Tags

, ,

Saya sungguh malas dan demotivated. Tapi saya seperti mahu bertahan di sini lebih lama lagi. Kenapa faktor menolak ni macam makin bertambah je setiap hari?

Saya hampir pening memikirkan kenapalah saya malas dan stress sangat. Kadang-kadang macam mencari-cari pemangkin untuk jadi bersemangat dan lebih rajin.

Tiba-tiba pagi ini, datang seorang budak cina ke meja saya, nak tanya pasal outstation claim. Maklumlah, team saya memang selalu travel-travel ni. Jadi selalu juga jadi rujukan untuk  perkara-perkara claim ni. Kemudian terus saya teringat kekaguman saya pada budak ni.

Nama budak ni Rain. Ehehe.. itu bukan nama sebenar. Tapi oleh sebab dia sangat stylo seperti Rain artis Korea itu, rambut pun asyik berkarat je, jadi hampir seluruh department panggil dia Rain. Muda 2 tahun dari saya, kalau tak silap. Dan lebih menarik, dia sekampung dengan saya. Bukan setakat berasal dari Pulau Pangkor, tapi kami memang betul-betul sekampung. Rumah atuk dia di kawasan perumahan yang nak masuk ke kampung saya.

Bukan itu yang buat saya kagum dengan dia. Tapi sebab dia rajin. Oh.. dia memang sangat rajin. Dan sangat terror. Ntah lah, mungkin dia memang sangat pandai. Mungkin juga apa yang kami suruh itu tak lah sesusah mana. Tapi dia memang definitely sangat rajin. Jadi kesimpulannya, setiap task yang diberikan, he deliver without fail. Tak banyak problem lah kalau ada pun.

Jadi bila kami melihat dia, kami selalu kagum dengan kerajinan dan kepandaian dia. Jarang lihat dia buang masa bersembang-sembang atau surfing benda yang bukan-bukan, seperti facebook. Macam saya lah tu! Kalau ada pun masa yang di buang, itu bila dia pergi merokok di luar. Huhuhu.. itu je perkara yang saya kurang berkenan dengan budak ni.

Jadi, kenapalah saya tak boleh nak mencontohi budak ini, dan asyik terikut-ikut dengan emosi saya ini. Sabarlah, saya akan pindah juga, tapi apa kata saya bertahan untuk beberapa tahun ini. Atau setidak-tidaknya sampai habis project ini. Seperti kata budak ini bila kawan saya tanyakan perasaan dia tentang projek baru.

“Rain, you macam excited je nak pergi Terengganu. Tak takut banyak kerja ke?”

“Memang la banyak kerja, tapi boleh belajar benda baru”

Budak ni definitely sukakan cabaran!

Rain, taking in PICC
Rain, taking in PICC

regards,
~Ha~