Tags

, , ,

Hei.. ade orang blog pasal saya lah!! Baca ni. Oh macam ni rupanya perasaannya bila orang bercakap yang baik-baik tentang kita! Senyum lebar sampai nampak gusi! (^_^)

Semalam menonton Awan Dania. Ok juga kan ceritanya. Tapi ada tak logiknya. Paling tak logik bila surat Firefly ditulis dalam bahasa melayu. Kemudiannya, format surat pun salah. Ape nih? Ahahaha.. tulah, macam ni akibatnya bila orang skema menonton! Tidak boleh menerima dengan mudah.😀

Sekarang ni tengah sibuk main ‘Glamour Age’ kat muka buku. Sebenarnya tak paham langsung tentang permainan ini, tapi main juga tanpa tujuan yang tertentu. Mungkin sebab suka tengok kartun dia kot! (-_-)

Semalam, sebelum menonton Awan Dania, ingat nak basuh baju dulu. Tiba-tiba nampak paip air mesin basuh tu dah tercabut dari kepala paip pula. Walaupun dah cuba skru, air masih keluar juga, kenapa ya? Nak kena berusaha lagi ke? Atau panggil je plumber. (*_*)

Yang ni paling penting, tahukah anda, bulan Oktober ini adalah bulan bahasa? Tahu tak? Tak tahu? Itulah kamu semua. Saya pun tahu lepas baca ini, minggu lepas. Dan kemudian dengar di radio kelmarin. Kalau tak dengar di radio Jumaat lepas, mungkin saya tak tulis lagi di sini. Saya ingat dah tak jadi, lambat sangat promosinya. (O_O)

regards,

~ha~