Tags

, ,

Buah salak di atas meja opis..

Buah salak di atas meja pejabat..

Sebelum itu, inginlah saya ingatkan sekali lagi, bulan ini adalah bulan bahasa, jadi mari kita menggunakan bahasa Malaysia untuk beberapa hari lagi ini. *ke Bahasa Melayu.. bahasa Malaysia ke bahasa Melayu? dduuhhh.. masih ngat masa sekolah dulu, dekat 2-3 kali asyik tukar-tukar, sekejap bahasa Melayu.. sekejap bahasa Malaysia..

Semalam Encik Ilmami ade membuat panggilan kepada saya! *aish.. kenapa pelik sangat bila translate call dalam bahasa melayu? Jeng jeng jeng.. banyaknya rahsia dia saya korek. Jadi siapa nak tahu rahsia Encik Ilmami, marilah belanja saya makan!! Ahahahaa…😀

Di atas tu, gambar buah salak yang dibawa oleh kawan sepejabat ni. Dari lima biji tu, tinggal sebiji saja lagi di atas meja ini. Selebihnya telahpun masuk ke dalam perut saya. Sebelum yang lima biji itu, sudah beberapa biji buah salak saya makan. Oh.. patutlah kenyang saja! (^_^)

Sebenarnya, buah salak bukanlah makanan yang biasa saya jumpa semasa kecil dulu. Ntah kenapa, buah salak tak termasuk dalam senarai buah-buah tempatan yang ada dalam kampung saya. Jadi, saya kurang biasa makan buah salah. Bila dah besar inilah baru saya berpeluang makan buah ini dengan bersungguh-sungguh.

Baiklah, saya pun dah tak tahu nak cerita apa *sebenarnya macam susah pulak nak tulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Dah biasa rojak! Oh ya, saya nak bagi tahu, 16hb September setiap tahun akan menjadi cuti umum!!

regards,

~Ha~