Tags

, , , , , ,

Rasanya macam dah lama sangat tak menulis kat sini. Padahal cuma 4 hari saja.

Gahtering dengan x-schoolmate Sabtu lepas kurang menjadi, sebab cuma 7 orang je yang hadir. Ada yang terlupa, tertidur dan ada hal di saat-saat akhir. Tak mengapalah, yang datang itupun memang dah cukup meriah. Memang sungguh meriah dan kelakar habis bila bercakap dengan budak-budak ni!

Yang hadir.. kecuali saya (sebab saya yang amik gambar ni)

Yang hadir.. kecuali saya (sebab saya yang amik gambar ni)

Bila dikenang-kenang balik, semasa kat sekolah dulu, kami-kami semua ini mana pernah menjadi rapat sebegini. Malah ada antaranya tu, bercakap pun tak pernah. Kalau tak dengan budak kelas, kami hanya akan rapat dengan budak dorm. Tapi bila dah besar panjang ni, semua orang pun dah pandai bergaul. Itu menunjukkan kita ini dah matang!

*************************************

Sejak malam Jumaat lepas, bila saya install games di komputer riba pemberian company ini selepas solat terawih sendirian (panjang betul ayat saya!), saya main games tak henti-henti. Malah, saya dah jangkitkan virus tu kat semua housemate yang lain. Cuma atirah saja yang tak join sekali, saya syak mesti sebab dia tak ada laptop, kalau tidak.. Kami siap bertukar-tukar game yang ada. End-up, di tangan saya ada 6 jenis game. Itu belum lagi game dari dalam cd burning saya.

Mula-mula saya main game Village Mage – Spellbinder. Dalam masa 2 hari, saya dah habiskan semua level. Lepas sambung pulang dengan Astro Pop. Tapi game biasa je, tembak-tembak. Jadi saya install pula Sally’s Spa. Huhuhuu.. dah macam pusat permainan video jadinya rumah kami!! Orang bila puasa banyakkan amal ibadah, kami banyakkan koleksi point dalam game. Huhuhu…

*************************************

Semalam, kami empat sekawan di rumah itu berbuka puasa di luar. Jadi Restoran Chicken Rice Shop jadi pilihan. Untuk pengetahuan semua, kami semua ini orang utara, jadi anda bayanglah betapa pekatnya loghat utara yang kami gunakan.

Atirah in action, tgh tunggu waktu berbuka kat Chicken Rice Shop

Atirah in action, tgh tunggu waktu berbuka kat Chicken Rice Shop

Kami tiba awal di KL Sentral, jadi selepas naik lenguh kaki berjalan-jalan dalam KL Sentral tu, kami menunggu pula dalam restoran tu. Bila dah jenuh bergelak ketawa, barulah kami memasang sterategi menyerang makanan-makanan yang ada. Sterategi itu penting!

Memang tak sia-sia sterategi dibuat, kami dapat merasa semua makanan, dan semua makanan habis licin dimakan kami! Jadi tidak la kami mengambil makanan yang berlebihan, dan tak merasa semua makanan yang ada.

Senarai makanan yang sangat sedaaappp…:

  1. Ayam Stimmed
  2. Pecal
  3. Ayam Kalio
  4. Ikan Masak Asam
  5. Bebola Ayam Goreng
  6. Kerabu Mangga
  7. Rojak Buah
  8. Bubur

Oh.. itu senarai makan yang sedap. Kami makan lebih dari itu. Dan bukanlah makanan lain tak sedap, sedap juga, tapi yang ini yang mendapat perhatian kami! Ehehehe.. Air pula kami campurkan sirap selasih dan oren, campuran sendiri!😉

regards,

~Ha~