Saya sedang bekerja! Okay, itu dari pukul 8 pagi tadi, sampailah pukul 12.30 tadi. Lepas tu saya duduk di kaunter informasi ni, online through wireless, saya surfing, download lagu dan update blog. Dan baru beberapa saat tadi kawan saya main intercom kat farmasi, panggil-panggil nama saya.. Apakah??

Sebenarnya saya nak kene test system. Tapi tempat saya kat bawah tu dah kene ambil dengan semua developer, jadi saya nak cucuk network cable tu kat mana?? Baik saya online kat atas ni je.. tapi tak bleh access system la plak!

Saya nak cerita, masa saya buat support kat klinik hari Khamis kelmarin, saya jumpa 3 orang yang saya kenali. Semua pun datang nak buat medical check up anternal. Tau apa anternal? Tu check up ibu mengandung!!

Yang pertama, officemate Pae, Fazlon. Dan 38 minggu = 9 bulan 2 minggu. Haisshh.. skit lagi je nak meletup tu. Takde pape cerita.. sebab memang dah tau cerita dia dari Pae pun.

Kedua, Cham, adik ipar si Pae. Muda satu tahun dari saya. Dia baru nak buka buku. Dia komplen kene tunggu lama sangat. Eheheh.. bukan salah saya. Kalau pakai sistem lama pun, memang kene menunggu lama jugak! Dah ramai sangat orang suka datang klinik ni. Lain kali datang petang, baru la tak kene menunggu lama.

Ketiga, kawan sekolah saya masa kat SMDB dulu, Awin. Mula-mula, dia yang tegur saya. Lebih kurang macam ni la perbualan kitorg…

“haxxxxx (nama saya la.. ehehe.. saje nk buat misteri skit).. wei.. aku dah lama nampak ko.. tapi aku tak berani nak panggil..”

blank. haih.. sape ni.. muka cam familiar.

“haiii… eh ko kat sini.. lupa la nama”

“Aku awin”

“buat check up?”

“ha’ah.. yelah. ko kerja sini ke?”

“ha’ah.. “

Haih.. takleh recall lagi sape dia ni. Takpe.. sembang sembang! Nanti tau la tu.

“orang kementerian kesihatan ke..?”

“eh tak.. aku keje ngan company yang buat sistem ni.. hari ni first day live.. tu yang berlari-lari ni.. tengah buat support..”

saya masih lagi blank. teruskan bercakap..

“Wah.. anak ko nak masuk dua dah ek?”

“A’ah.. yang besar ni dah 3 tahun. ko bila lagi?”

“Aku sibuk kumpul harta! Ahahahaa…”

“yelah tu..” sambil menepuk peha saya.

“eeeii.. lama tak jumpa ko. Ko ada contact kawan-kawan kita?”

uh uh uh.. kawan yang mana? Saya jangan la dia tanya lebih-lebih. Aku tak ingat lagi ni saya jumpa dia kat mana.

“tak berapa sangat. dah kerja-kerja sekarang ni.. tak berapa contact member”

“Ira dah kawin ke belum?”

Ira? Ira yang mana? Ira.. ira.. ira.. sorang je rasanya kawan saya nama Ira. Akmatul Ira. Mesti member kat Taiping ni.

“Akmatul Ira ek.. aku rasa dia tak kawin lagi”

“Oh ye..”

Ohhoo.. nasib baik betul! Kalau salah naya saya.

“Hema dah kawin minggu lepas!” balas saya lebih rancak.

“Oh yee…?”

“a’ah.. sharina pun rasanya belum kawin lagi. Ta’a dah kawin. Husband dia keje IT sama aku.. jumpa kat exhibition. Eh oklah.. aku kene g bilik nurse ni. Takut diorang ade problem.”

“Ok”

Uhuhuuu.. nasib baik lah saya boleh recall jugak akhirnya. Sungguh haru! Saya memang ada masalah daya ingatan la semenjak dua menjak ni.

regards,

~Ha~