Allop.. semenjak dua menjak ni kan, saya rasa bosan tengok entri sendiri. Ahahaha.. sungguh tak best langsung!! Macam dah kehilangan skill menulis. Ataupun menulis macam takde minat je.  Apedaa..

So saya rasa macam nak tulis ikut suka hati saya.. tanpa arah tujuan yang sebenar! Apakah itu? Saya pun tak tahu. Tulis jelah ikut suka hati. Ehehe..

Anyway, saya sekarang kat rumah Pae. Walaupun minggu ni cuti 3 hari, tapi saya tak balik umah pun. Sebab esok saya kene kerja, standby, jadi support kat clinic. Uhh.. tapi ok gak, bleh la menambahkan sumber pendapatan. Ni tangan yang menggapai dah bertambah lagi sorang. Adik saya sorang kat Master Skill, sorang kat kat sekolah asrama agama. Kalau yang darjah 6 ni berjaya masuk MRSM tahun depan, maka tambahlah seorang lagi! Takpe.. kalau bab pelajaran, saya tak kisah! Sebab ini semua untuk masa depan diorang. Jangan esok dah besar, dah kaya raya, pastu jadi anak derhaka sudah..

Housemate saya pergi Singapore this week. Haishh.. rasa jeles plak tiba-tiba. Tak ajak pun! Tapi kemudian macam tak jadi nak jeles, ahahaha.. saya memang selalu cari pasal dengan cik Tirah, jadi memang padan muka la diorang tak ajak saya. Tak ada lah, kalau diorang ajak pun, macam lah saya boleh pergi. Saya kan kene standby minggu ni. Dah dua minggu ni, cuti macam tak cuti.. adeh!!

Lagi apa nak cakap? Semalam PM saya punya birthday. Kan dulu saya pernah cakap, Raja ni baik orangnya. Jadi pun saja lah nak bagi dia rasa touching skit, saya pun buatlah kek birthday untuk dia. Ahaha.. cerita tipu. Saya nak masak? memang takdelah. Saya suruh kakak Pae tolong buatkan. 1 kg RM45, kek coklat. Oklah, lagipun saya boleh bayar lepas dapat gaji nanti. Eheheh… Nak tengok gambar kek tu? ok.. tadaaa…

Cake for Raja..

Semalam Malaysia menang 1-0 dengan Vietnam, menandakan dapatlah lagi sebiji emas untuk Malaysia dalam Sukan Sea ke-25. Walaupun saya cuma tengok separuh masa ke-2 je, sebab baru balik kerja time tu, tapi saya sempat tengok gol Malaysia, nasib baik!! Itupun, saya belasah balik je terus, tanpa menunggu arahan orang atas. Lantak lah.. dah dekat 2 jam saya tunggu meeting post mortem tu tak habis2.

Oklah.. bateri nak habis. Saya cau dulu la. Nanti bebila saya sambung lagi. Sebab saya nak buat entry suka hati.. gambar pun saya nak letak suka hati.. iaitu gambar anime. Anime memang gambar kesukaan saya dari dulu. Saya suka kartun dia, cantik!!

regards,

~Ha~