Tags

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

~uh uh uh.. dikala saya mempunyai banyak perkara nak diceritakan, jadual begitu penuh sekali, dan kerja menimbun menunggu. Ohh.. saya nak tulis jugak, walaupun terpaksa berulang kali tutup dan buka skrin ni, bila ada orang datang ~terutamanya bila Project Manager saya datang! ehehehe…

+++++++++++++++++++++++++++++++

Cuaca

Lewat kebelakangan ini, Malaysia dilanda hujan sepanjang hari, kan? Saya sangka hanya Pantai Timur sahaja, tapi hampir kesemua tempat pun melaporkan keadaan yang sama, jadi terpaksalah saya akui, Malaysia sekarang mengalami musim tengkujuh.

Yang sebenarnya, saya sangat suka hujan. Kecuali sewaktu hujan turun semasa saya mahu keluar rumah dan ingin menaiki pengangkutan awam, atau bila baju tak kering-kering di ampaian, atau ketika saya mahu naik terbang ke mana-mana, kecuali pada saat-saat itu, saya suka hujan!

walking in the rain..

walking in the rain..

Sejak dulu saya mempunyai habit suka memerhati rintik-rintik hujan dari anjung rumah, atau pun melalui tingkap yang terbuka luas. Saya suka bila angin serta basah air hujan tu terkena ke muka saya, menimbulkan rasa dingin dan nyaman sekali. Bila merenung pada hujan yang sedang turun, selalu membawa saya ke emosi yang pelbagai, kadang-kadang sayu, ada ketikanya sedih, di suatu ketika lain pula mungkin rasa aman, gembira dan macam-macam lagi lah.

after rain..

selepas hujan..

Bila waktu hujan, suasana akan menjadi sejuk dan nyaman. Ramai orang suka duduk di rumah di waktu ini. Manarik selimut adalah sesuatu yang nikmat di kala suasana begini. Tetapi, menikmati secawan nescafe atau teh panas, sambil memerhati hujan yang masih turun, adalah sesuatu yang saya paling gemari.

nescaffee panas dan hujan

nescaffee panas dan hujan..

Teringat sewaktu kecil dulu, pada waktu hujan begini, kami anak-anak kecillah yang paling gembira. Tak seperti sekarang, abah dan mak, atau ahli keluarga yang lain tak pernah marah kami mahu mandi hujan. Aktiviti ini selalunya diakhiri dengan kami beramai-ramai membuat empangan pada sungai kecil di dalam kampung. Air sungai yang mengalir, dicampur dengan air hujan yang turun, sekejap saja empangan sudah dipenuhi air. Sebelum empangan kecil tu pecah, semua orang akan terjun ke dalam empangan yang tak sampai pun paras lutut tu. Tapi itu pun dah cukup menggembirakan kami. Arwah tok pula, ketika waktu hujan ini, sangat suka menikmati secawan kopi panas. Kadang-kala, ada pula hidangan sampingan, ubi kayu rebus, dicicah dengan kelapa parut bersalut gula. Wah, sangat sedap!!

kanak-kanak dan hujan..

kanak-kanak dan hujan..

Tapi sekarang, saya sudah jarang menikmati hujan. Tak tahulah sama ada kerana saya yang terlalu sibuk, atau hujan sudah tidak memberikan kesan kepada emosi saya lagi. Tapi kalau mempunyai kesempatan itu, saya tidak akan melepaskan peluang menikmatinya. Errmm…

Gambar

Sejak beberapa hari ini, officemate saya sangat suka meletakkan gambar-gambar dalam facebook. Tapi saya ada sedikit isu dengan perkara tersebut.

Isu yang pertama, saya tahu, ini agak kebudak-budakkan sedikit. Tapi ntah kenapa, saya rasa sedikit sakit hati bila, mereka buat album dan upload gambar-gambar yang diambil oleh saya. Sekarang saya sudah faham perasaan jurugambar-jurugambar profesional bila gambar mereka diambil dan digunakan oleh orang lain.

Walaupun saya bukanlah jurugambar profesional, tapi saya juga tak suka dibuat begitu. Terasa seperti gambar itu bukan hak saya lagi, bila saya lihat album gambar tersebut dalam profile mereka. Kalau itu hanya gambar si tukang upload, saya tak kisah sangat. Tapi kalau melibatkan gambar orang lain *termasuk saya, pemandangan dan angel yang pelik-pelik, saya terasa seperti itu karya si tukang upload tu pula. Memang sakit hati jugalah saya rasa. Kalau lah kamu semua tahu macam mana kalau saya ambil gambar orang, agaknya, kamu semua mungkin boleh faham perasaan saya..

Isu kedua, sudahlah upload gambar-gambar kepunyaan saya, di-upload sekali gambar saya, dan tag pula saya dengan gambar-gambar tersebut. Ini pun saya tak suka. Itu yang saya benci tentang facebook, kadang-kala saya semacam hilang kawalan ke atas hak peribadi saya. Saya paling kurang suka publish gambar sendiri di mana-mana laman milik saya. Kalaupun saya upload gambar saya sendiri, saya jarang tag gambar saya sendiri, kecuali kalau itu gambar beramai-ramai atau mempunyai kenangan tertentu. Tapi kalau gambar saya seorang, nak pula gambar itu saya sendiri yang ambil *boleh bayangkan macammana keadaannya, dan diambil tanpa apa-apa maksud, tolonglah! Saya memang tak suka mengglemerkan diri sendiri.

Jadi, apa yang saya boleh lakukan adalah, saya bersabar sahaja! Ahahaaa.. Iyalah, perkara-perkara macam ni susah juga nak cakap. Boleh menimbulkan salah faham yang lain pula. Cuma, selepas ini, saya takkan serahkan gambar-gambar yang saya ambil kepada orang lain, atau setidak-tidaknya, sebelum saya upload dulu gambar tersebut.

Dan kepada kawan-kawan yang lain, saya bukanlah begitu rigid. Saya sangat flexible sebenarnya. Beritahulah saya dahulu. Letaklah gambar-gambar yang elok sedikit seperti mana saya memlilih gambar anda semua. Dan kalau itu gambar memang milik anda, saya tak kisah sangat sebenarnya, itu karya anda. Kalau gambar saya buruk pun, saya pasrah saja. Ahahaa.. memang saya pun bukanlah cantik sangat, cuma comel je!😉

+++++++++++++++++++++++++++++++

Kerja

Ha memang, kalau dapat membebel, macam dah tak boleh nak berhenti-henti.

Perasaan kucar-kacir yang saya rasa 5-6 bulan lepas, muncul lagi. Terasa diri tidak kompeten dengan orang lain, selalu terasa diri bekerja lebih lembab dari orang lain, selalu rasa lost, tapi masih lagi malas mahu memberikan fokus 150%, dan macam-macam lagilah. Aish.. apa nak jadi dengan saya nih. Ini bukan petanda yang baik!

Walaupun saya sibuk bagai nak rak, tapi saya pun hairan bin ajaib, macamana saya dengan senang hati boleh buat perkara-perkara lain pula ~seperti menulis blog ni. Satu sebabnya mungkin, saya pun dah tak dapat nak prioritize kerja saya. Semuanya ada label urgent. Dan kalau yang tak urgent itu pun, saya selalu je berasa cemas kalau-kalau akhirnya saya terlupa juga, kerana pada akhirnya, yang tiada label urgent itupun, akan menjadi urgent juga!

Ada seorang officemate baru di office saya ni, dia punya minat hampir yang sama dengan saya. Dan ada pula yang menambah-nambah cerita, Farah tu soulmate saya saya, sebab kami berdua sanggup bangun pukul 6.30 pagi untuk pergi berjoging bersama di KT hari tu. Ahahahaa.. macam tu pun boleh panggil soulmate ke? *Seri Nur Fasa, ini schoolmate anda!

Anyway, ingat tak saya pernah cerita pasal Rain? Ok, kalau nak tengok gambar dia dengan lebih jelas, sila klik sini, blog si Farah tu! Dan kalau nak tengok saya buat aktiviti merapu kat KT, boleh juga klik sini dan sini.