Tags

, , ,

Hari akhir saya bekerja, esok saya akan mula bercuti. Yey.. seronok rasanya. Dan tiba-tiba sahaja saya menjadi rajin bekerja. Seawal pagi saya tiba di office, saya sudah mula membuat kerja sambil memasang lagu raya kuat-kuat. Ehehee.. sabar ye rakan-rakan yang berbangsa cina, ini hari gembira saya. Seperti mana saya memahami sewaktu anda memasang lagu raya anda sewaktu sehari sebelum raya cina.

Saya seperti ingin mahu ambil cuti separuh hari saja. Saya mahu ke salon, mahu karan rambut raya kali ni. Ahahaha..🙂 Kemudian saya mahu ke kedai hp. Tapi saya masih tak tahu hp apa yang patut saya beli. Ada cadangan??

Oklah.. saya sudah tak ada idea lagi ni. Dalam otak saya asyik terfikir hp apa yang saya nak beli? Saya sudah survey iPhone, tapi kurang menarik perhatian. Features yang saya mahu adalah camera hp dan music. Priority camera. Jadi iPhone bukan pilihan yang terbaik. Dan ia juga sangat mahal! Saya dah lihat N97, tapi saya tak suka bila saya perlu sliding keypad itu, saya hanya mahu taip SMS, bukan seperti mahu menaip di komputer. huhuhu… Takkan saya mahu pakai N95 lagi. Tapi nampaknya hanya N95 yang memenuhi citarasa saya.

Saya ada survey Sony Ericsson, yang saya berkenan model Satio, tapi belum keluar lagi. C905 pula, walaupun 8.1mp, tapi saya rasa masih belum dapat menandingi N95 saya. Lagipun, saya belum yakin lagi dengan kelasakan Sony. Kalau Nokia, sudah terbukti!!

oklah.. sebarang cadangan, sila utarakan di ruangan komen! Di samping itu, saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan-kesalahan yang telah saya lakukan, tidak kiralah dulu, kini dan selamanya. Marilah kita bermaafan, supaya raya kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, bukannya dengan kesedihan.

~Salam Aidilfitiri~

regards,

~Ha~