah, sampai sini dulu. Kalau mahu version yang lebih menarik, boleh baca ini. Saya memang banyak mencedok ilmu dan maklumat dari site ini.

regards,

~Ha~