Tags

, , , , , , ,

Salam Aiedilfitri buat semua..

Saya mahu publish beberapa gambar yang diambil sepanjang raya tahun ini.

Tahun ini giliran saya berhari raya di Pangkor. Malam raya tersebut, kami bergotong royong sekampung, membakar lemang dan membuat sedikit ketupat daun palas. Lokasinya, di pondok yang telah menjadi tempat berkumpul semua sanak saudara sejak beberapa bulan lepas. Hikmah atas fitnah yang berlaku, hubungan kami sanak-saudara semakin rapat!

lemang yang telah pun di bakar..

lemang yang telah pun di bakar..

ketupat palas yang menanti naik atas dapur..

ketupat palas yang menanti naik atas dapur..

Di samping itu, golongan muda mengambil kesempatan memperhiaskan diri untuk lebaran yang bakal menjelma. Tak kurang juga yang sibuk bermain mercun, atau sekadar duduk-duduk berbual dengan sepupu-sepupu yang telah lama tidak berjumpa.

sibuk merias jari sambil berkumpul bersama sepupu

sibuk merias jari sambil berkumpul bersama sepupu

Bila raya kedua, saya pulang ke Taiping, berhari raya bersama ibu dan bapa saudara yang banyak berjasa kepada saya. Sudah menjadi trend sekarang agaknya, orang di luar bandar, sibuk datang beraya ke bandar pula. Maka, hari raya ke-3 saya sudah pulang ke KL menziarah sanak saudara di sini pula.

anak-anak sepupu saya sewaktu di rumah maksu

anak-anak sepupu saya sewaktu di rumah maksu

Sepatutnya saya pulang ke Taiping semula pada hari Jumaat, tapi akibat kekurangan ruang di dalam kereta, saya terpaksa ditinggalkan di KL. Maka hari Sabtu baru saya pulang ke Taiping bersama Pae, Awine dan Malin, sehari lebih awal dari kenduri Faiz. Risau juga kalau pemandu akan keletihan bila terpaksa memandu pergi balik dari KL-Taiping pada hari yang sama, yang besar kemungkinan akan mengalami kesesakaan di lebuhraya.

Petang itu, saya ajak mereka melawat Night Safari di Zoo Taiping.

bergambar di kedai cenderamata

bergambar di kedai cenderamata

Keesokkan harinya, kami pergi ke kenduri Faiz.

Kawanku Faiz

Kawanku Faiz

Muhammad Anshar dan Nor Faizah, pengantin

Muhammad Anshar dan Nor Faizah, pengantin

pengantin bersama rakan-rakan

pengantin bersama rakan-rakan

antara tetamu yang hadir..

antara tetamu yang hadir..

Perjalanan pulang ke KL, kami singgah ke dusun durian di Tapah, milik keluarga Zura.

di dusun rumah Zura..

di dusun rumah Zura..

awine dan zafran

awine dan zafran

Itu saja dari saya. Sekian.

Regards,

~Ha~