Tags

, , ,

Sekarang ni, saya kat user site, back to normal life, menjadi orang normad di tempat user. Sekarang ni tengah online guna wireless, boleh la access internet. Sekejap lagi, bila pakai LAN, dah tak boleh lah online lagi. Tapi kalau tak guna LAN plak, saya tak boleh access system. ~uh uh uh

Hari Sabtu saya attend dua kenduri kahwin. Pertama, kenduri kawan housemate saya, Adah di Shah Alam. Saya kene ikut, sebab saya penunjuk arah. Makanannya.. uh uh uh sangat sedap. Mula-mula memang rushing nak pergi second kenduri, iaitu kenduri officemate saya pulak. Tapi pengiring pengantin block jalan, jadi kami terpaksa tunggu pengantin berarak dulu. Jadi saya pun ambillah gambar. Last-last, saya pulak yang over-over amik gambar.

pengiring pengantin yg block pintu keluar..

pengantin..

Kenduri kedua, kami sampai pukul 3, pengantin baru je lepas bersanding, and tengah makan beradab. Saya pun terus saja ambil gambar sebanyak yang boleh.

anak shitah.. comel!

pengantin dan kawan-kawan se-Office

Daniesya Aunie.. anak mashitah! tgk muka tu.. ade attitude!

Nasib baik lah kenduri kedua tu sangat dekat dengan rumah saya. Dalam 5 minit kalau naik kereta.😀 Kalau tidak, mungkin saya tak sempat solat Zuhur. Lagipun kami pun sudah sangat kepenatan.

Sekarang ni saya di Putrajaya, menumpang tidur di rumah kakak Pae. Selagi tak ada kereta, sya akan mengharap Pae tolong ambil dan hantar saya ke client site ni. Nak beli kereta, macam tak cukup duit je.

Nanti kalau beli kereta, hutang bertambah..

kalau hutang bertambah, tak boleh la nak bayar PTPTN banyak-banyak..

kalau tak bayar PTPTN banyak-banyak, takut nanti kene black list pulak..

kalau kene black list, nanti kene tahan imigeresen kat airport plak..

kalau kene tahan imigeresen kat airport, tak dapat la nak pergi Sydney..

kalau tak dapat pergi Sydney, rugi la duit saya dah beli tiket flight tu.. waaaaa.. :((

So begitulah, saya jadi serba salah. Kereta itu memang suatu keperluan, tapi banyak pula saya nak kena timbang-taranya!!

Masalah Tak ada kereta:

  1. Susah nak pergi mana-mana, terpaksa menumpang orang.
  2. Bila outstation di Putrajaya, terpaksa menumpang kereta Pae.
  3. Pergi kerja pun susah, kalau housemate saya Mariati tu tak ada, saya terpaksa tumpa Atirah, jadi terpaksa pergi kerja lambat!
  4. Tak boleh balik lambat sangat, bahaya. Jadi segala aktiviti yang menyebabkan lewat malam akan menyebabkan saya menumpang tidur di rumah orang.

Masalah Ada Kereta:

  1. Hutang bertambah
  2. Takut tak cukup duit, yelah duit minyak, duit tol, duit parking, duit service kereta, duit spare untuk kecemasan (kalau kereta buat hal) dan sebagainya.
  3. Bila duit dah habis ke kereta, ada kemungkinan juga saya tak dapat lagi nak menabung, nak bayar PTPTN, nak pergi simpan duit pegi jalan-jalan atau buat outdoors dan sebagainya.
  4. Ntah.. dah tak bleh nak pikir plak.. tapi nampaknya semuanya related dengan duit lah!

Jadi, saya ada la simpan sikit-sikit, tapi masih macam cuak-cuak nak pakai kereta. Macam mana ye? aadui la..

regards,

~Ha~