Tags

, ,

Hi everyone, I am still in the holiday mood (lucky I took tomorrow off).

Anyway, I know I promise a lot in the last entry. But a lot of thing happened, the thing became less interesting anymore.

Or.. saya ini sedang mengalami mood yang bercampur-campur??!!

Bila teringat kat kawan baik saya yang sudah berkahwin ni, kadang-kala saya rasa gembira, kadang-kala saya sedih, kadang-kadang kala saya rasa kurang puas hati, kadang-kala saya rasa kurang percaya.. entahlah, sensitif dan lembut hati benar saya ni.

Macam semua tahu, saya baru je balik dari Makassar. Seronok pergi sana, mungkin kerana ada orang melayan kami. Mungkin juga kerana dapat lihat tempat orang. Mungkin juga kerana berjaya berjoli sakan di sana. Mungkin juga kerana pergi bersama orang-orang yang senang di hati saya.

Tapi saya juga rasa sedih. Sedih kerana seorang lagi teman yang dekat di hati saya telah jadi milik orang lain. Sedih bila memikirkan kenangan-kenangan yang pernah kami lalui bersama. Sedih kerana, tak mungkin keadaan akan sama seperti dahulu lagi, walau macamana pun kami berusaha untuk kekal seperti itu. Tapi, the fact she is my best friend, won’t change forever! Titik!

Saya juga kadang-kala rasa kurang puas hati. Kurang puas hati sebab rasanya macam belum puas saja kami habiskan masa bersama. Kurang puas hati bila kenangkan sebenarnya macam terlalu banyak yang saya nak kongsikan dengan sahabat saya ini, tapi bila berjumpa, saya terus kelu tak terkata. Kurang puas hati sebab kadang-kadang semacam ada sedikit jurang antara kami, terutamanya bila terkenang statusnya yang baru. Kurang puas hati, kerana saya macam mahu buat macam-macam dengannya, tapi kemudiannya terasa over pula bila nak buat begitu.

Sampai sekarang saya masih kurang percaya, sahabat saya sudah bergelar Puan Norfaizah Ahmad.

Tapi saya rasa sangat gembira bila dia sudah pun berjumpa teman hidupnya. Memang jelas dia nampak bahagia. Semoga dia berbahagia dunia akhirat.

Saya masih kekal di sini. Tak mengapa. Banyak lagi pengalaman hidup yang perlu saya kutip sepanjang perjalanan di dunia ni. Lagipun saya masih ada Pae. Tapi saya perlu bersedia, kerana akan tiba masanya keadaan ini akan dilalui lagi. Jadi mungkin saya perlu fikir langkah seterusnya, agar saya tidak terus sunyi.

Sejak semalam, hati saya benar-benar rasa sunyi. Bukan sunyi sebab tiada kekasih hati. Bukan sunyi sebab KL ni tiba-tiba dah tak ada orang. Bukan juga sunyi sebab budak rumah saya tiba-tiba menghilang. Tapi sunyi kerana tiba-tiba saya terkenang yang saya sudah kehilangan seorang lagi teman di sisi. Mampukah kami jadi seperti dulu? Ke sana sini bersama-sama. Membonceng motor Faiz sewaktu mengikut Faiz ke mana-mana.

Kenangan kami kongsi banyak juga. Kami pernah jatuh motor sama-sama di Seksyen 16, Shah Alam. Pertama kali buat dia, pertama kali juga buat saya. Saya selalu saja ikut dia pergi perjumpaan budak network, malah sampai ikut sekali dalam Family Day dan Dinner dia, padahal kami bukan satu course.

Sewaktu diploma dulu, lagi banyak kenangannya. Projek ETR sama-sama, buat system sama-sama, jumpa En. Saba dan En. Mus sama-sama (tapi selalunya saya cuma tukang teman je) dan macam-macam lagi.  Saya pernah kecil hati dengannya, sebab sewaktu pindah asrama dari Blok O, saya terpisah dengan dia. Saya punyalah rasa sedih, tapi dia pulak rasa seronok sangat sebab dapat kakak-kakak sebilik yang baik-baik. Sampai saya rasa dia macam dah tak kisah dan tak perlukan saya lagi.

Saya selalu juga rasa takut sendiri, kalau saya dah mengecilkan hati dia. Maklumlah, saya ni kan ter-over peramah, selalu takut saya over shadow dia masa di ITM dulu, Saya ingat saya pernah cemas sekejap, dia pernah tiba-tiba macam merajuk bila Uda tiba-tiba macam baik dengan saya, sampai suruh Uda jadi adik saya pulak.

Hakikatnya, saya ini menumpang kasih saja. Kisah hidup saya bukanlah seindah mana kalau nak di kenang. Jadi bila ada teman-teman yang punya family yang baik dan gembira, saya tumpang seronok sekali.

Oklah, entry ni macam dah melalut-lalut kan? Itulah, kalau menulis dengan emosi. Tapi kalaulah saya boleh gambarkan perasaan saya sekarang.

I feel very happy for her, yet miss her badly.

Puan Norfaizah Ahmad

Puan Norfaizah Ahmad

p/s: tiba-tiba aku jumpa entry ni, dan jom semua dengar lagu ‘Semua Tentang Kita’.

regards,
~Ha~