Tags

, , , , , , , , , , , , , ,

Dari tadi saya mencari ayat-ayat yang best untuk entri kali ni. Tapi semuanya.. kelam!

Ntah kenapa, bila saya tengah jalan tepi pantai ke, tengah beli-belah kat Pasar Payang ke, tengah dinner dengan budak-budak se-company ni ke, atau sedang tengok-tengok orang-orang kat Terengganu ni, macam-macam terlintas nak tulis. Dari melibatkan sosial-ekonomi orang-orang Terengganu yang saya lihat, sampai ke keadaan ekonomi saya di bumi Terengganu ni, kadang-kadang tu ter-into sekali bab-bab hati dan perasaan. ~uh uh uh, sungguh jiwa-jiwa! Tapi bila saya duduk je depan laptop ni, semuanya jadi.. kabur!

Jadi saya pun tengah fikir apa yang saya nak tulis.

Saya sebenarnya kusut juga ni. Nilai dalam kad kredit saya ni nampaknya semakin bertambah. Ahh.. saya kah yang salah rancang perbelanjaan. Saya tak guna kad ini untuk bershoping. Tapi kalau sekali saya guna, memang makan ratus juga. Kadang tu boleh sampai ribu juga. ~uh uh uh, betul ke tindakan saya ni?

Tapi bukan itu sahaja yang mengusutkan otak saya ni. Air Asia ni pun boleh buat saya jadi debar tak tentu hala juga. Time 2-3 bulan saya tak buat claim inilah, dia nak buat promosi sana sini. Ini pun sudah masuk dua kali saya isi form dia, tak juga lepas-lepas. Dah la saya debar ni, tipu expired date passport saya. ~uh uh uh.. petunjuk apakah ini?? Sudahnya saya tutup terus website Air Asia tu. Hari ini bukan ditakdirkan saya berurusan dengan syarikat penerbangan pramugari kain singkat.

Kemudian, saya kusut juga memikirkan kerja-kerja di office yang semakin dekat dengan due date tu. Tak lama lagi PJC nak LIVE tapi saya belum check balik semua modul dibawah jagaan saya. Bulan Disember ni HSNZ nak training, tapi enhancement masih ada lagi yang belum buat. Itu belum lagi kes dataset petang semalam. Haihh.. memang debar lain macam ni.

Kalau di lihat pula dari segi kewangan, keadaan ekonomi saya ni sebenarnya di paras nyawa-nyawa ikan. Tapi selalu je membawa watak orang berduit dengan bersahaja. Memang tak ada riak orang miskin langsung. Kalau setakat makan minum hingga ke hujung nyawa, eh.. sampai ke hujung bulan ni, rasanya saya tak risau sangat. Tapi kalau difikirkan janji saya *pada diri sendiri nak bagi duit pada mak saya, aish.. ini dah berapa hari bulan tak masuk-masuk lagi duit dalam akaun beliau. Nasib lah saya ada mak saya ni memahami. Tapi saya syak, duit saya asyik tak cukup-cukup ni ada kaitan dengan hal-hal anak derhaka ni lah. Uhuhuh.. itulah yang buat saya jadi berdebar ni. Aiseh.. esok juga saya kene mintak nombor akaun beliau dan masukkan duit. Hal-hal derhaka ni jangan buat main-main. Tak cukup duit makan jangan risau, ada lah rezeki terpijak saya dapat nanti tu.

Cukup lah, barang tak habis packing lagi tu. Esok saya pulang ke KL!

regards,

~Ha~