Tags

, , ,

Sangkaan saya, bila saya kelihatan segar, tentu ia akan memberikan banyak kebaikan dari keburukan kepada saya. Rupanya tidak! Nampak hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Disebabkan saya mandi basuh pagi pada pagi itu, disamping pada hari sebelumnya saya minum ais, dan pada hari tersebut pula, aircorn di pejabat ini extra kuat, saya sudah mengigil kesejukan. Dan ia berakhir bila saya tidak mampu berdiri di dalam train ketika pulan ke rumah, lalu seorang penumpang perempuan cina yang baik hati (ada penumpang cina lelaki di hadapan saya itu tak beri pun saya duduk) memberikan tempat duduknya kepada saya. Walaupun dapat duduk, ia tidak meredakan rasa semacam dalam diri saya ni. Rasa macam nak termuntah, sakit perut, sakit belakang, sakit sendi dan seram sejuk bercampur-campur.

Cepat-cepat saya SMS Tirah, minta belikan juadah berbuka. Sampai rumah, terus berselimut dan cuba tidur. Bangun hanya untuk berbuka puasa dan solat maghrib, kemudian sambung tidur balik. Alhamdulillah, sahur esoknya demam saya sedikit kebah tapi masih rasa lemah dan sakit kepala. Tapi bila saya pergi klinik, doktor tu cakap saya tak sakit, dan tak mahu bercuti sakit kepada saya. Iskh doc nih, saya tak tipu la doc! Saya bukan yang macam orang yang suka-suka nak amik MC tu, saya memang tak larat, sampai nak argue kenapa doc tak bagi cuti pun saya tak larat.

Akhirnya saya amik EL je. Huhuhu.. rugi cuti saya satu hari. Kalau ikut sakit hati, macam nak pergi je kerja. Pedulikan lah sakit tu! Tapi housemate suruh saya rehat saja kat rumah. Ohh.. baik sungguh housemate2 saya itu. Atau adakah mereka lihat saya seperti orang yang sudah tak cukup rehat?

Jadi hari ini saya muncul dengan sedikit segar, tidak lagi berani mandi dan membasahkan kepala pagi ni, dan saya pakai 2 lapis baju hari ini. Ohh.. barulah rasa sedikit selesa.

regards,

~Ha~