Tags

, , , , , , , , , , ,

Sejak lewat kebelakangan ini, saya kerap ‘melaporkan’ aktiviti harian saya. Sudah terasa seperti ‘Laporan Aktiviti Mingguan’ pula.

Jadi, mari kita bercerita tentang sesuatu yang lain. ~Oh.. lain sangat kah??!

Dulu saya pernah bercakap tentang persepsi orang tentang kewangan orang yang banyak berjalan seperti saya. Kali ini saya mahu bercerita tentang persepsi orang tentang kegembiraan orang yang banyak berjalan-jalan seperti saya.

Sebenarnya, menjadi apapun, atau bekerja sebagai apapun, akan ada kelebihan dan kekurangannya. Tapi sebagai manusia, kita akan selalu melihat kelebihan orang lain, dan merasa kekurangan diri sendiri. ~saya pun sama jugak!

Memang tak dinafikan, saya memang suka kerja ini, dan hampir lebih dari 50% kerja saya sekarang ini menepati citarasa saya. Tapi tidak bermakna saya tidak pernah ditimpa masalah yang besar, dan hampir-hampir juga terfikir untuk bertindak menukar kerja lain. Saya pun tak tahu bagaimana nak memulakan entri ini, jadi baik saya mulakan dengan soalan atau kenyataan yang sering orang beri kepada saya!

1. Best la kerja ko, mesti ko jadi orang atas-atas kan?

Langsung tidak! Saya bekerja Application Analyst di subsidary eHealth Tech. Kalau mengikut career path saya, saya berada di level yang paling bawah. 84% dalam team saya adalah sama jawatan dengan saya. Itu belum dicampur dengan team-team lain lagi. Saya bekerja sama saja dengan orang lain, mempunyai bos yang mempunyai kerenah tersendiri, officemates yang pelbagai ragam dan mengalami konflik dan politik pejabat yang pelik-pelik dan memeningkan.

2. Seronok kerja kau, banyak berjalan-jalan..

Betul! Saya memang seronok berjalan-jalan, bila ia dinamakan bercuti!! Atau kalau diwaktu saya memang tiada aktiviti mahu dilakukan, dan pergi bersama orang-orang yang saya senangi. Tapi kalau terlalu kerap dihantar outstation dan pergi pula bersama orang-orang yang kurang ‘ngam’, atau seorang diri, itu boleh menyebabkan moral down. Lagi sakit, kalau dipaksa bekerja, dan cuti dibekukan pada saat-saat saya ada mempunyai perancangan bersama keluarga. Itu memang saat-saat yang mencabar perasaan!!

Contohnya: saya tidak pulang sewaktu adik saya bertunang, sewaktu mini gathering keluarga, sepupu saya yang rapat berkahwin, terlepas berita ahli keluarga/sahabat handai bekahwin, bertunang, meninggal dunia dan macam-macam lagi.

3. Ahh.. kerja ko senang, tidak teknikal sangat!

Memang betul, kerja saya memang tidak melibatkan coding dan programming, atau membuat database. Malah memang tak involve dengan dengan teknikal sangatlah. Tetapi, kerja saya bermula dari projek bermula, sampai lah projek tamat. Tiada titik.

Bermula dari study user requirement, kutip data-data yang diperlukan, buat Business Process Reingeneering, lukis dan fikirkan workflow (user saya sangat manja), buat presentation, then buat gap analysis, check balik dimana gap, dan buat enhancement dalam system, kutip reka dan lukis interface yang diingini, hantar pada developer, chasing developer untuk setiap kerja yang diberi, buat macam-macam testing, kalau semua berjalan lancar, membuat user guide, test script dan semua documentation, beri training pada user, kemudian buat persediaan untuk LIVE, dan menjadi support semasa LIVE.

Kalau kamu rasa kerja saya ini sangat senang, mungkin kerja kamu memang betul-betul sangat susah!

4. Kerja ko nampak seronok je..

Hahaha.. saya hanya mampu ketawa kalau orang bercakap macam ni. Hakikatnya, kerja apa pun, takkan seronok kalau tidak disertakan dengan minat. Cikgu akan cakap orang kerja pejabat seronok, sebab tidak perlu bawak balik kertas yang perlu ditanda ke rumah, dan tidak penat dengan kerenah murid-muridnya. Orang kerja kerajaan akan kata, orang swasta kerja lebih seronok kerana gaji mahal. Orang swasta akan cakap orang kerajaan senang dan banyak goyang kaki. Orang sibuk bekerja akan cakap seronok menjadi suri rumah, dan suri rumah pula cakap, seronoknya masa terisi seperti orang bekerja!

Kerja, di mana-mana pun akan melibatkan hati dan perasaan. Orang yang bekerja tanpa hati dan perasaan, adalah seperti robot, yang akan menimbulkan kebosanan juga akhirnya. Itu juga kerja hati sebenarnya. Jadi terus terang saya katakan, kerja saya ini tidaklah selalunya seronok, dan tidaklah selalunya tidak seronok.

Cabaran kerja saya ini selain terletak pada masalah yang biasa-biasa, seperti bos saya yang kurang pandai menjaga mulut, atau officemates yang berperangai pelik dan tidak ‘ngam’ dengan saya, atau politikus-politikus office yang kadang-kadang buat saya mahu berhenti kerja then and there dan lain-lain lagi, saya juga menghadapi cabaran dengan skop kerja saya sendiri iaitu kesusahan mencari dan memahami maklumat orang-orang medic ini, dimarahi oleh user yang kadang-kala macam tak tahu hujung pangkal, ada pula tu bersikap ‘keras’ dengan harapan mungkin tidak akan ditipu oleh vendor, atau user yang merasa terganggu kerana ‘ruang aman’ mereka kini dicerobohi oleh pihak kami yang mahu mereka bekerja lebih keras lagi, juga cabaran diperlekekeh dan ‘tidak dipercayai’ kerana saya tidak belajar medic, atau tidak mempunyai pengalaman yang lama dalam industri eHealth ini, dan lain-lain lagi lah.

Sebagai contoh, petang tadi saya baru sahaja dimarahi oleh user kerana dia tak suka cara kerja saya, iaitu mengutip dataset bulat-bulat dari user. Katanya, saya sepatutnya perlu study statistik pesakit, perlu tahu bagaimana cara hospital lain beroperasi, perlu rancang cara dia bekerja berdasarkan maklumat saya study tadi dan perlu present kepada dia, dan kemudian barulah pihaknya akan membuat keputusan mahu menggunakan cara kami, atau dia ada cara lain pula.

Saya tidak tahu mahu marah pada dia, atau mahu marah pada saya sendiri!! Dari 25 bahagian, atau jabatan, atau klinik yang saya jumpa, hanya dia sahaja yang memang tak berkenan betul dengan cara saya bekerja. Katanya dia berhak mendapat layanan sama seperti Operation Theatre (oh.. yang saya cakap ini bahagian Radiology@xray), dan katanya bidang kerja, luas kawasan, kepakaran, semuanya lebih baik dan lebih hebat dari Operation Theatre yang apelah sangat tu. uh uh uh..

Terus terang saya katakan, saya memang tak boleh kena marah. Ehehe.. jadi tadi, walaupun saya cuba tahan, sewaktu dia nak keluar, bejujuran lah air mata saya tak dapat ditahan lagi. Ahahaha..😀 Ape boleh buat, saya pun geram juga dengan diri saya! Padahal difikirkan balik, bukanlah sedih sangat pun, walaupun takut la juga. ~uh uh uh Doktor memang begitu, selalu merasakan orang lain tidak banyak kerja, atau tidak cukup bekerja, dan selalu merasakan dia selalu betul dan pandai. Saya sabarkan jelah, dan berazam cuba memenuhi permintaan dia. Itu cabaran buat saya!

Okaylah, entri ini sudah kelihatan panjang meleretlah..

regards,

~Ha~