Tags

, ,

Ntah kenapa, pagi ini saya terasa sungguh letih. Setelah beberapa kali tersengguk-sengguk, saya mengambil keputusan untuk tidur sebentar di surau. Dari 10 minit menjadi 30 minit.. akhirnya melarat 1 jam. Oh tidak, apakah saya dibayar gaji untuk tidur. Huhuhu.. 😦

Kenapa agaknya saya letih hari ini? Satu kerja pun saya tak siapkan lagi. Claim pun saya tak  buat lagi. Cuti raya pun saya tak apply lagi. Weekend ni saya nak balik kg, tapi tiket pun tak beli lagi. Aduuhhh.. apa sudah jadi dengan saya? Mana perginya Ha yang sangat cergas pada Isnin dan Selasa lepas. Yang tinggal di office ni, adalah Ha yang malas dan asyik fikir nak main facebook je. Itupun saya cuba mengawal diri untuk tidak membuat laman tersebut sekarang ini. Oh.. apa sudah jadi dengan saya?

Cubalah saya ambil iktibar seorang officemate saya ni. Walaupun sudah sembilan bulan mengandung, masih gigih bekerja. Membuat persediaan sebelum cuti bersalin. Jadi banyaklah kerja in-advance telah dia lakukan. Aduhh.. kenapalah saya tak boleh menjadi seperti dia!!

Jadi saya MESTI menjadi rajin mulai hari ini. Puasa bukan alasan kita hilang fokus. Puasa bukan alasan kita jadi malas. Puasa bukan alasan kita bertangguh kerja. Puasa itu sebenarnya mempertingkatkan keupayaan kita, menjadikan kita lasak bila tiba dalam keadaan yang sukar!!

reagrds,

~Ha~