Tags

, , , , , , ,

saya nak cari gambar latest team malaysia.. tapi ini je yg saya dapat!!

Semi final bola Malaysia vs Laos semalam sungguh mengujakan. Haiihh.. boleh sakit jantung dibuatnya! Masa Malaysia mendahului 1-0 tu, asyik berdebar-debar je takut Laos pintas. Spearuh masa kedua, haihh.. berjaya juga dia pintas. moral down dah sikit. Nasib baik la saya bukan pemain Malaysia. Kalau tak saya mesti sudah down + takut + berdebar + cemas. Oh.. ahli sukan bukan sahaja kene physically fit.. but mentally as well. Akhirnya, bila Baddrol sekali lagi buat gol, wah atas bawah rumah bergema sorak. Saya dan Pae tengok bola di bawah, abang ipar dia tengok kat atas. Pastu gol ke-3 tu, macam tak perasan je. So, lepas tu sudah confident Malaysia boleh pergi final!

Setelah lebih kurang 30 tahun ekk.. pertama kali masuk semi-final, dan terus final! Actually, saya bukan ikut sangat sukan. Walaupun minat jugak bola, tapi kalau tanya strategi ke, rules ke.. haram saya tak tau. Pemain dia pun, hari ini saya ingat, esok saya lupa. Ahaha..😀 Tapi saya memang kagum betul team Malaysia sebab banyak kali berjaya tanduk bola. Haihh. sharp betul mata diorang. Kepala dia pun saya syak mesti ada macam leper skit, dan mesti ada macam ada gegaran skit. Iskh.. Gegar-gegar ni jangan buat main, dia boleh bawak ke otak bergegar.. langsung terus jatuh ke jiwa kacau pulak nanti. Ehehe..😀

****************************************************

Lately, sebelum tidur, saya mesti teringat pasal mati. Uh uh uh.. Pastu saya pun akan terfikir, apa perkara baik yang saya dah buat hari ni. Apakah amalan saya hari ni OK, atau K.O. Pastu saya pun jadi cemas..

Benda ni bukan saya cuba fikir. Tapi ingatan tu datang sendiri. Kalau saya rasa cam jahat skit, nanti saya akan cepat-cepat buat lupa, dan cepat-cepat tidur. Tapi kalau saya baik skit, saya pun berfikir-fikir, then end-up saya pun takut. Mestilah takut kan, saya ni bukannya baik sangat. Banyak benda tak betul saya buat. Sembahyang pun ntah di terima ke tidak.

Tapi yang saya ralat, bila hari siang, saya tak teringat plak pasal tuhan. Ataupun masa tengah mengumpat tu ke kan, tak plak saya ingat saya ni macam tengah makan daging kawan saya sendiri. Or macam bila saya tengah marah-marah tu kan, tak pulak saya ingat kene bersabar dan pergi ambil air sembahyang kan. Itu belum lagi perkara-perkara buruk lain yang saya buat ~saya pun tak boleh nak recall apa benda buruk yang saya dah buat. Tengok.. ntah apalah saya dah buat ahari ni! Haisshh.. jadi saya pun rasa susah hati la. Walaupun saya berusaha nak jadi baik, tapi perkara tak baik ni macam dah sebati dalam hidup kita kan. Jadi selalunya kita pun buat tanpa sedar. Malah kalau suruh recall saya ada mengumpat orang tak hari ni pun, saya rasa saya tak ingat kot.

sinchan budak baik tak?

Macam mana ek saya nak berubah jadi budak yang baik?? Saya pun nak jadi Orang yang Beriman, tapi macam mana?

Tazkirah Hari Ini:

“Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: menjawab ucapan salamnya, melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

regards,

~Ha~