Tags

, , , , , ,

Mood saya swing balik, tapi kali ni bersebab. Tapi saya nak cerita pasal gathering Sabtu lepas dengan ex-Uitm Manjung. Seronok jumpa anak-anak Lan dan Mel, anak Abu dan Yah dan anak Zubec dan Chajo. Sayang Junn tak bawak Fatin, tapi fikir balik, tak makan la Junn kalo dia bawak Fatin, sebab Apai pun tak datang jugak. Jasman pun datang sorang, sebab Lina masih lagi di Kedah, KPLI.

ahmad, aishah dan mel

ahmad, aishah dan mel

pae, aishah, awine, dhia zara dan zubec

pae, aishah, awine, dhia zara dan zubec

zubec's family: irfan, zubec and chajo

zubec's family: irfan, zubec and chajo

Yang single plak: Saya, Pae, Awine dan Aman. Tapi saya rasa ini antara gathering yang berjaya jugaklah. Sebab saya sebenarnya tak expect pun ramai nk muncul. Bajet-bajet muka-muka yang sama gak yang muncul. Thanks to Junn sebab complete the task dengan jayanya. Sian kat dia, saya dok asyik suruh dia survey sana sini je. Anyway, makanan kat Cozy House tu okaylah, tapi itu tak penting. Yang penting, dapat jumpa kawan-kawan.

the kids

the kids

abu's family: yah, dhia zara, dhia sofea dan abu

abu's family: yah, dhia zara, dhia sofea dan abu

awine dan ahmad

awine dan ahmad

To the Junior: Aishah yang sangat pandai mengambil gambar dan di ambil gambar, Dhia Sofea yang memula marah orang pegang adik dia, tapi lepas tu terus nak dekat kitorg, Dhia Zara yang asyik tidur je (nak expect ape, budak baru 2-3 bln), Ahmad yang kalo amil gambar camera ayah dia elok je senyum dan Irfan yang sangat aktif, Auntie Ha rasa seronok sangat dapat jumpa kamu semua. Rileks, saya tau anda-anda semua takleh terima panggilan ‘Auntie Ha’ tu, tapi setelah dipertimbangkan, ia agak sesuai. Pertama, kalau nak panggil makcik, bayangkan berapa banyak makcik-makcik yang budak-budak tu akan jumpa nanti. Kedua, nak panggil Mak Long (panggilan anak buah saya) diorang tentu akan konpius dengan Mak Long dalam family anda pulak. Ketiga, since dah beberapa budak kecil start panggil saya Auntie Ha, why not semua anak-anak kawan saya panggil Auntie Ha.πŸ˜‰

cuba teka apa yg kitorang sedang cuba lakukan..

cuba teka apa yg kitorang sedang cuba lakukan..

sbnrnya nak dhia zara cium pipi awine.. itu je..

sbnrnya nak dhia zara cium pipi awine.. itu je..

***********************************************

Bila saya cakap nak balik Kajang, saya tentu akan rasa susah hati memikirkan pengangkutan awamnya. Sungguh, komuter ke Kajang itu sangat tidak relevan lagi. Sentiasa ramai orang, tidak pernah menepati masa, mesin tiket yang cuma ada dua dan sukar menerima wang kertas, penumpangnya yang kurang civilist, tak pandai beratur dan tidak mahu biarkan orang di dalam keluar terlebih dahulu, perjalanan yang kurang memuaskan, kakitangan KTM yang tidak mengawal keadaan dan terlalu ramai warganegara asing. Saya tahu saya kelihatan prejudis, tapi saya terpaksa juga bercakap tentang warga asing ini.

Hasilnya, setiap kali menaiki komuter, tidak kiralah dari KL Sentral, dari Bandar Tasik Selatan (transit dari LRT) atau dari Kajang sendiri, saya akan terpaksa berhimpit-himpit, sentiasa ditolak-tolak, malah sudah banyak kali juga saya langsung tak berpeluang naik, walaupun pada awalnya saya beratur di barisan depan.

Contohnya pada malam Sabtu lepas, saya menunggu komuter di Stesen Bandar Tasik Selatan pada pukul 9 lebih. Keadaan memang sungguh dasyat, lautan manusia, yang kebanyakkannya terdiri dari student UPM, UKM dan warganegara asing sudah menunggu disitu. Sehinggalah pukul hampir pukul 12, sudah 3 train berlalu, saya masih juga tidak berpeluang naik. Dan bila saya naik juga train ke-4, hasilnya poket seluar saya diseluk, dan hp N95 saya hilang. Yang lebih anehnya, dia tahu saya litak hp pada poket seluar di lutut saya, bukan di pinggang saya. Tentu ini adalah kerjaya tetap dia!!😦 Dan, setelah di amati, saya syak seorang lelaki warga asing yang pada mulanya menyuruh kami masuk lebih dalam kerana ini train yang terakhir, cuba masuk di belakang saya, dan kemudiannya keluar dari train itu. Bila saya toleh kebelakang, masih ramai lagi penumpang yang ada di stesen tersebut. Kalau ini train terakhir, bagaimana pula mereka-mereka itu?

Saya bukan mahu prejudis pada lelaki warganegara asing, tapi yang maksudkan di sini adalah mereka-mereka yang masuk ke negara ini dengan cara yang tidak sah, yang ingin mencari kesenangan dengan cara yang mudah, malah sanggup berbuat apa saja (kejahatan) asalkan senang dengan mudah. Saya benci orang-orang seperti ini, malah saya kadang-kadang seperti mahu menghalau mereka-mereka ini balik ke negara mereka. Pergilah buat jahat di negara kamu! Apa tidakkah mereka tahu, saya juga melalui kehidupan yang sukar, kadang-kadang kesempitan wang sehingga terpaksa berdikit-dikit berbelanja, sebelum saya tiba di waktu saya sekarang? Apakah mereka sangka, hanya mereka sahaja yang susah, sedang orang di sini semuanya hidup senang. Lebih menyakitkan hati saya, bila mereka ini sanggup menggunakan ilmu halus, tidak kira lah sama ada bila mahu merompak orang, atau bila berdengki dan mahu memlas dendam, atau pun sekadar melaksanakan permintaan orang lain. Ohh.. saya sangat benci orang-orang seperti ini. Saya harap Allah membalas dengan hukuman yang sangat berat!

Bukanlah saya mahu kata warganegara Malaysia ini baik sangat. Banyak juga yang jahatnya. Tapi mungkin statistik jenayah seperti ini masih menunjukkan lebih banyak dilakukan oleh warganegara asing berbanding rakyat negara ini.

Ada berkata kepada saya, mungkin sebab saya careless, sebab itu hp saya hilang. Sepanjang saya naik LRT, tidak kiralah Putra atau Star, kejadian seperti ini tidak berlaku, sebaliknya bila di komuter, macam-macam jadi. Tapi saya juga percaya pada qada’ dan qadar. Bak kata seorang kawan saya,

Ambil la setiap kejadian ini sebagai ujian dan renung-renung balik apa salah kita. Adakah kafarah dosa ataupun tarbiyah untuk kita dan disebalik tu bersyukur, cuma itu yang kita hilang dan bukan yang lain” (saya copy paste balik, cuma edit tatabahasa sahaja).

Mungkin ada sedikit harta saya ini bukan hak saya sebenarnya. Sebab itu Allah ambil balik dari saya! Mungkin..

***********************************************

Saya habiskan lagi duit saya weekend lepas untuk jubah dan baju kurung mak dan makcik saya. Hasilnya, dua pasang baju kurung dan sehelai jubah berada ditangan saya. Selain itu, kesan lainnya, saya sudah tidak boleh berbelanja apa pun lagi, kecuali untuk cukup untuk juadah berbuka dan bersahur sepanjang Ramadhan ini sahaja.

Kemudian saya terfikir, betulkah apa yang saya lakukan ini. Adakah saya sudah membazir, atau tak mengapa kalau sekali sekala saya mahu menggembirakan hati orang tua?

Tak mengapalah, selepas ini, saya tak mahu lagi berbelanja melebihi dari sepatutnya.

regards
~Ha~