Tags

,

(Pengakuan jujur ni, sila jangan kutuk.. ehehehe… :D)

Semalam saya berangin sebentar. Atas perkara-perkara yang kecil-kecil sebenarnya. Tapi itulah saya.. sukar nak mengawal perasaan.

Sebenarnya, saya ini agak transparent. Jadi apa jua perasaan akan jelas ter’tunjuk’ di muka saya yang tak berapa comel ni.๐Ÿ˜€ Betul! Kadang-kadang tu rasa bagus juga, orang akan cepat skit ‘faham’. Tapi selalunya saya memang rasa malu dan tak mahu orang tahu. Haishh.. malunya kalau orang tahu kita sedang marah atau merajuk!! Dan buruk pulak tu.. uhuhuhuuu..

Macam pagi semalam, bermula dengan tiba-tiba network connection tak dapat, saya sudah mula berangin bila tengok orang lain ok je. Sebenarnya saya risau takut orang ambil nombor IP saya. Tengok-tengok kawan saya cabutkan network cable saya dari switch. Sudah tambah satu point untuk jadi lebih berangin. Mula-mula macam nak merajuk dan tak mahu connect ke network terus, tapi haishhh.. buruk sungguh perangai.๐Ÿ˜› Jadi saya pun sambung kan cable tu ke switch yang lain pula. Tapi masih tak boleh connect to network. Tambah lagi satu point, ini boleh menimbulkan marah!

Dengan nada separuh marah, separuh mengharap simpati, dan separuh kecewa(hebat tak saya gambarkan 3 perasaan pada satu wajah? ;))), saya pada kawan yang juga PM saya,

“Raja, U tengah buat ape ? bz tak? Kalau tak, I nak mintak tolong betulkan network I ni. Ada problem! Tapi kalau U bz takpelah, I buat sendiri..”
(Jadi sudah boleh bayang macamana muka saya kan.. ?)

Maka Raja yang baik itu pun tolonglah betulkan network saya tapi masih tak berjaya. So dia tukar ip saya. Oh, saya sudah bertambah bengang! Ni mesti ada orang amik IP saya, kata saya dalam hati dengan penuh syak wasangka. Nombor IP saya adalah nombor yang paling saya suka guna. Tapi kemudiannya juga connection tetap tak berjaya. Kalau macam ni tak payah buat testing lah, terus saya marah-marah dalam hati, tapi saya masih control tak terlepas di mulut. Dalam masa yang sama rasa lega juga. Mungkin bukan masalah orang ambil IP, tapi masalah dengan cable atau laptop ni.

Saya restart pc, masih tak boleh juga. Masa ni saya sudah mula rasa mahu bawa diri. Biarlah saya duduk jauh-jauh dari semua orang. Mereka semua pun bukan kisahkan saya. (Oh.. sungguh la drama queen kan? tapi itu hanya kata hati saya, sebetulnya.. saya masih juga di tempat saya sambil cuba-cuba lagi configure IP).

Ntah macamana Raja yang baik itu sedar saya masih belum dapat connection. Haish.. dah 2 kali ni saya mention Raja yang baik kan? Tapi betul.. Raja tu memang baik hati! Antara orang yang paling baik yang pernah saya jumpa!

Ok.. itu cerita selingan! Berbalik kisah saya tadi, saya pun bagilah Raja tegokkan balik laptop saya tu. Akhirnya… (sebenarnya saya dah tak tahu apa Raja buat.. macam2 cara dia cuba agaknya tapi saya dah tak kuasa nak tengok..), hanya dengan tukar cable saya dengan dia, saya boleh connect ke network. Bengang tak? saya punya laptop ni main pilih-pilih cable plak!!

So, saya pun dapat lah access system dan buat testing. Tapi mood saya, sudah berterbangan ntah kemana. Dah macam tak boleh nak stay di situ, macam mahu pergi membawa diri, biarlah saya sendirian. Sekali lagi saya berdrama, tapi sendiri-sendiri dalam hati jelah. Tapi saya cakapkan juga pada kakak di sebelah saya, saya mahu pindah ke tempat lain. Dan Kak Mas terus boleh faham kenapa saya mahu pindah.

Ok.. itu cerita di pihak saya. Setelah menganalisa (tapi saya tak tanya orang lain pun, buat analisa sendiri je..), saya rasa ini yang orang nampak saya hari ini..

Mula-mula kawan-kawan dengar saya cakap tak dapat network connection. Lepas saya pergi check cable di switch, saya dapati cable saya sudah dicabut dari switch, dan port network tu dah diambil seorang kawan saya. Saya terus tarik balik netwrok cable saya dari situ, dan terus campakkan ke bawah meja saya. Tindakan orang yang sedang bengang tu!! Kawan saya yang cabut cable tu terus datang dan bagi tahu cable saya longgar, jadi dia ingat takde orang guna. Dia macam nak minta maaf dan mahu kosongkan port untuk saya cucuk kembali tapi saya cakap tak perlu. Lepas tu saya terus duduk di tempat saya, diam, dan saya percaya muka saya mesti kelat habis!

Bila saya sedar, saya dah buat perangai hodoh, saya ambil balik cable tu, dan cari switch lain yang masih ada port free. Dua kali tukar port dan masih tak berjaya, muka saya mesti dah jadi masam habis! Tu yang agaknya Raja terus tolong saya bila saya tanya. Dan bila sudah restart pun masih tak berjaya, saya yakin, mesti muka saya ni menunjukkan saya bengang habis dan dah separuh kecewa, sampai Raja pun perasan dan terus memberi pertolongan cemas. Terus dia ambil laptop saya, bawa ke tempat dia, dan buat sampai berjaya. Barulah agaknya muka saya kelihatan ok sikit, walaupun sudah nampak down.

Inilah realitinya.. saya rasalah! Kalau tak, takkan lah orang lain boleh tahu apa dalam perasaan dan fikiran saya ketika itu dan terus respon, padahal saya tak cakap apa-apa pun. Kalau tak, takkan lah Kak Mas terus boleh faham kenapa kenapa saya moody sangat. Dan kalau tak kerana muka saya ni, takkan lah Raja terus beri pertolongan secepat mungkin pada saya, kan?

Jadi kesimpulannya, saya memang ada masalah angin monsun timur laut dan mosun barat daya skit. Darah saya kalau naik, bukan main-main dia punya laju, macam F1. Zass.. sekali kau, terus buat semua orang jadi panik sebentar. Dah beberapa kali saya experience benda ni. Muka pulak, mesti buruk habis. Agaknya kalau ambil gambar time ni, harus saya tak kenal muka saya sendiri. Dan walaupun memang lah kengkadang tu rasa bagus juga, terutamanya bila jadi kat orang yang pentingkan diri sendiri, atau suka ambil kesempatan, tapi sebenarnya saya tak suka perangai saya ni. Dan paling penting, selalunya saya tak sedar saya buat perangai ni.

Bukan la tak sedar macam orang kene rasuk tu. Tapi yelah, marah ni kan sahabat syaitan. Jadi bila marah tu, emosi saya sudah mengatasi akal, maknanya syaitan sudah mengatasi kewarasan akal saya, dan tu yang buat saya pun mula nak menunjuk kelaku. Tapi bila saya dah sedar, memang rasa malu betul, nak-nak kalau saya sudah terlepas cakap atau perbuatan! Haish.. marah saya ni buat saya runsing betul!! Padahal, bila difikir-fikirkan, benda tu bukanlah hal yang besar sangat pun. Dan kalau betul pun saya tak dapat connection, kenapa saya tak take it positive, mungkin saya sebenarnya hari ni saya tak ditakdirkan kena buat testing yang membosankan tu kan. Ahahaha..๐Ÿ˜€

Sebab tu, pada sesetengah perkara, saya cepat marah, dan cepat cool down..

Memang lah orang cakap kena belajar bersabar, tapi mungkin saya harap buat permulaan ni, ada orang boleh tolong saya kot, ingatkan saya supaya bersabar. Sebab bila darah dah naik ni, saya pun dah tak sempat nak ingat pasal sabar sabar ni!

...

~uh uh uh

regards,
~Ha~