Tags

, , , , , , , ,

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!

*wahhh.. mood baik pagi ni!

Pertama, saya nak cerita pasal diri saya lah dulu. Semalam saya dapat dua SMS.

*Saya memang jarang menggunakan telefon bimbit sebagai medium komunikasi. Selalunya, saya gunakan telefon bimbit untuk mendengar lagu dan mengambil gambar sahaja!

Satu, SMS dari kawan yang saya jumpa semasa nak ambil ujian JPJ. Ajak saya merempit!! Sungguh tak sesuai. Naik motor dengan lelaki pun kalau boleh saya tak mahu, kecuali kalau gawat darurat! *aishh.. sila diam! no comment please! Nanti saya ceritakan perihal budak lelaki berusia 20 tahun ini kepada anda di bawah nanti.

Satu lagi SMS saya terima dari Doel, seorang kawan lama ketika belajar di UiTM Shah Alam dulu. Oh.. sungguh lama tak jumpa dia. Dia pula nak minta alamat, kononnya nak bagi kad raya korban! Kad raya lah sangat, nak bagi kad kahwin la tu! Oh.. saya pun ada cerita pasal Doel ni.

Kedua, ini sengajalah saya nak berkongsi dengan anda semua. Sepanjang minggu ini, saya asyik makan benda yang tidak sihat je (unhealthy food). Jadi saya rasa, banyak ni sisa toksin dan MSG dah duduk dalam perut dan badan saya. *kesian badan saya. Maka, saya ingin melancarkan kempen membuang toksin dan makan makanan yang berkhasiat untuk sepanjang bulan depan. Tapi saya pun tak buat kajian lagi makanan yang sihat apa yang saya nak makan. Nantilah esok-esok saya bagi tahu.

******************************

Ok, sekarang nak cerita pasal budak yang saya kenal di ujian JPJ dua minggu lepas. Kami kenal cuma dua hari saja, tapi kemudiannya dia minta nombor telefon saya. Saya layankan jelah. Dia bekerja di Mc Donald di Ampang Point. Azman namanya. Azman ni contoh anak muda zaman sekarang la. Cakap lepas, sedikit kebudak-budakkan, sedikit lepas laku, pakaian yang mungkin stylo kata orang sekarang dan kalau boleh mahu orang ikut cara dia tapi kurang mahu faham cara orang lain.

Saya sebenarnya pening sedikit dengan budak ni. Pertama, pening dengan kata ganti nama yang dia gunakan. Kadang-kadang aku, kadang-kadang saya. Tapi itu tak apa lagi. Yang tak boleh saya blah, bila dia tak suka orang guna ganti diri kau, tapi sebaliknya guna awok. AWOK? Dah macam Aril AF7 tu dah. Awok.. awok.. iskh.. memang rimas habis la saya! Langsung tak ada dalam tatabahasa bahasa Melayu. Yang kedua, pening dengan rambut kuning karat dan potongan tak terurusnya tu. Sedikit panjang di bahagian hadapan di tolak ke tepi, tapi potongan panjang pendek dibahagian belakang. Ketiga, pada hari pertama jumpa, dia dah pau saya nasi sepinggan. Ahahaha.. nasib baiklah saya rasa dia macam adik saya saja. Jadi saya belanja saja lah.

Sebenarnya, bila saya tengok Azman ni, saya teringat adik saya di Master Skill tu. Wajah mereka ada iras-iras sedikit. *Oh.. dah lama saya tak jumpa adik saya tu! Perangai pun hampir sama. Cuma adik saya berbahasa lebih baik dari budak ini. Dan adik saya seorang yang pemalu pendiam dengan orang yangtak kenal. Saya rasa Azman ni sebenarnya budak yang baik. Kalau tidak, tidaklah dia cari saya pada hari ujian tu, nak belanja saya makan balik, dan taklah dia offer saya beli Mc Donald murah. (^_^) Cuma mungkin sebab dibesarkan dalam suasana yang kurang sesuai, dan tiada yang memberi perhatian pada kelakuannya, maka dia menjadi seperti sekarang. Bila saya dengar dia bercerita tentang kerja di Mac Donald, saya rasa dia seorang pekerja yang bagus juga.

Saya harap dia suatu hari nanti dia akan berubah menjadi lebih baik!

******************************

Ini cerita tentang seorang sahabat bernama Doel. Nama sebenarnya Murshidul. Murshidul Syafik kalau tak silap.. tapi saya selalu macam nak tersebut Murshidul Am Pas. Ahahaha…😀

Murshidul atau Doel ni saya kenal masa di UiTM Shah Alam dulu, ambil kursus sama saya, AI. Oleh sebab kebanyakkan kami mengambil Diploma sebelumnya, dan datang dari pelbagai cawangan, maka dasar kepuak-puakan tu memang jelas kelihatan dalam kedudukan dalam kelas. Pelajar dari Cawangan UiTM Perak akan duduk dengan puak-puaknya, UiTM Jengka sama, UiTM Arau pun sama, UiTM Segamat tidak kurang juga. Tapi yang paling dominan tentulah pelajar-pelajar dari UiTM Shah Alam. Doel ni adalah budak UiTM Shah Alam. Maka, dia ni akan selalulah bersama dengan kawan-kawannya dari Shah Alam. Jadi kami ni bukanlah rapat sangat.

Saya mula lihat dia dengan lebih jelas masa ambil kelas bahasa Arab. Oh.. Doel ni memang sangat sengal! Suka membuat lawak dan masih mengekalkan wajah selamba. Saya dengan selalu mendengar cerita dari kawan-kawannya tentang betapa sengalnya seorang yang bernama Doel ni. Dan kejadian lawak sengal ni pun pernah saya saksikan sendiri dalam kelas bahasa Arab. *tapi saya macam dah lupa plak antara lawak-lawak yang pernah dia buat. Dah lama sangat la..!

Saya pun tak pasti sejak bila pula saya boleh bercakap-cakap dengan dia ni. Bukan dia saja, hampir dengan semua budak Shah Alam saya bergaul dengan baik juga. Tapi memang tak ingat, sejak bila?

Walaupun sedikit sengal, tapi Doel ini sangat pandai! Setiap semester dapat dekan. Periksa je dapat dekan, periksa je dekan, dekan je periksa. Kental betul otak dia nih! Tapi bila dia pun tangguh sem untuk tesis, saya memang terkejut, tapi dalam masa yang sama sangat bersyukur. Ehehee… bukanlah apa. Saya waktu tu dah macam down sedikit sebab kawan-kawan semua dah tak ada, jadi bila nampak dia, dan ramai juga yang tangguh sem waktu tu, saya rasa kurang sedih sedikit.

Jadi di sini, nak ucapkan terima kasih lah pada Doel, sebab memberi sedikit peransang dan semangat kepada saya untuk menghabiskan semester dengan jayanya. Walaupun sebenarnya dia tak tahu pun, tapi takpe, yang penting sumbangan tu!

Saya akan cuba datang juga ke kenduri kahwinnya!

******************************

Hari ni saya dah berjanji dengan kawan-kawan se pejabat nak pakai jubah. Ahahaaa… jadi sekejap lagi saya publish gambar kami berjubah di pejabat ni. *Bos-bos di pejabat ni kurang sporting, nak ambil gambar pun dah macam nak jadi satu isu je. Tak remaja betul!

regards,

~Ha~