Tags

, , , , , , , ,

Ahhh.. sangat lega setelah berjaya menyiapkan update progress enhancement sebentar tadi. Ini ada rahsia saya nak bagi tahu. Semenjak dua menjak ini, saya sangat malas buat kerja. Oh.. itu bukan rahsia! Yang rahsianya adalah, saya banyak kali saya pergi kerja, dan tak buat apa-apa langsung sepanjang hari!! Teruk tak saya?! Terukkan!! (-_-!!) Sebab itulah, semakin menjadi-jadi rasa demotivated dan useless.

Tapi Alhamdulillah, pergi ke KT kali ini memberi sedikit perubahan kepada saya. Ntah kenapa, nak kata saya mendapat motivasi dari sesiapa di sana, tak pula. Nak kata saya berjaya merehatkan minda, dan kembali bekerja dengan semangat baru pun, rasanya tak juga. Tapi saya rasa mungkin sebab terdesak kot. Ehehehe… yelah, boss saya asyik mendesak mahukan update kerja itu ini. Itu yan gigih kembali tu!

breakfast

ramai sgt org kat airport tadi.. terpaksa mkn di balai menunggu je..

Pagi tadi, saya pulang ke KL dengan si Jingga. Gadis jingga yang menunggu kehadiran penumpang nampak sungguh penat. Terus saya tak jadi beramah mesra dengan mereka. Kedudukan saya nampaknya macam kurang sesuai kalo nak amik gambar

firefly

duduh bwh sayah.. ~uh uh uh

Kemudiannya saya lihat si Jingga naik dari arah yang berbeza. Kali si Jingga menuju ke arah laut, kemudian barulah berpusing balik. Banyak juga gambar yang saya ambil dari sisir pantai..

Pantai Batu Burok

sisir Pantai Batu Burok..

Pantai Batu Burok

Itulah kawasan hospital dan hotel..

Akhirnya barulah saya tahu kenapa kali ni si Jingga naik dari arah yang berbeza. 40 minit berikutnya, ini yang saya lihat..

firefly2

kelabu!!

Dan si Jingga pun terhoyong-hayang dan ke atas ke bawah sepanjang perjalanan. Mula-mula tu memang lah saya rasa gayat juga. Tapi lama-lama gayat bertukar boring. Dan akhir saya.. ZZZzzzzzz…

Tiba di Subang dalam pukul 9 pagi. Saya ternampak pamplet ini..

pamplet

pamplet Monsoon Cup.. start on 2-6 dec. Menarik!!

Jadi itu sajalah update kali ini. Tiadalah gambar stadium runtuh.. atau Tasik Kenyir.. atau lain-lain gambar. Dan barulah saya tahu kenapa gadis Jingga nampak sungguh penat!

regards,

Ha~