Tags

, , , , , , , , , , , , , ,

Ni saje nak update sikit, sebab tiba-tiba terfikir pulak pasal benda ni.

Saya selalu jadi ‘silence reader’ dekat blog orang lain. Bukan apa, selain dari tak mahu jadi penyebuk dan memberi komen yang tidak perlu, saya selalu experience orang macam tak suka je kehadiran saya. Saya selalu je kena, komen saya seakan invisible, sedangkan blogger tu layan je komen orang lain. Ada tu plak, tiba-tiba terus saya dah tak boleh access blog dia. *atau blog engine ada problem?

Kadang-kadang, rasa macam nak kecik hati je. Tapi kemudian saya fikir, takpelah kalau orang tak suka. Ahahaha.. macam bila minat kat orang pulak caranya.

Itu tak ngeri lagi. Saya ada pengalaman yang lagi ngeri. Saya rasa mesti ramai yang pernah experience. Bila kita jadi too open tentang diri dan pendapat kita, ada plak makhluk yang tak dikenali dok marah-marah dan kutk kita. Bukan saja saya kena, saya pernah lihat blog-blog lain pun kena. Kadang-kadang tu saya rasa blogger tu tak ada buat salah apa pun, tiba-tiba ja ada orang tak suka dan beria-ria kutuk blogger tu. Kesian..!! Kalau pun blogger tu salah, atau pendapat tak masuk, tak payah la mengutuk tak tentu pasal. Cakap lah elok-elok, kan? Atau memang jenis suka cari pasal kot.

Oklah.. saya masih di KT. Hari kurang produktif. Aktiviti jogging cancel, pegi kerja lambat, user tunggu lama *kesian user.. maaf, saya tertinggal laptop kat hotel, terpaksa patah balik! dan macam-macam lagi. Tapi Alhamduillah, semuanya ok. Tapi ada sekali tu, ada seorang user ni tiba-tiba je macam nak mengamuk-ngamuk pula pasal system. Erk.. nasib baik tiba-tiba dia tak jadi nak buat session pula. Tapi esok-esok dia akan datang juga.. huhuhuu.. (-_-!!) Tapi tak apalah, bos saya ada!!😀

Session hari ni habis lambat. Kesian Farah sebab asyik menunggu saya saja. Jadi dia balik awal, dan bila saya siap, terus dia pick saya di hospital, dan kami bergerak ke Pasar Payang. Huhuhu.. sangat gigih!! Tapi sayang, mission still not accomplish! Yang dicari tidak ditemui, apatah lagi Pasar Payang tutup awal. Tapi kemudian kami makan durian di depan Pasar Payang.

this only durian we ate, and share by 3 person.. *I'm not a durian freak..

this only durian we ate, and share by 3 person.. *I'm not a durian freak..

Kemudian, kami jalan-jalan tepi pantai, dekat Masjid Terapung. Hari ini angin bertiup kencang, menandakan musim tengkujuh sudah bermula. Itulah, ntah siapa asyik tanya pada saya, Terengganu hujan tak.. it’s cursing!! Kan sekarang dah hujan. ahahaha.. takde lah, saya main-main saja! Kemudian ambil gambar masjid dari dalam kereta saja sebab hujan sudah mula turun. Kemudian makan di Restoran Tatai, berhampiran Pantai Batu Burok. Saya order char kuew teow. Ok, saya suka rasanya. Tapi Farah order mee udang, dan rasanya tak sedap. Kesian Farah. Terus jadi tertekan.

It's windy.. see Farah's scarf..

It's windy.. see Farah's scarf..

masjid terapung

Masjid Terapung.. ntah kenapa, saya mcm expect lain.. so it's under my expectation.. huhu..

Harap-harap mission esok tercapai!

regards,

~Ha~